Posts

Showing posts from March, 2010

Calon BP PMRAM 2010 : Takziah Buat Kalian

Klik blog

Cerpen di Tunas Cipta

Image
Saya tidak boleh berbicara panjang berkenaan karya ini kerana mengikut Akta Hakcipta, sepanjang bulan April ini karya ini menjadi milik penuh penerbit Dewan Bahasa Pustaka Malaysia.

Insya-Allah, selepas bulan April nanti saya akan berbicara lagi tentang karya ini. Sejujurnya, karya ini adalah karya yang terakhir saya tulis di Mesir. Kemudian, saya hantar kepada editor pada bulan November tahun lalu, dan selepas lima bulan karya ini terbit di Majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih kepada Tuan Ruslan Abdul Raffar, editor yang memilih karya saya untuk diterbitkan. Semasa bertemu dengan Tuan Ruslan di Booth PTS semasa PBAKL yang lalu, saya rasa terharu apabila editor yang menegur saya dahulu.

Apapun, nantikan karya-karya baharu pada masa mendatang...



Apa Yang Diperoleh Selepas PBAKL?

Image
Hasil rampasan maut saya di pesta buku

Karya yang amat mahal nilainya di sisi saya

LIMA JUDUL di atas ini adalah karya yang saya fikir besar pengaruhnya kepada minda saya. Judul tersebut adalah seperti berikut :

1. Prosiding Seminar Kebangsaaan Fiqh Semasa 2003
2. Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia
3. Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad
4. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M Naquib Al Attas
5. Pengembaraan Ibn Battuta Musafir Islam

Insya-Allah, secara berdikit-dikit saya akan membaca karya-karya besar ini. Karya ini amat sukar ditemui di pasaran semasa kerana hasil terbitan universiti. Oleh yang demikian, saya berusaha mendapatkan karya tersebut untuk memastikan saya tidak akan kerugian pada masa mendatang.

Buku kuning di atas adalah koleksi buku Hari Ini Dalam Sejarah terbitan Arkib Negara Malaysia. Oleh sebab, cerita-cerita sejarah ini amat penting, saya memborong enam jilid semuanya...

Oleh hal yang demikian, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini saya memborong 13 judul buku…

IMAM MUDA : Rancangan Realiti Terbaru

Image
Siapa kenal dengan insan ini sila angkat tangan...

Apabila Pelajar Qiraat, Al-Azhar sendiri sertai, maka harapan budak-budak setahun jagung musnah...


ASTRO OASIS (106) akan menyiarkan rancangan realiti terbaru iaitu IMAM MUDA. Program ini adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu di dalam dunia imam yang pastinya akan menggegarkan negara Malaysia.

Siapakah imam yang sebenar dan layak diberikan gelaran itu? Semuanya akan disaksikan sepanjang pengembaraan mencari IMAM MUDA.

Pemenang akan menerima hadiah-hadiah yang bernilai daripada pihak ASTRO OASIS.

Persoalannya, siapakah bakal menjulang trofi IMAM MUDA?

Semuanya akan dinantikan tidak lama lagi...


Jurugambar Peribadi

Image
CIK Puan Zalila adalah seorang pegawai di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Insan yang sama juga selalunya merakam gambar-gambar penting saya sepanjang berada di Kuala Lumpur.

Kamera DSLR yang beliau gunakan sungguh menarik minat saya. Gambar yang beliau rakamkan juga amat bermakna pada diri saya.

Oleh sebab saya masih lagi tidak mempunyai jurugambar peribadi, beliau seringkali menjadi insan penting untuk merakam detik waktu saya.

Terima kasih Zalila.



Usul Muktamar

MENGIKUT undang-undang tubuh PMRAM, saya secara rasminya sudah digugurkan daripada keahlian sebagai ahli PMRAM. Walaubagaimanapun, sukacita dimaklumkan saya memohon agar ada ahli PMRAM yang membawa usul saya ke peringkat muktamar dan dibahaskan.

Usul saya berbunyi :

"Menukar Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) kepada PMRAM Cawangan ..."

Hujah saya :

1. Oleh sebab kuasa yang digunakan oleh pihak X melampaui batas dengan menganggap semua DPM adalah milik mereka, justeru nama ini wajar ditukar.

2. Pihak X sentiasa mengadakan hubungan rasmi kepada wakil PMRAM di cawangan tanpa pengetahuan PMRAM menyebabkan urusan rasmi tidak dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

3. Pihak X beranggapan bahawa PMRAM tidak mempunyai kuasa kepada DPM dan mereka sewenang-wenangnya menggunakan mahasiswa untuk menjalankan aktiviti tanpa pengetahuan rasmi PMRAM.

4. Apabila PMRAM Cawangan digunakan, pastinya mahasiswa yang berada di cawangan juga akan merasakan jiwa kesatuan sesama mahasiswa tanpa mempunyai age…

Pengacara di Pesta Buku

Image
Sayed Munawar di pentas ITNM bersama Faisal Tehrani

Saya bersama Tuan Zulkifli Khair di pentas PTS

Saya amat berbesar hati menjadi pengacara dan pengendali majlis sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Fikir saya, saya mahu jadi seperti 'dia' dalam masa lima tahun dari sekarang.

Setiap kali saya selesai berprogram di tapak pesta, saya berkejar-kejar menyaksikan Tuan Sayed Munawar mengendalikan majlis. Saya cukup gemar dengan tutur bicara Tuan Sayed Munawar yang saya fikir cemerlang membawa gagasan dan pemikiran sebagai seorang pengerusi majlis dan pengacara.

Saya perhatikan lama. Saya lihat dan saya tafsir setiap satu olahan kata Tuan Sayed Munawar. Perkara yang sama yang diaplikasikan di dalam kendalian pengacaraan saya.

Orang baru tidak sama seperti orang lama. Orang baru juga tidak serupa dengan gelagat orang lama. Barangkali, ini adalah peluang baru yang saya timba. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang mempercayai bakat saya.


Pemergian Seorang Ahli Parlimen

PERNAHKAH anda membaca hasil tulisan saya di

Sayu...Korek Duit Tabung Beli Buku

Image
SAYU dihati melihat gelagat anak muda ini. Beliau sanggup mengeluarkan duit tabungnya semata-mata ingin membeli buku-buku PTS.

Gambar di atas adalah di kaunter pembayaran PTS bagi membayar buku-buku hasil belian pelanggan.

Barangkali, usaha sedemikian akan lebih berhasil kepada anak muda tersebut apabila mendapatkan buku itu dan menghadamnya ketika membaca.

Benar-benar sayu...


Koleksi Buku Puisi Faisal Tehrani

Image
MOHON maaf kepada mereka yang menganggap saya terlalu taksub dengan Faisal Tehrani. Saya adalah penggemar karya-karya beliau dan saya memaksa diri untuk menjejaki nilai moral yang besar yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau berusaha untuk menjadi penulis di dalam bidang agama yang terbaik pada hari ini di dalam bidang sastera.

Beliau adalah seorang pengarang muda yang kini berada di pentas kesusasteraan Melayu negara. Beliau adalah seorang tokoh.

Saya mendapatkan sebuah naskhah kumpulan puisi Faisal Tehrani yang berjudul 'Ingin Jadi Nasrallah'. Tajuk yang sama pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) di dalam kategori cerpen.

Saya mahu mencerap dunia puisi Faisal Tehrani yang amat berkesan ini. Barangkali ia serba sedikit memberikan inspirasi saya mengarang puisi-puisi untuk Tuhan dan hamba pada masa mendatang.

Faisal seorang pengarang agama yang baik. Penulis karya humor dan satira yang baik juga.

Di dalam buku ini bukan sahaja karya yang ingin dihadamkan tetapi kolek…

Penulis Mencabar Penulis

Image
TEORI KRITIKAN adalah sesuatu perkara yang biasa kepada saya sewaktu di Mesir. Ulama kita juga biasa menulis buku-buku kritikan bagi menolak hujah penulis lawan.

Walaubagaimanapun, ulama kita terlalu menjaga adab di dalam menolak pandangan ulama yang lain dengan menggunakan bahasa yang paling halus dan lembut.

Imam Asnawi juga pernah menolak hujah Imam Baidhawi di dalam kitabnya Nihayatul Sull. Justeru, karya penulis ini menolak karya yang pernah diterbitkan sebelum ini oleh Tuan Afareez juga tidak boleh dipertikaikan.

Karya "Alexander Adalah Zulqarnain" adalah karya baru Muhammad Alaxendar yang menolak karya "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain" karya Tuan Afareez Abd Razak Al-Hafiz yang pernah diterbitkan tahun lalu.

Justeru, bagi mereka yang ingin penjelasan, buatlah rujukan berkenaan dengannya supaya tidak sesat lagi menyesatkan yang lain. Semua karya boleh dikritik tetapi memerlukan pemerhatian yang mendalam berkenaan dengannya.

Bersama penulis buku Alexander Adalah…

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur : PTS Sesak

Image
HARI ini masuk hari keempat, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Walaupun saya masih teruja melihat tetamu dan pengunjung ke booth PTS, ada beberapa faktor yang saya fikir kurang selesa berlaku sepanjang PBAKL.

Paling mengharukan adalah kedapatan sesetengah penerbit dengan sengaja menjadikan pesta buku sebagai pesta jual ikan dan sayur. Kemudian, ada yang menganggap buku dijual di pesta buku tiada nilai dan harga.

Contoh :
"Diskaun! Diskaun! Beli buku yang murah sahaja. Yang mahal buat apa beli."

Perkataan dan kata-kata yang kita gunakan adalah aset perniagaan kita. Orang Melayu penuh dengan tingkah laku dan adatnya. Mereka tidak gemar dipaksa-paksa untuk membeli. Malah, mereka bukan badut yang perlu dipaksa membeli buku. Buku ada harga. Pembeli pula ada kuasa membeli. Hukum jual beli paksa adalah haram!

Ada pula penerbit yang beranggapan pesta buku adalah medan bersaing dan menjatuhkan pesaing. Barangkali ada yang menganggap gerai PTS terlalu sesak sehingga memaksa PTS ti…

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur BERMULA

Image
WAH sungguh gantang lelaki yang berpakaian hitam itu. Oleh sebab ini kali pertama saya turun di dalam arena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya bersama-sama beberapa orang staf turun membantu mengemas tempat letak dan ruang pameran penerbitan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Tentunya selama 10 hari bermula 19 Mac, pengalaman sebagai jurujual, editor, dan pengerusi pentas akan memberikan kenangan yang paling berguna.

Sungguh menghairahkan...

Usah lupa singgah di gerai C11-C25 (15 booth) yang terletak di Dewan Tun Razak 2 (PWTC) Seberang Sungai.


Program Ijazah Sarjana

Jabatan Pengurusan Akademik telah memaklumkan saya senarai matapelajaran yang saya akan pelajari. Berikut adalah matapelajaran sepanjang enam (6) semester tersebut.

SEMESTER 1
Al-Maqasid Wa Al-Hikam Al-Tasyri'iyyah
Al-Nazariyyat Al-Fiqhiyyah
Qawa'id Al-Istinbat Wa Al-Tarjih

SEMESTER 2
Mabahith Al-Ta'lil Wa Al-Qiyas
Al-Ijtihadat Al-Fiqhiyyah Al-Mu'asirah
Research Methodology

SEMESTER 3
Strategic Management
Accounting for Managers
Kertas Projek / Kajian Kes

SEMESTER 4
Al-Qanun Al-Dusturi Al-Islami
Elektif Syariah

SEMESTER 5
Fiqh Al-Mu'amalat Al-Maliyyah Al-Mu'asirah
Financial Management

SEMESTER 6
Elektif Syariah
Elektif Pengurusan

Elective Major Syariah (Choose any 2 subjects – 6 Credit Hours)

1 Sistem Pentadbiran Islam di Asia Tenggara 3
2 Nizam Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah Al-Shari'yyah 3
3 Al-Qawa'id Al-Fiqhiyyah 3
4 Nizam Idariyyat Al-Qawanin Waal-Qada' Al-Islami 3
5 Al-Siyasah Al-Maliyyah 3


Elective Major Management …

Mengapa Pengurusan?

ADA ceritera di sebalik bagaimana saya membuat keputusan menyambung pengajian Master of Syariah (Management).

Niat saya satu. Saya mahu menyambung pengajian Pengurusan dan Pentadbiran. Maka, yang hadir kepada saya adalah Master of Business Administration (MBA) di dalam negara dan di luar negara.

Saya berkejar sehingga ke Universiti of Monash, Australia. Ada juga beberapa tempat dan universiti yang saya kejar.

Semuanya kerana satu perkara. Saya tiada Ijazah Sarjana Muda bahagian pentadbiran atau pengurusan. Malah, secara langsung saya tiada pelajaran asas di dalam bidang Bahasa Inggeris ketika di universiti.

Oleh hal yang demikian, saya perlu tunggu sehingga 1/2 tahun atau 1 tahun untuk mempelajari asas pengurusan dan pentadbiran di bawah MBA.

Akhirnya, Tuhan telah membuka pintu dan ruang yang luas apabila satu tawaran baru yang wujud apabila Master of Syariah (Management) ini telah diperkenalkan.

Maka, saya mengambil jalan selamat agar saya tidak membuang masa menunggu bertahun-tahun untuk …

Surat Tawaran Ijazah Sarjana

Image
MOGA-MOGA Allah memberikan kesempatan kepada saya untuk menyambung pengajian seperti di bawah :



Surat ini baru tiba di pejabat saya pagi tadi. Surat ini juga lengkap dengan jumlah bayaran yang perlu saya jelaskan pada hari pendaftaran nanti. Surat ini juga dilengkapi dengan jumlah bayaran keseluruhan pelajaran selama 2 tahun ini.

Di dalam surat yang saya peroleh, saya perlu menyelesaikannya di dalam masa 2 tahun iaitu setiap setahun saya perlu menghabiskan 3 semester.

Ada enam semester yang perlu saya hadapi. Yang paling menarik adalah short-semester yang perlu saya berkejar-kejar.

Insya-Allah, semoga kita mampu mentadbir cara Islam di muka bumi Allah.

Ada tajuk tesis cadangan daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian?


Saya @ Berita Harian

Image
Pengarang kreatif 'tercekik'
Oleh Nurul Farina Nazlannfarina@bharian.com.my

Benarkah peraturan, sekatan dan akta menakutkan penulis, editor?

DIALOG Orang Muda (Dom) - Kebebasan: Penulis Tercekik? membongkar erti kebebasan sebenar dalam dunia penulisan dan istilah ‘tercekik’ yang sering digambarkan dalam dunia penulisan di negara ini.

Seramai 40 peserta dialog anjuran Biro Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Rumah Pena, Kuala Lumpur, baru-baru ini, bermatlamat mengumpul agenda sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011. Tutor Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Mohd Ali Atan, berkata penulis perlu mengenal diri-sendiri dalam menghasilkan karya terbaik dan boleh menggunakan konsep ‘mesyuarah’ dalam Islam bagi membolehkan pendapat sesuatu perkara dilontarkan.

“Ada kelompok penulis yang terpengaruh dengan konsep kebebasan dari Barat sedangkan sebenarnya aspek terbabit sudah ada di Malaysia, tetapi yang membezakannya ialah pelaksanaann…

Tarbiah dan Kepimpinan

Image
ADA TEMAN saya berdentam-dentum sibuk menghentam parti. Mereka sanggup melaga-lagakan ahli parti. Mereka tidak duduk di dalam parti tetapi berani sibuk menghukum sini dan sana.

Paling ketara adalah isu YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi.

Oleh sebab kita perlu ditarbiah dan mendengar kepimpinan berbicara dengan tulus, wajarlah kita menghadiri dan mendengar sendiri secara dekat. Usah tuduh-menuduh tidak tentu hala.

Akhir-akhir ini, semua akhbar tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang sudah tidak releven dibaca. Berita-berita semuanya palsu.

Apabila kita sendiri mendengar pemimpin berbicara, perkara tersebut lebih telus dan tepat.

Tambahan :

Baru-baru ini saya bertemu dengan YB Zulkifli Noordin. Selamat YB jadi ahli Parlimen BEBAS.


Tiada Unsur Sabotaj PERUBATAN

Seorang mahasiswi Perubatan Mesir (yang tinggal di El-Mounira, Sayyedah Zainab) menghantar e-mel kepada saya bertanyakan tentang wujudkah unsur sabotaj saya kepada persatuan PERUBATAN terhadap isu penggunaan bahasa di dalam e-mel merujuk kepada artikel