Langkau ke kandungan utama

Merindui Orang Jauh


PANTANG saya melihat gambar-gambar yang ditampal di laman facebook kawan-kawan. Terasa suka dan duka itu sengaja kembali menjelma. Percayalah bahawa tiga-tiga orang jejaka 'ganteng' itu kini melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Seorang mahasiswa perubatan, seorang mahasiswa pengajian Islam dan seorang lagi tahfiz al-Quran.

Tuan-tuan boleh pilih sendiri atau mengenalpasti sendiri identiti mereka.

Sejujurnya kerana sekeping gambar ini, saya perlu mencari falsafah dan makna tersendiri.

Untuk Ustaz Amaluddin, jangan duduk Mesir lama-lama. Selepas tamat peperiksaan bulan Jun nanti, cepat-cepat tinggalkan Mesir. Saya ada projek negara yang terbesar untuk saudara. Untuk Ustaz Adlan yang entah masih kekal atau tidak dalam kepimpinan PMRAM, saudara usah lama-lama berada di dalam PMRAM, nanti saudara akan terus dimusuhi oleh MSD Kaherah.

Saudara Farid (Payed), Saudara usah berani-berani bergambar dengan kepimpinan PMRAM kerana saudara pemegang pinjaman pelajaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Nanti, kena tarik habislah. (Payed, jangan marah!)

Tambahan :

Baru-baru ini saya bertemu dengan teman kita Saudara Asri Jaafar di Kuala Lumpur.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Hidup tidak boleh takut....
hamada hamdi berkata…
kerna sekeping gambar.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)