Langkau ke kandungan utama

Ucapan Penangguhan : Mantan Penasihat PMRAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Didoakan Presiden, Badan Pengurus, HEWI, Penasihat dan semua para perwakilan berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Pada kesempatan dan ruang ini, saya selaku mantan Penasihat PMRAM sesi 2009 (sesi pentadbiran Ustaz Abdul Muiiz Muhammad) memohon jutaan kemaafan kepada semua pihak terutamanya kepada Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM sesi yang lalu.

Mohon maaf kerana saya tidak dapat bersama kalian sepanjang pentadbiran PMRAM sesi 2009. Sepanjang enam bulan saya bersama kalian pada sesi pentadbiran yang lalu, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang saya mencurahkan khidmat bakti dan perkongsian pengalaman sepanjang saya bersama kalian.

Ada suka dan duka yang berlaku sepanjang saya bersama kalian untuk sesi 2009. Namun, segalanya ada kenangan yang hanya tercatat di dalam diari peribadi.

Buat Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM sekalian,

Ingatkah lagi kalian sewaktu saya mengendalikan Tarkiz Qiadi untuk kalian? Ingatkah kalian, program yang sepatutnya dijalankan sepanjang sehari sahaja ditambah kepada sehari lagi pada keesokkan harinya?

Semuanya ada rahsia yang tidak perlu saya coretkan di sini. Namun, semuanya itu adalah satu proses tarbiah buat semua pihak sama ada saya, juga teman-teman sekalian.

Mohon ampun dan maaf juga di atas segala kekurangan dan keculasan saya sepanjang mentadbir PMRAM. Buat kepimpinan yang telah diamanahkan pada sesi 2010 ini, lakukan yang terbaik. Saya sudah ralit melalui suka duka di dalam pentadbiran PMRAM ini. Semoga kalian akan meneruskan legasi bagi menjadikan PMRAM sebagai madrasah kedua selepas Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sekian, salam permisi.

Syafiq Zulakifli
Kini, di Johor Bahru, Johor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)