Posts

Showing posts from October, 2012

Pecutan Untuk 3 Bulan Terakhir

MASA bergerak pantas. Dua ribu dua belas akan berakhir. Apakah pecutan yang wajar dilakukan di dalam sela masa tiga bulan ini.
Pertama, tiga sayembara utama sedang berentap di landasannya. Bermula Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan tidak ketinggalan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
Apa lagi yang ingin difikirkan selain daripada menggenggam seluruh semangat untuk mengisi kekosongan itu.
Ayuh berlari!

Keputusan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011

Image
Tahniah kepada semua pemenang. Tiga orang wanita kuasai hadiah utama bagi HSKU 2011.

KEPUTUSAN RASMI HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2011

Kategori Novel Remaja

Pertama : Deru Angin di Kuala Perlis, Hafizah Iszahanid
Kedua : Waris Pejuang, Ruhaini Matdarin
Ketiga : Rimba Jiwa, Sri Rahayu Mohd Yusop

Kategori Cerpen Remaja

Hadiah Utama
Bakau Tetap Teguh, Dayangku Mastura
Mingguan Malaysia, 17 April 2011

Talia dan Raksasa Qadqad, Zaniffa Azzura Abdullah
Mingguan Malaysia, 20 Mac 2011

Tukang Sejarah, Husna Nazri
Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2011

Hadiah Penghargaan
Banjir di Mata Emak, Che Soo Ismail
Mingguan Malaysia, 23 Januari 2011

Cerita Akhir Tahun, Zainal Rashid Ahmad
Harmoni, 1 Disember 2011

Harum Kasih Daun Lirik, Dayangku Mastura
Wanita, April 2011

Kalbu Adam di Tahun Baru, Husna Nazri
Mingguan Malaysia, 11 Disember 2011

Kuih Bakul Limau Mandarin, Mohd Helmi Ahmad
Mingguan Malaysia, 1 Februari 2011

Menuai Emas, Salina Ibrahim
Mingguan Malaysia, 20 November 2011

Kategori Puisi

Hadiah Uta…

Sebulan Tidak Menulis : Siapa Yang Mahu Membaca?

Image
Tajuk utama blog ini selepas sebulan mungkin terasa tercabar kepada diri sendiri. Namun, saya berbangga kerana biarpun saya meninggalkan dunia blog sementara tetapi saya sibuk menguruskan kerja-kerja kehidupan part time yang lain.
Alkisah, saya menulis catatan blog ini selepas berkunjung kedua-dua buah institusi yang pernah saya bertugas. Kira-kira hampir dua minggu lalu, saya ke PTS Media Group selepas 2 tahun meninggalkan PTS. Pagi ini, selepas enam bulan meninggalkan TVAlhijrah, saya menjejakkan kaki.
Argh, orang mengatakan sirih pulang ke gagang. Namun, saya perlu mempercayai diri sendiri apabila dapat kembali kedua-dua buah institusi pekerjaan yang pernah saya hadapi selepas 3 tahun lalu menamatkan pengajian dari Universiti Al-Azhar, Kaherah.
(2) Pembaca yang budiman, 
Saya tidak menulis bukan bermakna saya terlalu sibuk. Namun, saya perlu membahagi-bahagikan masa. Pertama, kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran tempat kerja saya sendiri (IKIMfm). Saya bersyukur kerana selepas e…