Apabila penulisan itu diterjemahkan sebagai satu bahan penulisan; maka akan lahirlah tulisan yang dinamakan catatan dan kepengarangan. Justeru, saya mengandaikan jika satu waktu saya mempunyai buku, maka buku apakah yang akan menjadi pilihan saya menulisnya?
Dalam suku tahun kedua ini - di samping Malaysia dengan pergolakan politiknya, saya pula akan menghasilkan beberapa buah buku. Antara buku yang dijangka akan dipaksa untuk siap adalah :
1. Kumpulan Cerpen Remaja
Saya namakan karya ini adalah cerpen remaja kerana saya fikir karya ini semuanya adalah sasaran kepada remaja.
Antara karya yang akan dimuatkan dalam kumpulan ini adalah :
1. Hadiah Untuk Ustaz
2. Warkah Dari Medan Seni
3. Tuan, Ini Untuk Kamu
4. Rahsia Sebuah Merdeka
5. Kalau Umi Ada Di Sisi
6. Bukan Yatim Gaza
7. Ramadan Terakhir di Kaherah
.... saya lupa beberapa karya lagi ....
2. Kumpulan Puisi
Saya sedang mencari, mengutip dan menyusun beberapa karya yang memang hasil penulisan karya saya juga yang terbit di media massa.
3. Travelog : Catatan Seorang Wartawan
Catatan sepanjang berada di bumi Mesir, Mekah, Madinah, Palestin
Doakan saja. Mahu mencari misi yang hilang...
Ulasan