Semasa Tingkatan 1 hingga 3, saya mempelajari matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK). Kemudian, beralih kepada matapelajaran Bahasa Arab Tinggi (BAT) semasa di tingkatan 4 dan 5.
Apa yang membezakan matapelajaran BAK dan BAT? BAK mengajar struktur tatabahasa melalui komunikasi. Bahasa Arab diterjemahkan dengan mudah melalui kaedah nahu melalui percakapan harian.
Apabila telah sampai satu tempoh pengajian, ia akan berubah kepada BAT iaitu nilai sastera dan ilmu yang dihantar melalui ilmu bahasa Arab.
BAT mengajar tentang sastera dalam bahasa Arab. Mengajar balaghah (perumpaan) dan adab nusus (syair dan sebagainya- sastera).
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. mengajar kaedah menulis bahasa Melayu Tinggi. Mengapa perlu bahasa Melayu Tinggi?
Oleh kerana bahasa juga adalah salah satu peradaban di dalam komunikasi dan sastera, ia terangkum di dalam aspek penting untuk dihasilkan.
Al-Quran sebagai syariat Allah Taala diturunkan di dalam bahasa Arab Tinggi. Tiada satu pun kalimah yang bernilai bahasa Arab Komunikasi atau disebut bahasa Arab Rendah di dalamnya.
Justeru, apabila bahasa Melayu Tinggi (BMT) ini dipamerkan oleh PTS, ramai yang bertanya, ke mana akan duduknya bahasa itu nanti. Tetapi mengapa Al-Quran yang menggunakan bahasa Arab Tinggi tidak pernah jemu dibaca walaupun kitab yang sama dibaca sehingga meninggal dunia.
Contoh bahasa Melayu Rendah :
Dah lama ke dia berkenalan sampai nak berkahwin?
Contoh bahasa Melayu Tinggi :
Apakah perkenalan di antara mereka sudah lama sehingga hendak mendirikan rumah tangga?

Ulasan
Mungkin kita harus mengambil kira juga konteks zaman dan masyarakat Arab ketika Al Quran diturunkan itu. Pada zaman itu, memang masyarakat Arab bertutur dalam bahasa Arab fushah (bahasa tinggi). Bahasa, ketika itu, belum dicemari elemen 'Ammi (bahasa pasar) seperti yang berleluasa di negara-negara Arab hari ini. Malahan orang-orang Arab Badawi di gurun-gurun di zaman itu memiliki pengucapan bahasa yang indah dan puitis. Kerana itulah, menjadi amalan orang-orang Arab di kota-kota, untuk mengirimkan anak-anak kecil untuk dipelihara oleh keluarga-keluarga angkat dari puak Badwi di gurun-gurun ini. Malahan kerana itu jugalah seperti yang kita tahu, ketika Nabi saw dilahirkan, baginda diberikan kepada Halimatussa'diah untuk dipelihara dan disusukan.
Justeru apabila Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab Tinggi, ia sebenarnya adalah cerminan bahasa Arab yang digunakan sehari-harian ketika itu. Ia adalah refleksi bahasa pertuturan ketika itu - hanyasanya ia bersifat lebih puitis dan indah sehingga para penyair di zaman itu pun kagum dan terpesona.
Sebab itu, dalam konteks bahasa dalam penulisan sastera kita hari ini, sebaiknya langgam yang digunakan haruslah mencerminkan bahasa sehari-harian. Sekiranya kita berkeras menggunakan BMT yang rigid kaku dan tidak mencerminkan sama sekali pertuturan sehari-harian, maka sastera akan terpisah dari masyarakat.
Sekadar pandangan ikhlas.
Bahasa yang dirigidkan terlalu kaku dan baku ditakuti akan memberi kesan mematikan sesuatu bahasa itu. Bahasa akan menjadi statik dan tidak berkembang.
-Khusus untuk Tuan Syafiq, mungkin ada maksud tersirat yang mahu disampaikan.
Hehe
Gaya pengucapan watak yang intelek tentu sekali berbeza dengan pengucapan watak yang berpendidikan rendah.
Sebaik-baiknya kita bersederhana dan mengawalnya agar tidak merosakkan bahasa.