Langkau ke kandungan utama

Gosip Hujung Bulan

ADUHAI, lama sungguh saya tidak menulis gosip di dalam blog sendiri. Almaklum, semenjak mahu stabilkan diri, sudah penat mahu hidup dalam dunia gosip ini.

Tapi, kekadang apabila tiada gosip - tidak seronok juga. Alkisah, semalam sempat membaca karya Faisal Tehrani di Mingguan Malaysia berjudul "Homosektual" Saya amat gemar dengan pemikiran supra mazhabnya. Namun, apabila saya sentiasa mengiyakan pandangan beliau, ramai pula teman-teman yang akan melabelkan saya sekapal dengan beliau. Argh! Pengsan.

Dikisahkan juga Mesir kini berlabel Presiden baharu. Tahniah kepada Dr Mohamad Morsy yang memenangi pilihanraya Presiden Mesir. Biarpun penantian satu penyeksaan, yang pasti kemenangan Islam semakin hampir. Ahaks!

Hari ini lima Syaaban. Cepatnya masa berlalu. Mungkin ramai tidak sedar bahawa kita bakal menjengah bulan Ramadan. Apapun, mari sama-sama berdoa agar kita menjadi insan yang sentiasa mengingati Allah. Amin.

Separuh masa kedua pada tahun 2012 sebenarnya- jika tidak dimanfaatkan akan berakhirlah 2012 sebagai tahun yang 'tiada apa-apa' dalam hidup sendiri.

Saya sentiasa berdoa agar menjadi 'sesuatu' dalam masa terdekat ini. Kah kah kah... 

Apa dia? Nantikanlah...



Ulasan

Puan Ummi berkata…
Salam Saudara Syafiq
fikir fikir he he seronok baca perenggan awal Syafiq.
akak datang melalui blog pendidikan akak untuk pelajar akak.akak juga pernah datang blog saudara melalui blog Intan SRM. (Selepas karnivl mahabah ikimfm di jb 2012)
Tarbus Merah berkata…
Salam.

Terima kasih atas kunjungan yang amat bermakna.
Faaein Talip Roy berkata…
Assalamualaikum ustaz syafiq..
first time dapat tengok ustaz syafiq secara live kat UTP tadi.. ^__^

dah lama tak singgah blog ni.. ingat lagi dulu selalu juga jengah ke blog ni.. apa2 pun semoga maju jaya ustaz.. [^__^]
Puan Ummi berkata…
Salam DJ Syafiq
akak suka ruangan pukul 10 kat ikimfm,terutama minggu lepas tentang psikosis tu.sangat membantu para ibu memahami diri mereka dan membantu menambah ilmu pada akak terutama dalam bidang yg akak ceburi sekarang.
tq balas komen akak

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)