Langkau ke kandungan utama

Kami Sedih Tinggalkan PMRAM - Mantan BP

Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM yang telah meninggalkan PMRAM beberapa hari yang lalu, meluahkan perasaan sedih kerana meninggalkan dunia kepimpinan PMRAM.

"Bagi saya ukhuwah di dalam PMRAM tidak sama dengan apa yang berlaku di dalam dunia yang lain," luah salah seorang kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009.

Realitinya, begitulah yang berlaku di dalam pentadbiran PMRAM. Biarpun hanya setahun atau dua tahun mereka berada di dalam saf kepimpinan pasti ada rasa manis yang terpaksa ditinggalkan kerana menempuh alam yang baru iaitu 'bebas' dalam kehidupan sebagai seorang pemimpin.

Saya juga pernah mentadbir negeri. Tetapi, apa yang saya peroleh di negeri tidak sama sebagaimana yang saya peroleh ketika di dalam PMRAM.

Pasti ada warna yang terukir. Pasti ada airmata yang mengalir tatkala tanggungjawab terpaksa dilepaskan. Bukan kerana tanggungjawab ingin digalas tetapi kerana pejabat PMRAM tidak lagi dapat ditakluki sebagaimana zaman mentadbir PMRAM.

"Saya harap, kepimpinan akan datang ini masih lagi terus menghubungi mantan-mantan BP PMRAM seperti kami ini. Kami akan berikan bantuan, namun pastinya kepimpinan yang meletakkan posisi kami," luah seorang lagi mantan yang ditemui melalui laman sembang YM.

Apa juga tafsiran kita, yang penting percayalah bahawa zaman kepimpinan PMRAM adalah zaman yang paling menyeronokkan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)