Posts

Showing posts from September, 2012

Menulis dan Cerita-Cerita

Image
(Kali pertama saya dibuli berforum bersama tiga orang serikandi) APABILA tidak aktif menulis, inilah wataknya. Kekadang ada berita yang disampaikan, dan kekadang lompang dari pembicaraan. Ramai teman-teman penulis memaksa saya meneruskan penulisan lantas terkesan dengan hasil tulisan saya lewat beberapa tahun lalu. Ya, dunia penulisan sebenarnya mematangkan diri kita sebenarnya. Dunia penulisan banyak juga mengajar saya mengenal Allah sebenarnya. Dan, kerana penulisan jugalah saya diherdik dicaci maki malah ada waktunya saya diusir daripada dunia cabaran. Semua itu merupakan rencah kehidupan. Saya pernah menjentik-jentik pihak yang tidak bertanggungjawab atas dasar sesuatu ketidakpuasan hati saya. Itu mungkin satu masa dahulu. Waktu kita mahu suara kita didengari oleh khalayak. Waktu yang mengajar saya bahawa pena adalah mahal daripada suara sendiri. Sebenarnya, lewat membaca tulisan-tulisan yang menggemparkan seperti Dato' Johan Jaafar, A Kadir Jasin, Tun Mahathir Mohamad, Dr Z…