Langkau ke kandungan utama

BKPJM, PMRAM dan Pelajar Mesir

SUDAH LAMA tidak menulis hal ehwal berkenaan dengan Mesir. Tentu, saya amat merindui Mesir yang membesarkan saya seperti hari ini. Mesir juga yang meletakkan halatuju dan matlamat kerjaya saya hari ini.

Selepas hampir tiga tahun meninggalkan bumi Mesir, pada waktu ini saya sudah berada di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Bahagian Radio.

Saya mengucap syukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk saya berkhidmat bersama rakyat di Malaysia.

Justeru, IKIMfm saluran radio kefahaman Islam yang pastinya teman-teman dari Mesir mendengarnya.

Saya amat merindui Mesir. Oleh sebab itu, apa sahaja hal yang berlaku di Mesir, saya memang beria-ia mengetahuinya.

BKPJM dan PMRAM

Siapa tidak mengenali Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Saya pernah menjawat jawatan sebagai exco BKPJM sehingga pernah menjadi Penasihat 3 BKPJM.

PMRAM lebih mendalam di dalam jiwa saya. Selama tiga tahun menjawat jawatan di dalam PMRAM sebagai Badan Pengurus Komunikasi dan Bahasa Arab di samping sebagai Setiausaha Agung PMRAM selama 2 tahun. Tidak ketinggalan tahun keempat, saya menjadi Penasihat PMRAM.

Oh, tentu pengalaman sebagai seorang pemimpin di Mesir itu adalah kenangan yang indah tidak dapat ditulis kerana terlalu berharga.

Almaklum, apabila peristiwa BKPJM ingin diusir daripada menduduki pejabatnya, saya tidak terperanjat kerana hal ini sebenarnya menjadi idaman siapa sahaja yang akan memerintah atas dasar perjuangan politik dan kepentingan sendiri.

Oleh sebab kawan-kawan 'tag' puisi yang pernah saya deklamasikan sewaktu di Mesir dalam hari Keluarga, sebab itu saya fikir - banyak pihak perlu melihat keperluan sebenar.

Persoalan dan jawapannya mudah. Jika mewakili kerajaan untuk menjadi pegawai di luar negara, jadilah pegawai yang benar-benar mengenal erti pegawai. Usah jadi binatang ternakan pemerintah semata-mata.

PMRAM Persatuan Yang Digeruni

Sampai bila, saya tidak pasti PMRAM akan dilabel sebagai persatuan mahasiswa yang digeruni. Memang, PMRAM adalah persatuan mahasiswa tetapi tiada apa kuasa dan daya. Jika saya mahu nyatakan, dengan mudah bahawa PMRAM adalah sebuah persatuan pelajar yang menjaga kebajikan dan menjalankan aktiviti mentaati Ilahi. Sekiranya ada yang tidak selesa dengan persatuan ini, kritiklah kami. Tiada halangan bagi mereka.

PMRAM bukan maksum. Tetapi PMRAM sudah melakukan demi menyelamatkan perpaduan dan kesatuan ummah. Di Malaysia, ramai berbicara tentang Melayu dan Islam harus bersepakat. Apabila tiba di Mesir, mahasiswa pula harus dipecahbelahkan.

Pelajar Mesir, Allahyarham Abdul Khalik

Innalillah. Saya terlepas keretapi barangkali berkenaan hal ehwal peristiwa ini. Namun, apabila mengetahui perkara ini saya jadi benar-benar insaf terhadap diri sendiri.

Sewaktu di Mesir, saya juga kerap menggunakan perkhidmatan tremco di tengah-tengah malam. Ingat lagi kenangan berprogram di Dumyat, maka saya perlu mendapatkan perkhidmatan tremco di tengah-tengah malam. Dari Dumyat, perlu berhenti di Mansurah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah.

Jam 2 atau 3 pagi satu kebiasaan. Mengapa? Saya fikir waktu itu, tremco bergerak dengan pantas dan waktu malam pada musim panas juga pendek. Oleh yang demikian, kenderaan ini paling releven.

Oh, kekadang culaan dan anggapan saya meleset sehingga terjadi peristiwa berdarah dan menghilangnya nyawa insan.

Nasihat saya, hati-hati itu penting tetapi mempercayai qada dan qadar Allah itu lebih penting.

Al-Fatihah buat Allahyarham.

Kuala Lumpur: Abdul Khafiz Mohamed Norok yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir selalu menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah dan permintaannya menjadi kenyataan kelmarin apabila jenazahnya dikebumikan di situ. Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.
Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.
Sebelum itu, Abdul Khafiz 25, bersama seorang rakannya, Muhaimin Yahya bergelut dengan perompak berkenaan.

Pelajar tahfiz yang baru selesai peperiksaan akhir bersama Muhaimin menaiki van itu jam 1.30 pagi untuk pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.

Setiausaha Agung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Norhalis Syafiq Ahmad memberitahu BH, ketika dalam van, seorang lelaki tempatan yang duduk di depan tiba-tiba mengacukan pisau ke leher Muhaimin sambil mengarahkannya menyerahkan barang berharga.

Seorang lagi lelaki yang duduk di belakang berpindah ke tempat duduk sebelah Abdul Khafiz sambil menyeluk saku seluar mereka untuk mencari barang berharga.
“Sebaik lelaki terbabit kembali ke tempat duduk belakang, Abdul Khafiz yang mungkin panik membuka pintu van yang bergerak laju dalam cubaannya menyelamatkan diri tetapi terjatuh.

“Melihat kejadian itu, pemandu van memperlahankan kenderaan. Muhaimin kemudian melompat keluar untuk melihat rakannya,” katanya dihubungi di Kaherah semalam.

Abdul Khafiz yang tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala, dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Amal, Ain Shams. Muhaimin hanya cedera ringan.

Mangsa dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor, koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia kelmarin. Jenazahnya disembahyangkan di Dataran Hayyu A'syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir kira-kira jam 4 petang Rabu.

Sementara itu, kakak mangsa, Norazizah, 29, berkata beliau tidak menyangka kata-kata adiknya menjadi kenyataan apabila arwah dikebumikan di negara itu akibat kejadian samun, kelmarin.

Difahamkan, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah membuat laporan polis dan masih menunggu hasil siasatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)