Posts

Showing posts from May, 2010

Selamat Menghadapi Imtihan Buat BP PMRAM

Image
Timbalan Presiden PMRAM dan Naib Presiden PMRAM berhimpun di cafe Selangor. Ustaz Mu'izz sudah pencen daripada pentadbiran...

Saya mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan (Peperiksaan) buat semua kepimpinan PMRAM serta anggotanya. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dengan taqdir MUMTAZ.

Buat teman-teman yang bakal pulang ke Malaysia dan akan berkhidmat di Kuala Lumpur atau Selangor agar menghubungi saya atau teman-teman yang lain. Banyak info baru yang boleh dikongsikan bersama.

Untuk pengetahuan, Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir Selangor diketuai oleh Ustaz Syed Abdul Qadir Al Joofree. Mohon maaf kepada teman-teman di negeri Johor kerana tidak dapat bersama kalian. Oleh sebab saya berada di dalam PMRAM, menyebabkan komunikasi saya bersama-sama teman di negeri Selangor tidaklah begitu sukar.

Hari ini pun, saya tinggal sebumbung bersama kepimpinan mahasiswa negeri Selangor di Mesir. Hebat bukan hubungan PMRAM di peringkat nasional ini?

Saya duduk di negeri Selangor dan tingga…

Perginya Seorang Teman

Image
Shakir (kiri) dan Jimmy (kanan) di salah sebuah restoran di Taman Melati, Setapak.Jimmy adalah pakar grafik PTS

Kurang lima belas hari setahun, sahabat saya Tuan Shakir akan berhijrah meninggalkan PTS. Tuan Shakir mula berkhidmat di PTS sebagai editor PTS Millennia Sdn. Bhd. Walaupun, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Matematik UKM, tetapi semangat mendalami ilmu haraki saya kagumi.

Saya juga tidak sehebat beliau yang mengkaji bermacam-macam kitab haraki. Mulai 1 Jun ini, beliau tidak lagi berkhidmat di PTS dan meneruskan kerjaya di Saiful Islam Training & Consultancy secara sepenuh masa.

Tuan Shakir juga adalah orang yang membawa saya berkenalan dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com).

Apapun, saya mendoakan beiau akan berjaya di dalam bidang yang diceburi nanti. Setiap insan itu ditentukan rezekinya. Banyak idea baru yang telah kami kongsikan sepanjang berada di dalam PTS.

Selamat mendirikan mahligai rumah tangga juga pada 6 Jun ini...


Dr Asri Beri Pandangan Kepada Isu Islam

Ulama Umno bakar kapal
Oleh : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sumber : http://www.malaysiakini.com/columns/133035

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas ke…

Dari Meja Editor

Image
Di pejabat editorial


IZINKAN saya menulis bicara dari meja editor ini dengan tulisan mata duitan. Ya! Bukankah kerana duit juga merupakan motivasi kepada kita untuk mengarang.

Saya seorang editor. Saya pernah mengarang cerpen, puisi namun masih belum menerbitkan sebuah novel (dalam proses, insya-Allah).

Tahukah kita bahawa ada penulis di Malaysia ini yang hidupnya dengan royalti buku? Ada juga yang membeli rumah dan membayar duit kereta dengan wang cash.

Gembira bukan? Di PTS juga kita sudah menghasilkan produk yang royalti melebihi RM 100,000 setahun.

Wah! Benarkah ada penulis yang mampu memperoleh melebihi angka sedemikian? Bayangkan anda seorang kakitangan bekerja sepenuh masa di pejabat. Gaji anda sebulan RM 4,000. Untuk dua belas bulan (setahun) gaji anda hanya RM 48,000.

Alahai, tidak cukup hendak membeli kereta secara tunai. Oleh yang demikian, simpanlah niat mulai hari ini untuk mengarang dengan lebih efisien. Simpanlah azam untuk mengarang buku fiksyen (novel) untuk membantu anak b…

PTS Tumpu Tafsir Al-Quran

Image
MULAI 1 Jun 2010, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd akan menjalankan operasi menguruskan anak syarikat bagi hal ehwal penerbitan buku tafsir Al-Quran.

Anak syarikat ini dinamakan sebagai PTS Darul Furqan. Pengurus bagi syarikat ini adalah Tuan Faris Hasbullah, mantan Pengurus syarikat PTS Islamika.

Kini, PTS Islamika Sdn. Bhd. menumpukan penerbitan buku-buku agama secara mutlak dan buku novel fiksyen agama sebagai produk penerbitannya.

Selepas ini, PTS Darul Furqan akan bertindak sebagai pengeluar tafsir Al-Quran. Tuan Faris Hasbullah akan dibantu oleh Tuan Fariz Firdaus Al-Hafiz yang akan menguruskannya.

Kini PTS berdiri bersama tujuh buah anak syarikat :-

1. PTS Millennia - buku-buku motivasi popular, masakan, komik, spiritual pembangunan diri
2. PTS Islamika - buku-buku agama
3. PTS One - buku-buku novel remaja dan kanak-kanak
4. PTS Litera - novel Islamik
5. PTS Professional - buku pengurusan, bisnes, pendidikan, kamus
6. PTS Fortuna - buku-buku untuk orang lelaki, thriller, sains …

Di Lokasi Penggambaran

Image
INSYA-ALLAH, team-team teater kami akan ke Sungai Rambai, Melaka pada pertengahan Jun ini untuk latihan di lokasi penggambaran.

Cikgu Rosli akan mengajar kami bagaimana ingin mempelajari set shooting di luar kawasan.

Selama tiga hari kami akan berkampung dan didedahkan dengan selok belok dunia pementasan drama TV.

Rajah di atas adalah salah satu drama yang akan diterbitkan di RTM1 dengan judul telemovie, Kasihnya Umairah (13 episod)


Akan Datang...

TUAN Rozlan Mohamed Noor (editor Utusan Malaysia) sudah memaklumkan kepada saya bahawa bahang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan sudah bermula.

Tahun ini adalah perayaan ke-25 (Jubli Perak) akan berlangsung. Siapakah menerima hadiah pada tahun ini?

Persoalan demi persoalan menjadi bual bicara rakan sastera. Walaubagaimanapun, kita menunggu pembaharuan di dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HKSU) pada tahun ini.

Setiap tahun, HSKU pastinya, menjadi tempat 'rumah siap pahat berbunyi' apabila kehendak peserta tidak selari dengan apa yang dihidangkan daripada penganjur.

Soal pemilihan artis yang keterlaluan di pentas anugerah perlu dinilai kembali. Saya yakin akan ada pembaharuan yang besar pada tahun ini.

Siapakah yang akan membawa pulang hadiah NOVEL REMAJA? Semuanya akan kita tunggu tidak lama lagi...


Mahu Hadiah?

SAYA diminta oleh penerbit rancangan PTS.fm untuk memaklumkan kepada Tuan/Puan yang mempunyai karya puisi bertema Ramadan untuk mengemelkan kepada saya sebelum 5 JUN 2010.

Puisi itu nanti akan dipersembahkan di PTS.fm. Tuan/Puan yang karyanya tersiar di radio kami akan menerima hadiah/sumbangan daripada pihak kami. Emelkan kepada saya di alamat emel : syafiq(at) pts.com.my


Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor

Image
Mempengerusikan majlis di dalam majlis sambutan apa-apa pun, perlu melihat macam-macam perkara. Pertama, siapa penganjurnya. Kedua, apa matlamatnya. Ketiga, bagaimana keperluan mengisinya.

Alhamdulillah, hujung minggu ini dapat juga saya ke pentas pengacaraan dan mengendalikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor bagi sekolah-sekolah PASTI di negeri Selangor.

Petang, sempat belajar teater lagi. Hari demi hari, pengisian dan pembelajaran masih lagi berlaku. Sejujurnya, saya memasuki kelas teater dan mempelajarinya dengan cikgu Rosli Rahman Adam adalah kerana ingin mencari pengalaman.

Tidak lain dan tidak bukan, ia merupakan salah satu tiket saya mengendalikan drama radio yang akan bersiaran di PTS.fm. Saya sebagai penerbit rancangan bagi segmen drama radio PTS perlu belajar praktikal pengawalan suara dan vokal bagi melahirkan watak cemerlang.

2
Siang tadi dapat panggilan daripada Ustaz Zaharuddin, menantu kepada Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan salah s…

Asas Lakonan

Image
Iqwan dan Cikgu Rosli

BARANGKALI kalian pernah menonton Cikgu Rosli (dalam gambar di atas) berlakon di TV. Alhamdulillah, saya sendiri dapat menuntut ilmu lakonan daripada cikgu Rosli. Semalam, buat kali pertama saya bersama anak murid cikgu Rosli didedahkan dengan asas lakonan teater dan TV.

Yang paling menakjubkan saya adalah Iqwan (anak cikgu Rosli). Apabila beliau diberikan satu watak, beliau memberikan penghayatan 100%. Terpukau saya tiba-tiba kerana Iqwan yang daripada biasa-biasa sahaja, bertukar menjadi luar biasa apabila menangis secara 'real' apabila watak yang dipegang mengkehendaki beliau menangis.

Wow! Baru saya dapat tahu bahawa pelakon yang berlakon di TV sebenarnya real. Maksudnya ketika mereka menangis, tangisan yang dikeluarkan itu adalah tangisan sebenar. Memang pengalaman kali pertama berhadapan dengan orang-orang TV memang menakjubkan.

Pengalaman malam tadi banyak memberikan saya ilmu yang baharu. Kami dapat bersama ayah kepada cikgu Rosli yang juga merupakan …

Skrip?

SEINGAT SAYA, inilah skrip yang saya perlu baca baru-baru ini. Boleh tahan mahu feeling jadi ZAHAR. Saya memegang watak ZAHAR manakala, yang memegang watak emak adalah salah seorang daripada dramatis Camar Pesona.

ZAHAR : Mak...Oh Mak...Oh Mak...Assalamualaikum Mak.... mana Mak ni..

MAK : Erm...Kau Zahar. Nak apa kau datang sini?

ZAHAR : Mak, Zahar dah balik Mak. Sudah dua tahun Zahar terperingkuk dalam penjara... Zahar sudah dihukum Mak... Zahar sudah bertaubat...Mak ampunkan Zahar Mak...

MAK :Ah!!! Kau bukan anak aku. Kau bukan anak aku. Pergi kau. Jangan kau pijak lagi rumah ni. Pergi, aku sudah tak mahu lihat muka kau lagi...

ZAHAR : Mak...kesiankan Zahar Mak...Zahar dah tak ada tempat lagi nak pergi...Tolong la Mak...Tolong la Zahar...

UNSUR skrip pentas, drama tv atau filem adalah salah satu ilmu yang perlu dipelajari. Berlakon juga adalah satu seni. Oleh sebab itu, kita perlu mengkaji keperluan-keperluan seni.

Sudah lama saya menyimpan hasrat mengarang skrip drama unsur Islami. Insya…

Bilal Di Hantar Pulang?

Image
Bilal (tiga dari kanan) sewaktu bersama rombongan PMRAM ke Mansurah(Gambar koleksi typeace)

KES TERBARU, seorang graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah dihantar pulang ke Malaysia. Barangkali apa yang saya ingin tuliskan akan menjadi isu. Namun, anggaplah satu daripada tanggapan saya.

Saya pernah bersama Presiden PMRAM (Khairul Anuar Ismail) menyelesaikan kes mahasiswa yang dipenjarakan di penjara Mesir.

Walaupun kami tahu bahawa polis akan memberikan alasan VISA, tetapi saya berkeyakinan bahawa, apabila ada mahasiswa yang terpaksa dihantar pulang, pastinya akan ada perkara lain yang berlaku.

Kami juga pernah dipanggil oleh wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melaporkan kes sekiranya ada di antara mahasiswa yang terlibat dengan Ikhwanul Muslimin. Sejujurnya, saya belum pernah jumpa lagi mahasiswa kita terlibat dengan gerakan yang ditentang kerajaan Mesir ini.

Namun, secara peribadi saya mengucapkan takziah kepada mahasiswa kita yang dihantar pulang. Saudara Bilal (seperti dalam gambar) pe…

Dunia Baru

Image
SAYA banyak kali termenung memikirkan peluang. Saya baru pulang bertemu Puan Liza Tan (isteri kepada Encik Rosli a.k.a. Cikgu Rosli) yang mengajar lakonan.

Beliau menyatakan kepada saya, semua yang ada dalam hidup ini perlu kita menggunakan peluang yang ada.

Kali ini saya menceburi dunia latihan baru iaitu lakonan teater dan TV. Mungkin, ada yang pelik mengapa saya memilih jalan ini. Ini adalah peringkat awal sahaja. Latihan dan latihan diberikan oleh cikgu Rosli kepada semua anak muridnya yang gigih mempelajari ilmu lakonan pentas dan drama TV.

Teman saya pula menjemput untuk ke TV3 pada hari Sabtu ini untuk penggambaran di TV3 sempena sambutan TV3 yang ke-26 iklan promosi TV3. Mereka memerlukan 40 orang pelakon tambahan. Entah...saya belum buat keputusan.

Saya adalah orang seni. Oleh yang demikian, saya terlibat dengan pelbagai jenis seni.

Mood Hari Guru : Di Sebalik Cerita

MOOD Hari Guru masih terasa. Bicara kini juga berkenaan hal ehwal guru saya. Saya masih teringat lagi akhir bulan Disember lalu apabila artikel berkenaan saya terbit di Harakahdaily berkenaan isu saya tidak mendapat sijil daripada universiti Al-Azhar.

Kecoh. Guru-guru sekolah menengah saya (SMA Kerajaan Johor Kluang) gempar. Barangkali isu saya ini diperbincangkan di bilik guru sekolah sehinggakan saya ditanya bermacam-macam berkenaan isu ini. Tiba-tiba rasa ada orang ambil berat walaupun saya sudah meninggalkan sekolah saya 8 tahun yang lalu.

Sebenarnya, saya bukanlah tidak mendapat sijil daripada Al-Azhar. Kesnya mudah. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah sahaja yang mengada-ngada tidak mahu menandatangani sijil terjemahan saya. Oleh itu saya buat keputusan, tidak mahu menggunakan JPMK sebagai medium hidup. Buat apa mahu merayu kepada mereka yang sendiri tidak tahu malu. Oleh yang demikian, ITNM telah menyelesaikan kerja-kerja ini. Selesai. Untung ada 'cable'...

2
Apa makna hari g…

Syafiq@ PTS.fm

Image
Saya @ Konti PTS.fm 'Dunia Buku Kita'

Tuan Irfan, editor di PTS Professional yang akan berhijrah ke negeri Johor

KALI PERTAMA masuk konti PTS minggu lepas. Saya ditugaskan menjadi DJ kepada buku Tuan Abdul Latip Talib iaitu 'Perang Badar' yang akan diterbitkan sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Teman yang berdiskusi bersama saya adalah Tuan Bahruddin Bekri, editor yang menguruskan karya ini.

Sejujurnya, segmen di bawah kendalian saya adalah hal ehwal sastera yang merangkumi bacaan teks fragmen novel, drama radio, baca puisi dan lain-lain lagi.

Penulis PTS dijemput menghantar emel kepada Tuan Roslan Md Isa roslan@pts.com.my memaklumkan bahawa Tuan dan Puan ingin berada dalam konti PTS.


Autobiografi

Image
TIDAK RAMAI yang membukukan autobiografinya. Barangkali mencatat autobiografi adalah suatu yang mampu memberi kepuasan kepada diri. Secara tidak langsung, saya telah mencatat autobiografi di dalam blog saya sendiri semenjak berada di Mesir. Maka, catatan dan diari harian yang saya sudah lupa, blog ini akan mengingatkan semula apa yang berlaku sepanjang saya mendewasa dengan peristiwa demi peristiwa.

Saya pernah dikecam hebat sewaktu di Mesir lebih-lebih lagi ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung PMRAM. Tetapi dalam catatan diari saya, belum pernah saya menumbuk orang dan pegawai di mana-mana. Barangkali catatan itu yang kurang sempurna :)

Sefikir-fikir saya, catatan pengalaman sepanjang lima tahun di bumi Mesir juga boleh dibuat autobiografi serta dibukukan dan dijadikan rujukan terutama kepada anak-anak generasi yang akan melihat bagaimana PMRAM di Mesir.

Sekurang-kurangnya saya telah menjelaskan kepada mereka terlebih dahulu. Sungguh autobiografi adalah sebuah catatan yang p…

Setulus Hati Buatmu Guru

Image
Sebahagian pelajar tingkatan 1 yang pernah saya ajar di SMK BBU JB

16 MEI...

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra-putri negara kita..

SAYA pernah menjadi guru. Saya pernah mendidik para pelajar. Tahun 2004 adalah tahun pertama saya ditugaskan sebagai seorang guru. Bermula Januari hingga bulan Mei saya mengajar pelajar darjah 1 dan 4. Sungguh ia sebuah memori yang akan tersimpan kejap di dalam diri.

Kali kedua saya menggalas tugas sebagai seorang guru pada tahun 2007. Bermula Julai hingga November. Sungguh kali ini berbeza. Saya berhadapan dengan pelajar kelas menengah. Saya mendidik pelajar tingkatan 1 dan 2.

Kini, saya 'pencen' daripada mendidik pelajar sekolah tetapi bertukar profesion mendidik warga emas. Barangkali mereka berusia 30-60 tahun. Mereka tidak mengaji di sekolah tetapi di surau.

Ada beberapa ketika soalan-soalan yang pelik bertamu di dinding telinga. Saya menyantuni setiap tutur bicara dan persoalan yang diberikan. Sesekali saya berkedut …

Mak Bedah Dengar Cerita...

Image
Selepas 10 tahun majalah "Dakwah" diterbitkan semula(Sumber : Utusan Malaysia)

PUTRAJAYA 14 Mei – Majalah ”Dakwah” Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang dihentikan penerbitannya sepuluh tahun lalu kini diterbitkan semula. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penerbitan semula majalah itu sesuai dengan tuntutan masa memandangkan kajian mendapati permintaan bagi majalah bercorak keagamaan dan kerohanian semakin meningkat. "Kemunculan baru majalah itu akan lebih interaktif dan relevan bagi memenuhi tuntutan pembaca sekarang,” katanya kepada pemberita pada pelancaran majalah itu di sini hari ini. Beliau berkata, penerbitan pertama hanya dalam satu bahasa (bahasa Melayu) dan berkemungkinan terbitan seterusnya akan diselitkan dengan beberapa artikel dalam Inggeris. Jamil Khir berkata, majalah itu diterbitkan dua bulan sekali dengan harga RM6.90 sen senaskah. Majalah Dakwah mula diterbitkan pada 1977 dan dihentikan penerbitannya pada 20…

Khairi Jalaluddin Jawab Balas Kenyataan Akhbar

Image
LICIK DAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI adalah kesimpulan yang boleh dibuat di dalam jawapan balas yang dikemukakan oleh Khairi Jalaluddin yang membalas kenyataan akhbar pada hari ini.

Apapun, saya dikhabarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tarikh 12 Mei (semalam) bahawa KPTM akan mendengar penjelasan daripada JPMK dahulu kerana mereka baru mendengar daripada sebelah pihak. Hal yang didengar ini sungguh memeranjatkan saya kerana isu ini sudah lama berlaku dan bagaimana baru sahaja semalam pihak KPTM mengetahui hal ehwal ini.

Isu ini dijangka akan dipanjangkan kepada ahli Parlimen dan dibahaskan di Parlimen dalam persidangan yang akan datang. Insya-Allah.

Ada beberapa jawapan yang saya perlu sangkal di dalam kenyataan Khairi ini. Di antaranya, adalah :

1. Sikap mementingkan diri dan tidak mahu mengaku bersalah.

-Beliau menyatakan beliau baru berkhidmat semenjak 20 Januari di Mesir dan tidak perlu menuding jari kepada beliau sahaja.

Jawapan : KJ seolah-olah mahu mengatakan bahawa &…

Mahasiswa Mesir Tidak Dapat Ambil Periksa di Akhbar

Image
Saya menunggu arahan daripada pihak pimpinan untuk menghadap Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan membongkar segala peristiwa yang berlaku semenjak dua orang pegawai berhijrah ke Mesir. Beliau yang dimaksudkan adalah Ustaz Khairi Jalaluddin dan Ustaz Zulkifli Din.

Isu-isu nasional ini pastinya akan memberikan tamparan kepada warga Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang tidak profesional di dalam melakukan setiap kerja dan amanah.

Kenyataan akhbar ini pastinya akan memberi kesan yang besar di samping pegawai-pegawai kita tidak tidur malam.

Tahniah...tahniah.


Ulang Tahun UMNO : Saya di ASWARA

11 Mei 2010, sempena ulangtahun UMNO ke-64, saya berada di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Jam 10 pagi saya sudah berada di sana. Di samping program diskusi tiga buah kumpulan puisi, majlis penyampaian hadiah sempena Sayembara Mengarang Puisi Tun Abdul Razak diadakan.

Cikgu Shamsuddin mengatakan, "Kita kecewa kerana orang UMNO tiada dalam program ini. Puisi Tun Abdul Razak yang disampaikan sepatutnya anak Tun Razak (Najib) sepatutnya datang."

Selain daripada itu, saya juga berkesempatan bersapa dengan Puan Rozninah Azib dari Dewan Sastera.

Terima kasih juga kepada Puan Azizah daripada Bahagian Perkamusan, DBP yang sempat menyapa,"Saya pengikut setia blog awak. Awak usah menganggap blog awak tiada pengikutnya."

Segan juga dengan orang-orang Dewan Bahasa dan Pustaka yang melihat perkembangan saya. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Ketika dalam perjalanan pulang, Saudara Faisal Tehrani memberikan mesej pesanan ringkas di dalam telefon bim…

Sumber Perundangan Islam Itu Ada Empat

BARU-BARU ini saya berbincang dengan seorang rakan sekerja berkenaan sistem menguruskan buku-buku agama.

Kami sependapat. Kami membuat kesimpulan bahawa Islam itu didasari dengan empat sumber utama. Pertama adalah Al-Quran. Kedua, Al-Sunnah (Hadis). Ketiga pula adalah pandangan ulama. Manakala keempat adalah qiyas.

Kami berbincang berkenaan ciri-ciri utama yang perlu ada di dalam sebuah buku agama. Saya sependapat dengan beliau.

Secara peribadi, Al-Quran merakamkan sejumlah cerita yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah di Mekah dan Madinah.

Namun, bukan semua cerita itu dijelaskan dengan terperinci di dalam Al-Quran.

Sebagai contoh, solat di dalam Al-Quran hanya diceritakan tentang 'اقيموا الصلوة' tetapi tidak diterangkan bagaimana perlaksanaan solat.

Sumber perundangan Islam itu ada empat. Maka, kita tidak boleh menolak hadis, pandangan ulama dan juga qiyas.

Pendapat kami juga bersepakat bahawa ada ciri-ciri yang tidak boleh kita bataskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis sahaja. Sebab …

Kenali PMRAM : Syarat Wajib Temuduga

TAHNIAH kepada teman-teman dari Universiti Al-Azhar yang menghadiri temuduga di PTS Publications di Batu Caves pada hari ini. Jawatan yang masih lagi perlu diisi adalah editor bahagian agama.

Saya difahamkan bahawa calon yang mengenali PMRAM berpotensi berada di PTS. Realiti yang berlaku, di mana-mana sektor awam, apabila penemuduga bertanya, "Awak ada terlibat dengan PMRAM semasa di Mesir?" semestinya apabila calon mengatakan YA, peluang untuk ditempatkan bekerja amat tipis malah mungkin disingkirkan begitu sahaja.

Namun, tidak seperti yang berlaku di PTS. Awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada calon-calon bahawa, perlu menyatakan bahawa mereka semua terlibat dengan PMRAM malah sijil-sijil PMRAM perlu diberikan kepada pihak yang menemuduga mereka.

Barangkali ini adalah USP (Unique Selling Point) untuk bekerja dengan PTS. PTS hanya menerima mereka yang faham apa itu jemaah Islam yang sebenar daripada berpekik-pekik mengatakan 'kami sokong UMNO'.


Kementerian Kemasyarakatan Mesir

Image
Mengapa PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir? Persoalan ini sentiasa menjadi bualan. Ada pihak juga seringkali menuduh PMRAM dengan persoalan begini, "Mengapa tidak mahu @ berdegil untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah."

Untuk pengetahuan, isu pendaftaran tidak perlu timbul. Selagi muktamar membuat keputusan untuk tidak berdaftar, maka tidak perlu dibangkitkan lagi isu ini.

Secara peribadi, saya tidak nampak ada kelebihan besar apabila berdaftar. Jika ada sila nyatakan. Persatuan-persatuan yang berdaftar seperti KELAB UMNO KAHERAH, ISMA, ABIM, dan lain-lain yang dipaksa berdaftar termasuk Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) langsung tidak membawa kelebihan besar.

Saya tidak nampak ada sebuah bangunan 15 tingkat diberikan kepada persatuan-persatuan ini. Oleh sebab itu, isu pendaftaran tidak perlu timbul.

Kementerian Kemasyarakatan Mesir menjalinkan hubungan rasmi melalui Presiden PMRAM. Beliau adalah orang penting yang akan memberikan maklum bal…

PMRAM BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN

Image
PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir secara rasminya. Saya adalah di antara kepimpinan yang pernah menghadap pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan membentangkan segala program PMRAM di hadapan mereka.

Gambar di atas adalah sewaktu KARNIVAL KERJAYA anjuran kerajaan Malaysia yang diadakan pada tahun 2007. Majlis dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh sebab PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan kita mempunyai hubungan rapat, PMRAM telah menghubungi pihak keselamatan memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan mengadakan program di dewan Cairo International Convention Centre (CICC). Oleh yang demikian, polis (seperti dalam gambar) akan menghadiri bersama-sama PMRAM dalam apa juga program yang PMRAM anjurkan dan sertai bersama.

Banyak lagi program PMRAM yang akan dihadiri oleh polis termasuk di Hayyu Asyir atau dimana-mana sahaja. PMRAM akan menghubungi polis setiap kali membuat pr…

KHAIRI JALALUDDIN BUAT FITNAH KEPADA PMRAM

Image
Dipetik daripada http://www.ataseakademik.blogspot.com

Salam sejahtera, pelajar-pelajar yang dihormati,

1. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan inayah dan hidayah darinya dapatlah kita meneruskan perjuangan dalam pencarian ilmu dibumi bertuah ini.

Ulamak mengatakan :

إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه

لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء

Ilmu yang diambil dari pembacaan adalah tidak sama dengan ilmu yang diambil secara sanad, secara bertalaqi, secara berdepan dengan Syeikh. Kemungkinan besar ilmu dari pembacaan akan menyebabkan kita salah faham maksud pengarangnya. Oleh itu, saya menyarankan supaya pelajar-pelajar sibukkan diri dengan menadah kitab semaksimum mungkin. Bukan sibuk dengan program Ceramah Pembangkang sebagaimana yang berlaku di Dataran Hayyu Asyir beberapa bulan yang lalu (Nizar Jamaluddin). Peluang keemasan ini sukar hendak didapati apabila pelajar-pelajar telah menempuh di alam pekerjaan. Kita mahu melahirkan ulamak yang berwibawa, ulamak yang betul-betul ulamak, yang …

JPMK Wajar Disaman Dan Didakwa!

KEPUTUSAN :

Mahasiswa Al-Quran dan Qiraat Al-Azhar sesi 2009/2010 TIDAK DIBENARKAN mengambil peperiksaan. Keputusan ini dikeluarkan secara rasmi.


SATU TINDAKAN undang-undang wajar dilaksanakan pada waktu ini. Saya mengharapkan pihak pentadbiran PMRAM atau wakilnya untuk memanjangkan perkara ini kerana satu sikap ketidak-tanggungjawaban Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di atas peristiwa yang berlaku.

Laporan mahasiswa ini perlu dibawakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kita berkeyakinan bahawa pihak JPMK akan menceritakan kepada KPTM berkenaan hal ehwal 'menggelakkan diri' daripada dituduh tidak melakukan tugas.

Kenyataan rasmi pihak JPMK boleh ditolak (menurut undang-undang kehakiman) kerana sebelum ini masalah ini pernah berlaku namun dapat diatasi dengan sebaiknya.

Saya berkeyakinan bahawa isu ini berpunca daripada PEGAWAI JUNIOR yang tidak tahu apa-apa menguruskan pelajar ketika di Mesir.


DI BAWAH INI DISERTAKAN KENYATAAN RASMI JPMK

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA …

Studio PTS Sudah Beroperasi

Image
Tuan Alif Firdaus Azis dan Tuan Bahruddin Bekri adalah perasmi kepada studio PTS

PENERBIT RANCANGAN (Tuan Roslan Md Isa) sudah memulakan kerja-kerja pembahagian tugas bagi podcast PTS bersiaran mengikut jadual yang telah dirancangkan.

Saya diberikan tugas melaksanakan tanggungjawab di dalam bidang sastera. Segmen berkenaan karya sastera (kritikan/komentar), puisi, pantun, dan drama radio akan digalas oleh saya selaku DJ bertugas.

Podcast akan diperdengarkan selama 3-5 minit bagi setiap segmen. Insya-Allah, sebulan-dua bulan dari sekarang, sistem ini akan beroperasi dengan baik.

"Jangan Beri Syafiq Masuk ARMA"- Pegawai

Image
TERPERANJAT SAYA apabila Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili Saiman (tengah) masuk ke dalam bangunan ARMA. Saya masih teringat lagi, tahun lalu, seorang pegawai telah memaklumkan kepada penghuni ARMA, "Jangan Beri Syafiq Masuk ARMA".

Pegawai amat takut dengan saya. Oleh sebab saya wartawan paling cepat membuat laporan berkenaan bangunan ARMA itu, mereka terpaksa menghalang saya masuk ke dalam kawasan bangunan milik asal PMRAM itu.

Hasilnya, di sebalik PENGHARAMAN PMRAM masuk ke dalam bangunan ARMA seperti yang dimaklumkan oleh pegawai JPMK baru-baru ini berkenaan PMRAM tidak dibenarkan masuk bangunan itu, terbukti tewas apabila ARMA dimasuki oleh kepimpinan PMRAM.

Saya tidak sabar menunggu peraturan baru pegawai JPMK untuk mengupah body-guard selepas ini menjaga pintu masuk ARMA dan tidak membenarkan mana-mana kepimpinan PMRAM menerobos masuk pintu ARMA.

Tambahan :

Dalam pertemuan baru-baru ini di ARMA, pegawai memaklumkan bahawa KELANTAN DAN PMRAM HARAM BAGI ARMA. …

PMRAM Perlu Izinkan Saya Bertemu Kementerian Pengajian Tinggi

Demi menjaga keharmonian mahasiswa di bumi Mesir, saya memohon perkenan Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan Mohd Hazime untuk membawa isu-isu ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.

Maklumat dan perkembangan mahasiswa yang berlaku di Mesir akan saya laporkan kepada pihak pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Saya mendoakan teman-teman dapat menghadapi peperiksaan pada tahun ini, insya-Allah.

Yang benar,

SYAFIQ ZULAKIFLI.

Pegawai Kita?

Image
GAMBAR di atas menjadi bukti bahawa seorang kakitangan kerajaan yang ditugaskan di Mesir menjalankan tugas yang salah apabila terlibat secara langsung dengan pertubuhan parti politik. Saya sungguh terharu apabila pegawai kita dijadikan hamba (mungkin juga sukarela) untuk membersihkan pejabat Kelab UMNO Kaherah.

Saya akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama kepimpinan tertinggi di Malaysia pada minggu hadapan. Sebarang isu hendaklah dimaklumkan kepada saya pada kadar segera dan pihak kami akan menghantar maklumat ini kepada media (akhbar).

Tahukah tuan-tuan sekalian bahawa kenyataan akhbar atau sebarang isu yang terbit di media bercetak (akhbar) akan lebih dilayan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia daripada kenyataan yang tuan-tuan khabarkan di dalam blog atau sebagainya.

Saya faham benar bahawa isu yang sedang berlaku di Mesir adalah seperti berikut :

1. Mahasiswi Qiraat Mansurah tidak dapat menghadapi peperiksaan kerana fail pendaftaran pelajar masih lagi tidak sampai (ti…

Temuduga : Bagaimana Persiapan?

Image
Tuan Fauzul Na'im bin Ishak
(Pengurus Besar Penerbitan, Jabatan Editorial PTS)


10 MEI ini, kebanyakkan teman-teman saya akan menghadiri temuduga Editor Agama di PTS Islamika Sdn. Bhd. salah satu anak syarikat PTS yang beroperasi pada hari ini.

Sejujurnya, saya tidak berpengalaman menghadapi sesi temuduga secara formal dengan PTS kerana saya ditemuduga tanpa soalan temuduga. Oleh yang demikian, ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan bersama dengan saudara/ri yang akan ke temuduga PTS ini. Oleh sebab teman-teman saya ramai bertanya, bagaimana persiapannya, saya perturunkan beberapa pandangan saya berkenaan hal ini.

Buat masa ini, PTS adalah syarikat penerbitan buku Melayu terbesar di Malaysia. Oleh itu, saudara/ri perlu mengetahui selok-belok tentang dunia perbukuan negara.

Persediaan menghadapi temuduga adalah seperti berikut :-

1. Buatlah kaji selidik di dalam web Sifu PTS iaitu http://www.universitipts.com. Pelbagai rahsia yang Sifu PTS sudah bongkarkan. Oleh yang demikian, cal…

Merindui Masjid Appolo

Image
Masjid Ar-Rahmah ini terletak di hadapan Pejabat PMRAM. Kami memanggilnya Masjid Appolo kerana reka bentuk masjidnya adalah seperti Appolo.

Imam masjid ini pula seorang yang 'buta'. Namun, masjid ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran jemaah yang ingin mendengar bacaan imam masjid yang tepat pada bacaan serta makhrajnya.

Kenangan saya di Masjid Ar-Rahmah yang terletak di hadapan pejabat PMRAM ini adalah seperti berikut :-

1. Tempat saya menghafaz Al-Quran (semasa menghampiri peperiksaan).

2. Pernah kena cubit dengan Ustaz Muhammad Arshad kerana tidak lancar menghafaz.

3. Kerap ke masjid ini bersama Ustaz Hairul.

4. Mengulangkaji pelajaran sempena peperiksaan (biasanya matapelajaran yang akan datang pada keesokkan harinya).

Rahsia Hari Pertama Di Bumi Mesir

Image
Gambar ini adalah gambar pertama sewaktu saya menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Dalam fikiran saya, peristiwa itu sudah lebih lima tahun berlalu. Sungguh saya tidak menyangka perjalanan dan tempoh permusafiran itu terlalu singkat dan cepat.

Mahu sahaja saya kembali menjadi seorang mahasiswa. Ramai orang berkata, kenangan sewaktu belajar adalah lebih menyeronokkan berbanding di dalam alam pekerjaan. Saya akui. Oleh sebab itu, cita-cita hanya satu. Mahu kembali ke Mesir dan berkelana di sana. Barangkali untuk mencari ilham yang masih tertangguh.

Saya akan menyimpan hasrat itu, insya-Allah. Saya tiba-tiba sedari, betapa Ustaz Hairul Nizam kini sudah lebih sepuluh tahun di Mesir. Tentu pengalaman beliau lebih banyak dan matang. Seronok beralaskan pengalaman. Juga yang saya sedari Ustaz Che-Ku yang masih di Mesir semenjak tahun 1980-an di sana.

Saya pernah mendengar Ustaz Che-Ku menceritakan kepada kami (kepimpinan PMRAM) peristiwa hitam yang berlaku di dalam PMRAM sewaktu sejarah PMRAM dihalau…

Istiqamah Dalam Perjuangan

Image
SAYA FIKIR tidak perlu menceritakan detik-detik saya diperkenalkan dengan dunia perjuangan. Yang pasti, ada teman-teman yang menghormati pendirian saya untuk terus berada di dalam alam perjuangan.

Sabar sahabat-sahabat sekalian,

Saya belum menuju ke alam baqa. Maka saya tidak layak dilabel sebagai insan yang boleh dikagumi. Saya belum pernah menerima wang berjumlah jutaan ringgit di hadapan saya. Baru-baru ini saya menyelesaikan pembacaan novel 'Weil China' yang pernah diterbitkan oleh PMRAM.

Saya kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Qan yang terus istiqamah sebagai seorang Islam dan tidak goyah di dalam prinsip dan perjuangan yang ditempuhinya.

Benar. Hari ini kalian mampu berbicara tentang istiqamahnya saya dalam dunia perjuangan menegakkan agama Islam sebagai agama Tuhan yang paing mulia. Namun, seperti yang saya lakarkan di atas bahawa saya belum lagi dihidangkan dengan sejumlah wang untuk 'melompat'.

Sejujurnya, di hati kecil ini saya sandarkan kepada istiqamah dal…