Langkau ke kandungan utama

Dua Buah Filem


MINGGU lalu, saya berpuas-puasan menonton dua buah filem. Pertama, filem Mualaf karya Yasmin Ahmad dan sebuah lagi filem aksi iaitu Merantau Warrior.

Jika ingin diletakkan taraf markah, saya tidak pasti mahu beri berapa markah kepada pengarah filem ini.

Tetapi, jika mahu dibebelkan, nanti saya akan bebelkan sehingga sakit telinga orang yang mendengarnya malah mungkin boleh menjadi kontroversi terhadap bebelan saya itu nanti.

Muallaf tidaklah sebaik yang saya sangka. Awal-awal lagi saya sudah letakkan bahawa ini filem tauhu sumbat.

Jika hendak mengajar dakwah kepada orang bukan Islam, ini bukan cereka yang diminta. Ini hanya filem tauhu sumbat yang sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada penontonnya.

Aduhai, saya tidak gemar menjadi seorang pengkritik panas kerana risau penonton yang gemar menonton filem ini akan baling telur tembelang kepada saya.


Ulasan

rahmahmokhtaruddin berkata…
:D Lamanya menanti untuk sebuah kisah tentang Muallaf. Merantau Warrior macam mana pula? Ok ke?
Hadi berkata…
klo macma tu duk diam2, pekene mee bandung lagi elok
Rebecca Ilham berkata…
Salam Syafiq,

aku juga kecewa dengan Muallaf. Babak yang mencetus kontroversi apabila Amani membotakkan kepala suatu masa dahulu indah khabar dari rupa - malah punca Rohani dibotakkan bapanya bahkan melucukan (hanya kerana 'octopus head!' dan ego seorang bapa..)

Pengakhirannya agak tergesa, dan dimasukkan unsur deus ex machina namun barangkali arwah Yasmin sengaja - kerana unsur ini mencerminkan 'campur tangan' Tuhan.

Bila nak semeja berbual-bual tentang sastera? :)
Tarbus Merah berkata…
Salam Becky,

Terima kasih kerana buat penambahan. Aku memang tidak sabar ingin buat reunion. Nanti aku confirmkan dengan Irfan dan kawan-kawan yang lain.

Hehehe...
Puan Ainon Mohd. berkata…
Sudah sangat lama tidak menonton filem....
:-) berkata…
Salam,

alaaa, Syafiq,

kalu begitu, jadi pengkritik dingin, Syafiq! =D
Yakni, tulislah isu yang hangat dalam cara dingin... itu satu cabaran baru... Nak sangat tahu pandangan Syafiq mengenai babak-babak Muallaf...

Wassalam.
Kak S.K.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)