PTS Pubications & Distributors Sdn Bhd adalah sebuah syarikat korporat yang menerbitkan sejumlah buku bahasa Melayu bagi bacaan semua peringkat.
Sebagai salah satu daripada syarikat korporat, memasarkan buku-buku di dalam akhbar dan media adalah sangat penting.
PTS memilih akhbar Harakah sebagai pilihan terbaik memasarkan buku terbitannya kerana yakin bahawa buku-buku agama (menjelang bulan Ramadan) dibaca oleh pembeli akhbar tersebut.
PTS juga memilih radio Sinar.fm disebabkan kedudukan radio ini amat tinggi pada masa ini.
Bagi memastikan survival penerbitan buku terus berkembang dengan maju dan baik, PTS akan terus bekerja membuka pasaran buku sastera. Buku sastera adalah karya yang evergreen. Karya sastera tidak akan mati dan tenggelam.
Contoh karya sastera yang amat besar dan dibaca oleh pengkaji-pengkaji adalah hikayat-hikayat Melayu. Terbaru, Saudara Faisal Tehrani mengarang novel 1515, 1511H dan banyak lagi karya sastera yang dijamin tidak akan mati terjerut.
Tuan/puan dijemput mengarang karya sastera yang indah-indah ceritanya.
Dengarkan podcast PTS mempromosi PTS di radio Sinar.fm
http://pts.com.my/index.php/podcast/bacaramadan-iklan-radio-di-sinar-fm/
Ulasan