Posts

Showing posts from June, 2012

Gosip Hujung Bulan

ADUHAI, lama sungguh saya tidak menulis gosip di dalam blog sendiri. Almaklum, semenjak mahu stabilkan diri, sudah penat mahu hidup dalam dunia gosip ini.
Tapi, kekadang apabila tiada gosip - tidak seronok juga. Alkisah, semalam sempat membaca karya Faisal Tehrani di Mingguan Malaysia berjudul "Homosektual" Saya amat gemar dengan pemikiran supra mazhabnya. Namun, apabila saya sentiasa mengiyakan pandangan beliau, ramai pula teman-teman yang akan melabelkan saya sekapal dengan beliau. Argh! Pengsan.
Dikisahkan juga Mesir kini berlabel Presiden baharu. Tahniah kepada Dr Mohamad Morsy yang memenangi pilihanraya Presiden Mesir. Biarpun penantian satu penyeksaan, yang pasti kemenangan Islam semakin hampir. Ahaks!
Hari ini lima Syaaban. Cepatnya masa berlalu. Mungkin ramai tidak sedar bahawa kita bakal menjengah bulan Ramadan. Apapun, mari sama-sama berdoa agar kita menjadi insan yang sentiasa mengingati Allah. Amin.
Separuh masa kedua pada tahun 2012 sebenarnya- jika tidak diman…

Cabaran Teater

Teater tempatan perlu anjakan Oleh AZMAN ISMAIL
DUNIA melangkah ke tahun 2008. Ia tidak hanya mencatatkan pertambahan tahun tetapi juga sebuah anjakan Malaysia kepada keragaman serta kerencaman dalam semua bidang termasuk bidang seni, sastera dan budaya. Secara logiknya, pertambahan satu tahun tersebut menandakan masyarakat seni, sastera dan budaya semakin matang dan kuat. Bukan sahaja dari aspek persembahan dan kualiti karya tetapi strategi pemasaran.
Namun, adakah para penggiat dan pengkritik seni telah bersedia untuk mendepani cabaran 2008 yang pastinya lebih hangat dan mencabar?
“Memperkasakan bidang seni termasuk teater dan sastera bukanlah kerja mudah. Ia sama seperti bidang-bidang lain yang menuntut seluruh penggiat serta pengkritik seni berusaha secara maksimum.
“Kita bukan lagi berada dalam zon untuk meniru dan mengagumi Barat tetapi melahirkan karya atau naskhah teater dalam kerangka pemikiran kita sendiri,” kata pelakon dan aktivis teater, Rosli Rahman Adam dalam wawancara dengan…

Cerita-Cerita Belum Noktah

Ke mana menghilang? Barangkali itu adalah ungkapan awal yang bermain di minda pembaca lama blog ini. Saya tidak menghilang malah memang wujud dalam dunia ini. Tetapi, saya sedang berhibernisasi sebentar. Bukan apa, saya sedang mencari punca ke mana hilang jatidiri dan peribadi yang sudah bersarang dalam diri.
Dalam sela masa yang panjang selepas beberapa bulan berkhidmat di IKIM, banyak yang dilihat dan pelbagai ragam yang diperhalusi.
Sukarjuga untuk dituliskan apa yang menjadi percaturan diri. Ok - kita lupakan saja.
(2)
Catatan ini ditulis selepas menonton filem Syamsul Yusof yang terbaharu iaitu 'Jalan Kembali - Bohsia 2'. Saya amat kagum dengan karya-karya Syamsul Yusof - pemikiran dan sarana yang ditonjolkan melalui karya ini amat membekas.
Dalam sela masa berbaki, saya lemparkan sahabat saya meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Perfileman di UiTM Puncak Perdana. Biar dia belajar sepak terajang dunia ini sehingga dia lahir sebagai seorang anak seni yang berpengetah…