Langkau ke kandungan utama

POLITIK : PRU-13

LAMA BENAR saya tidak mencatat tentang hal tetek bengek politik. Ya. Kalau ditanya kepada saya, adalah tiga bidang ini yang menjadi minat saya. Ia bermula dengan Agama, Sejarah dan Politik. Dalam bahasa mudah disebut PAS. Politik-Agama-Sejarah.

Tutup.

Almaklum, dengan lipatan sejarah hitam negara pada Pilihanraya Umum ke-12, kerajaan Barisan Nasional tewas di beberapa buah negeri. Itu keputusan. Biarkan ia menjadi keputusan kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana perancangan dan perencanaan utama sewaktu membilang waktu yang sudah berakhir kira-kira empat tahun yang sudah.

Kini, PRU 13 akan tiba. Entah bila, kita tunggu sahaja detik dan saat yang dinantikan. Siapa yang akan memerintah negara; jawapannya selepas itu.

Saya berada di sekeliling teman-teman yang hampir pro-kerajaan sebenarnya. Manakan tidak, saya bertugas juga di dalam agensi kerajaan. Namun, teman-teman ini juga tidak menyokong kerajaan.

Sebenarnya, betul apa yang diperakui bahawa PRU13 ini adalah satu medan utama. Kerana, ia melibatkan maruah dan nyawa. Pertama, ada kemungkinan UMNO akan tumbang. Kedua, ada kemungkinan juga BN tidak lagi memerintah. Tetapi, harus diingat bahawa keputusan terhadap penghakiman Anwar Ibrahim juga memberikan sebab utama sama ada ramai akan simpati atau sebaliknya.

Sekarang- generasi tidak lagi melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan. Ya benar. Taburlah duit beratus juta, generasi tidak lagi mahu melihat akan perkara itu. Mereka sudah ada minda baharu. Mereka mahu orang baru memerintah. Banyak sebenarnya faktor yang perlu dikaji khusus oleh tim-tim pemikir YAB Perdana Menteri Malaysia.

Mahu bubarkan parlimen juga perlu buat kajian mendalam. Orang mula membenci retorik-retorik akhbar dan media arus perdana. Ini yang berlaku. Malah, kalau orang mahu membaca akhbar perdana pun, kerana ia berupa berita. Kalau yang hampir menjahanamkan pihak lawan, berita itu hanya didengar di telinga kanan, diluah telinga kiri sahaja.

Perhimpunan Agong UMNO akan bermula 29 November ini. Apa yang utama adalah kepimpinan Dato Seri' Najib Razak perlu memberi laluan kepada generasi baru memerintah. Muka-muka lama; pasti tidak akan dilihat lagi.

Sekarang masa sudah tiba, orang tidak mahukan UMNO. Ya. Itu hakikat. Remaja dan belia seperti kami sudah dibisikkan bahawa UMNO itu blah blah blah...Jadi, UMNO sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Yang ada pada UMNO sekarang adalah menghormati golongan muda serta memandu mereka. Saya sudah bicara banyak kali pada teman-teman pemuda UMNO yang memang amat rapat dengan saya. Namun, mereka yang sudah sedar pun, hanya perlu tunjuk jari telunjuk mereka kepada kepimpinan atasan.

Memang sekarang UMNO sudah tenat. Ibarat nyawa di hujung jari. Sudah tiada siapa akan ambil peduli. Kalau orang simpati pun, kerana mereka simpati kepada Barisan Nasional dan kerajaan kerana mahukan keselesaan hidup.

Sekarang UMNO perlu buat sesuatu. Perlu sepakat tunjukkan Amar Makruf Nahi Munkar. Realitinya, remaja-remaja kita yang sudah mula terlibat dengan NGO-NGO pun tak sokong UMNO. Tapi, mereka perlu juga sokong kerajaan untuk hidup.

Ada siapa boleh bantu UMNO? Ada idea untuk membantu? Tolong!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)