Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, March 02, 2016

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR


NOTA KEMASUKAN SESI 2017/2018
=============================

UPDATE INFO TERKINI

Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli.

Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga. 

Keputusan STAM dan SPM 2016 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara.

Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir.

Kali ini saya lebih melihat kepada usaha pendidikan melalui kelayakan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan universiti-universiti di Mesir.

LIHAT PENGIKTIRAFAN INI DI SINI.

======


Apa yang kita mahu pelajari di Mesir?

Kos pendidikan. 

Boleh saya katakan pengajian pendidikan khusus di dalam bidang perubatan jauh lebih murah daripada universiti-universiti di negara-negara lain hatta di dalam Malaysia sekalipun. Alhamdulillah, sempat saya singgah ke Fakulti Perubatan, Al-Azhar, Kaherah sewaktu berkunjung ke sana. Berapa harganya? Hanya USD8000 sahaja bagi setahun pengajian.

Bagi lepasan SPM juga, mereka yang sudah peroleh Sijil Pelajaran Malaysia dan mempunyai matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, boleh segera memohon Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Fakulti ini terletak di Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis (Seksyen 6). Pengajiannya sedikit murah. USD1000 setahun.

----

Kos sara diri dan kehidupan.

Pertukaran wang USD100 bersamaan dengan LE1800 (MAC 2017)

Saya kira boleh dikatakan satu nilaian yang terbaik berbanding zaman saya belajar. 

Tetapi perlu kita sama-sama ingat bahawa kos pengangkutan LE 1 hingga LE 2 (menaiki bas). Harga alhamdulillah dan boleh tahan tidak mahal sangat. Tapi zaman saya baru LE0.25 sahaja :)

Harga rumah sedikit mewah. Lebih kurang LE2000 serumah. Itupun usah risau boleh kongsi berlima atau berenam. Jadi insya-Allah tidak menjadi masalah.

Jika dikira-kira, saya fikir kos sara diri lebih kurang RM800-900 sebulan adalah wajar pada waktu ini. (Kira-kira LE4000)

LE tu apa? Itu ialah matawang Mesir (LIRA EGYPT)


Bahasa Pertuturan

Bahasa pertuturan ialah bahasa Arab (komunikasi dalam bahasa Arab Ammiyyah Mesir). Tapi bagi mereka yang akan menuntut dalam kelas pengajian Fakulti Perubatan/ Farmasi (pengajian dalam Bahasa Inggeris)

Tetapi, sebagai orang berpengalaman, kami mencadangkan pelajar menguasai bahasa pertuturan dengan baik. Insya-Allah, 3 bulan berada di Mesir sudah boleh jadi Arab.

Pendidikan Tambahan

Apa kelebihan Mesir? Oleh kerana bumi Mesir ialah kiblat ilmu, pihak kami mencadangkan para pelajar untuk mencari ilmu di masjid-masjid Al-Azhar dan Ruwaq Al-Azhar untuk menjadi seorang duat yang benar-benar disegani.

Kita melahirkan Ibnu Sina yang hebat di dalam bidang Perubatan dan hebat juga dalam menguasai kitab-kitab muktabar para ulama.

Kita melahirkan Al-Khawarizmi, Al-Kindi, dan ramai lagi tokoh ulama yang telah lahir. Kita menyambung legasi generasi ulama dalam pelbagai bidang.

Sudah terbukti ada pelajar perubatan di Mesir yang ambil juga pelajaran dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.


Visa dan Masuk ke Mesir.

Pihak kami akan menguruskan visa kemasukan ke Mesir melalui Kedutaan Mesir di Malaysia. Urusan akan ditanggung oleh pihak kami. Para pelajar akhir-akhir ini dikejutkan dengan masalah visa.

Betul. Urusan visa sewaktu berada di Mesir bukan satu yang mudah. Sekarang pihak keselamatan pula akan memastikan para pelajar (mahasiswa) ke Mesir melepasi tahap keselamatan yang ketat. Kami mengharapkan tiada yang berniat untuk terlibat dengan kegiatan-kegiatan ektremis di Mesir.

Pihak kami akan memantau bersama-sama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sekiranya berlaku.

Pegawai PDRM pemantau wujud untuk memantau kegiatan ini.(sekiranya ada)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, bermula tahun lalu, bersama team JOM KE MESIR, kami menguruskan penghantaran pelajar lepasan SPM dan STAM ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sejak kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Mesir pada 2004. Pengurusan sedikit cerewet. (Biasalah Arab) tapi kami ada teknikal pengurusan sewaktu bersama-sama pihak pengurusan di Mesir.

Wakil-wakil daripada para pelajar senior akan membantu melaksanakan urusan tersebut.

Pelajar akan diuruskan daripada penghantaran sijil mereka sehingga kemasukan ke universiti secara total. 

Bagi yang ingin ke Mesir pada tahun ini (2017), peluang pendidikan seperti di bawah di buka.

1. Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir 

(mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 subjek kredit termasuk Syariah Islamiah, Quran Sunnah dan Bahasa Arab Tinggi)

2. Fakulti Perubatan atau Pergigian (4 Universiti menawarkan pengajian)

(mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8 subjek kredit termasuk Fizik, Kima, Biologi)

3. Maahad Buuth Islamiah Al-Azhar 

- bagi yang tidak mempunyai pengajian agama / perubatan di peringkat sekolah. Tetapi teringin mempelajari ilmu bahasa Arab di Universiti Al-Azhar)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penerangan lanjut insya-Allah boleh hubungi atau Whatapps saya di talian 017-7346 946

Semoga banyak manfaat kita peroleh bersama-sama.

HUBUNGI SEKARANG 

Moga kita akan menjejakkan kaki ke Masjid Al-Azhar, satu hari nanti.


NOTA UPDATE 2017 

Pertukaran wang USD100 = LE 1800

Sudah bersiap sedia bagi mereka yang ingin ke Mesir bagi tahun 2017. Jom sertai kami.

KAMI MEMBANTU.

Whatapps dan Hubungi SEKARANG.

+60177346946 
+60177346946 
+60177346946 


Melawat Istana Qarun. 

4 comments:

Zahin Khairi said...
This comment has been removed by the author.
Zahin Khairi said...
This comment has been removed by the author.
Zahin Khairi said...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Saya MUHAMMAD ZAHIN BIN MOHD KHAIRI

Buat makluman semua,
Saya bakal melanjutkan pengajian di universiti Al Azhar, Mesir dlm bidang Syariah Islamiyyah.
Penerbangan dijgka pada 11 julai 2016.
Sehubungan itu,
Saya memohon agar kalian dpt menghulurkan sedikit sumbgn Atau Infaq bagi memudahkn pengajian saya di sana, selama 4/5 thn. Kos yg diperlukan sebanyak RM 10, 000(tahunan).

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun yang tertera:

1) maybank :158097914800
2)agrobank : 2-00-5442-00004005-1
Hubungi atau Whatsapp ke nombor
*013 5035620(ZAHIN)

Email : zahinkhairi97@gmail.com

Hai orang2 yang beriman,sukakah Kamu Aku tunjukkn suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih ,? ( iaitu ) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahui, ( As – Saff ,10 – 11 ).

Semoga Allah membalas kebaikan yg dihulurkan . Jasa kalian amatlah saya hargai.

Zahin Khairi said...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Saya MUHAMMAD ZAHIN BIN MOHD KHAIRI

Buat makluman semua,
Saya bakal melanjutkan pengajian di universiti Al Azhar, Mesir dlm bidang Syariah Islamiyyah.
Penerbangan dijgka pada 11 julai 2016.
Sehubungan itu,
Saya memohon agar kalian dpt menghulurkan sedikit sumbgn Atau Infaq bagi memudahkn pengajian saya di sana, selama 4/5 thn. Kos yg diperlukan sebanyak RM 10, 000(tahunan).

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun yang tertera:

1) maybank :158097914800
2)agrobank : 2-00-5442-00004005-1
Hubungi atau Whatsapp ke nombor
*013 5035620(ZAHIN)

Email : zahinkhairi97@gmail.com

Hai orang2 yang beriman,sukakah Kamu Aku tunjukkn suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih ,? ( iaitu ) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahui, ( As – Saff ,10 – 11 ).

Semoga Allah membalas kebaikan yg dihulurkan . Jasa kalian amatlah saya hargai.