Langkau ke kandungan utama

Terima Kasih PNM


PETANG tadi, saya ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jalan Tun Razak. Saya mengambil senaskhah Antologi Cerpen Kemerdekaan yang telah diterbitkan oleh PNM.

Terima kasih saya ucapkan kepada PNM. Selepas lebih setahun menunggu penerbitannya, usaha murni PNM ini saya amat hargai.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi peneraju utama di dalam memastikan karya jawi ini ditempatkan ke seluruh negara saya amat hargai dan ucapkan terima kasih.

Apa yang saya inginkan adalah tulisan jawi tidak mati dan akan kekal berdiri megah sebagai sebuah warisan dan budaya orang Melayu-Islam di Malaysia.

Tulisan jawi perlu dijaga dengan sebaiknya.

Saya telah bersembang-sembang dengan pegawai PNM, Puan Nor Azila di dalam memastikan pengaruh tulisan jawi ini perlu diperkembangkan dengan sebaiknya.

Saya mohon maaf kepada teman-teman yang ingin mendapatkan naskhah ini. Saya difahamkan bahawa karya ini hanya terdapat di Perpustakaan Seluruh Negara termasuk perpustakaan awam dan perpustakaan desa.

Karya ini diedarkan secara percuma oleh PNM. Jika kalian teringin membaca karya-karya pemenang Sayembara Penulisan Cerpen JAWI ini, bolehlah baca di perpustakaan awam.

Tambahan :

HARI JUMAAT (20 November 2009), karya saya bersama penulis-penulis dari Indonesia, Singapura, Thailand, Malaysia, Brunei akan dirasmikan di Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ulasan

LUQMAN Bekam & Urut berkata…
Kenapa buku Jawi sekerat je yang wujud? Kenapa tak boleh didapati di kedai buku? Pelik la cara martabat tulisan Jawi ala-ala Melayu ni :D

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)