Langkau ke kandungan utama

Penulis Mencabar Penulis


TEORI KRITIKAN adalah sesuatu perkara yang biasa kepada saya sewaktu di Mesir. Ulama kita juga biasa menulis buku-buku kritikan bagi menolak hujah penulis lawan.

Walaubagaimanapun, ulama kita terlalu menjaga adab di dalam menolak pandangan ulama yang lain dengan menggunakan bahasa yang paling halus dan lembut.

Imam Asnawi juga pernah menolak hujah Imam Baidhawi di dalam kitabnya Nihayatul Sull. Justeru, karya penulis ini menolak karya yang pernah diterbitkan sebelum ini oleh Tuan Afareez juga tidak boleh dipertikaikan.

Karya "Alexander Adalah Zulqarnain" adalah karya baru Muhammad Alaxendar yang menolak karya "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain" karya Tuan Afareez Abd Razak Al-Hafiz yang pernah diterbitkan tahun lalu.

Justeru, bagi mereka yang ingin penjelasan, buatlah rujukan berkenaan dengannya supaya tidak sesat lagi menyesatkan yang lain. Semua karya boleh dikritik tetapi memerlukan pemerhatian yang mendalam berkenaan dengannya.

Bersama penulis buku Alexander Adalah Zulqarnain. Beliau akan bersiaran langsung di rancangan Halaqah di TV9, pada hari Ahad ini (28 Mac).

Saya seperti biasa dengan mikrofon.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)