Langkau ke kandungan utama

Muktamar PAS Pusat


MUKTAMAR SANAWI PAS PUSAT sedang berlangsung. Saya tidak dapat ke Kelantan. Begitulah ucapan yang saya tuturkan semasa mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Beberapa hari lalu, Ketua Pemuda saya ditahan polis...(seronok juga kadang-kadang..)

Tentu ada isu hangat yang dibahaskan. Keping-keping gambar yang saya terima terus dari Kelantan, ramai juga teman-teman yang bersama-sama menghadiri muktamar kali ini.

Dr Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis) pun turut bersama.

Saya sudah dengar desas-desus yang Pemuda PAS akan adakan teater muzikal di Istana Budaya. Wah! Saya akan tunggu perkembangannya nanti.

Minggu ini saya bujang sahaja di rumah. Tidak beristeri. Semua teman-teman serumah ke Kelantan menghadiri muktamar.

Apa juga yang dibincangkan...semoga terus cemerlang sebagai sebuah parti besar negara satu masa nanti.

TAHNIAH TAHNIAH

Tambahan :

Orang yang tahu inti Al-Quran sahaja tahu betapa pentingnya kita berada di dalam parti ISLAM.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya suka foto itu!

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)