Posts

Showing posts from December, 2011

JADUAL TERKINI

SEBELUM ramai teman-teman yang bakal tidak dapat bertemu saya beberapa hari ini, saya catatkan sahaja perjalanan hidup saya untuk beberapa hari ini. Ada kemungkinan juga saya tidak memuat turun apa-apa bahan di sini...

29 Disember (Khamis)

8.25 pagi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
9.30 pagi Lapangan Terbang Terminal LCCT
11.00 pagi Dijangka tiba di Pantai Dalam, KL
3.00 petang Mesyuarat Syafiq Zulakifli Art & Consultancy di Hotel De Palma, Ampang
4.00 petang Pertemuan dengan panel pemikir SZAC
8.00 malam Dewan Bahasa & Pustaka bersama latihan pementasan teater
11.00 malam Hotel De Palma, Ampang - Rehat

30 Disember (Jumaat)

8.00 pagi Mesyuarat sidang Syafiq Zulakifli Art & Consultancy di Hotel De Palma
11.00 pagi Siap untuk pulang
1.00 petang Solat Jumaat
4.00 petang Pertemuan bersama Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS, Ainon Mohd
8.00 malam Sri Pentas TV3 LIVE Buletin UTAMA
9.30 malam …

Terima Kasih Daun Keladi

SEPERTI yang saya catatkan di dalam FB, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada 33 orang teman yang hadir ke Hospital Pusrawi baru-baru ini sewaktu lapan hari saya menjalani pembedahan di tekak akibat 'tonsilitis'.

Pertama, merangkap doktor peribadi; Dr Fauzan Shahrawi (beliau adalah pakcik saya seumur). Dia adalah insan pertama bersungguh-sungguh yang ingin saya dibawa ke hospital.

Kedua, terima kasih kepada teman akrab yang saya anggap abang, Saudara Zeifry Ibrahim, P.A. kepada YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menjadi tetamu awal. Beliau sanggup meninggalkan tugas bersama YB dalam celah-celah keripuhan. 10 Januari ini adalah ulangtahun YB Khairy Jamaludin (KJ). Apa agaknya yang mampu saya korbankan untuk YB?

Ketiga, Ustaz Don Daniyal yang sudah menempa nama di persada penyiaran TVAlhijrah, yang sanggup hadir ke hospital jam 12 tengah malam selepas siaran langsung 30Minit Ustaz Don bersama Ustaz Taha Hassan (anak Dato Hassan Al-Azhari).

Keempat, ucapan pen…

Bercinta Dalam Rahsia

Image
Semasa sesi latihan terakhir sebelum penyiaran rancangan kali pertama saya di dalam medium Astro pada 1 Jun 2011 yang lalu. Dari kiri, Irma Hasmie, Amin Idris, penulis dan Mahyudin Musa

ENTAH mengapa saya mahu menulis tulisan ini. Disebabkan saya fikir 2011 akan melabuhkan tirai di samping ada cerita-cerita yang boleh dijadikan panduan bersama, inilah catatan penting saya.

Berkenalan dengan Meera Edora (bukan nama sebenar)

Saya mengenali Meera Edora pada bulan Ogos 2010. Itulah sejarah yang saya masih ingat. Lokasi pertemuan kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau adalah kakak kepada salah seorang mahasiswa Al-Azhar, Mesir.

Berkenalan di dalam diam tanpa pengetahuan sesiapa. Namun, adik beliau yang menjadi perantara. Saya kerap juga ke rumah Meera Edora di Pasir Gudang kerana bertemu adik beliau yang saya anggap adik sendiri.

Dalam perjalanan panjang itu, saya berkenalan dengan emak dan ayah Meera Edora. Perkenalan itu juga dimulakan oleh adik beliau sendiri.

Masa…

Ayahanda Azizi : Mengenang Sebuah E-mel

Image
ENTAH mengapa saya memilih membeli buku ini. Saya tahu, jika saya beli di kedai buku PTS sendiri; saya akan mendapat diskaun lebih murah berbanding membeli di kedai pasaran.

Sedih. Itulah kalimah yang dapat diungkapkan tatkala melihat tulisan dan catatan teman saya Ustaz Rohidzir Rais yang memukadimahkan penulisan novel ini. Saya jadi tidak keruan mengenangkan Allahyarham.

Bos saya, Zainal Rashid Ahmad juga menulis tentang Allahyarham Cikgu Azizi Abdullah. Tulisan beliau tersiar di Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2011 yang lalu.

Saya salinkan sedikit :

Pulangnya seorang sasterawan rakyatOleh Zainal Rashid Ahmad AZIZI Hj. Abdullah akan sentiasa dikenang sebagai sasterawan besar, meskipun selama hayatnya tidak menerima Anugerah Sasterawan Negara. Sejarah membuktikan, kehebatan seorang sasterawan sejati bukan terletak pada anugerah - namun sebaliknya, sejauh mana karya-karyanya mampu terus "hidup" merentas zaman ke zaman.Azizi akan dikenang dengan susuk karyanya yang sangat merakyat…

2011 : Cerita Cinta Yang Tidak Terduga

Image
Bab Umrah memang nampak terus kaabah

Pasti siap satu telenovela jika saya mengarang apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Yang penting, pelbagai ragam yang saya tempuh. Saya berdewasa di dalam dunia penyiaran pada tahun ini. Saya tiga kali ke luar negara meneruskan tanggungjawab sebagai wartawan penyiaran TVAlhijrah.

Pertama, Singapura. Kedua, Greece dan Pulau Corfu . Ketiga, Arab Saudi (Mekah dan Madinah).

Cukup! 2011 tahun lembaran baru di dalam dunia penyiaran dibuka. Satu persatu yang dirasa. Pelbagai perjalanan hidup yang ditempuh. Yang penting saya cukup puas kerana mengenal erti penyiaran.

Namun, dari sisi berbeza tahun ini juga saya kehilangan teman-teman lama. Tahun ini juga saya kehilangan tempat pergantungan saya di dalam kampus penulisan. Malah, saya khabarkan secara rasmi bahawa hanya 1 cerpen dan 1 puisi sahaja yang terbit di dada akhbar dan majalah.

Ah! Saya cukup terasa dengan perkara tetek bengek ini. Kecewa dengan diri sendiri. Tetapi, saya fikir; sekurang-kurangnya saya…