Posts

Showing posts from September, 2009

Perhubungan

SAYA tidak lagi menggunakan nombor MAXIS yang lama iaitu 012-735 1860 tetapi menggunakan nombor yang baharu.

Terima kasih.

Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia

Image
Majlis Makan Malam di Kediaman Menteri Besar Johor

Malam pertama persidangan

Penulis di luar dewan persidangan


BERITA ini tidak wujud dalam mana-mana artikel ataupun akhbar tempatan. Ini adalah berita daripada saya sebagai seorang wartawan bebas.

UMNO dikritik pejuang bahasa

JOHOR BAHRU, 30 Sept - Pejuang bahasa dan Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hassan Ahmad mengkritik UMNO dan pemerintah kerana tidak menjaga martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Sepatutnya persidangan ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Panggil Hishamuddin, panggil UMNO, dan Wanita UMNO. Puteri UMNO pula hanya jadi jurusolek agaknya dalam UMNO."

Beliau berkata demikian di Dewan Utama 301, Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor Bahru sempena dengan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang diadakan di sini.

Seorang lagi tokoh bahasa, Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Safiah Karim pula menyatakan bahawa kerajaan hanya melepaskan batuk di tangga terhadap i…

Seminar

Saya sedang menghadiri 'Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia' yang diadakan di Persada Johor, Johor Bahru. Program yang bersifat antarabangsa ini dihadiri oleh sebahagian besar tokoh-tokoh bahasa di dalam dan di luar negeri.

Turut bersama dalam program ini adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Pensyarah di dalam dan di luar negara, pemakalah dan yang paling setia adalah Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama Johan.

Insya-Allah, laporan dan ceritera di dalam persidangan akan saya laporkan selepas persidangan berakhir.

Tambahan :
Program terlalu padat dan kemudahan internet tiada.

CERPEN SATIRA TERBAIK!

Image
Dalam diam-diam saya ada seorang 'mentee'. Karya satira yang paling terbaik! Tahniah diucapkan kepada saudara. Dalam karya sastera yang berbentuk satira, semua pihak bebas mengarang walaupun ada 'lubang hidung' yang terkena. Dalam peruntukkan Akta Hak Cipta 1987; Seksyen 14(1) dan 15 menyatakan bahawa karya adalah sebuah hak eksklusif!






CERPEN
BADAI ISMAN
Karya : Saudara Muhammad Alhidayat Khalid
Blog : http://salhidayat2u.blogspot.com

"Woi budak ISMAN!!"

"Kau orang nampak tak ni??"

"Nak kena seorang satu??"

"Tak reti bahasa ke apa yang Ustaz Khidir cakap??"

Bentak si Najib kepada dua orang mahasiswa sambil penunjukkan penumbuknya.Cuak budak-budak ISMAN dibuatnya.Sejak akhir-akhir Najib berasa jengkel dan meluat apabila mendengar nama ISMAN.Bagi dia yang terkenal tenang orangnya tiba-tiba boleh meningkat secara mendadak meter api kemarahannya apabila mendengar nama ISMAN.

"Sabar Us Najib…sabar…" "Sabar tu kan separuh daripad…

Ego Semakin Tinggi Apabila Jadi Editor

Puan Ainon menulis;

Tuan Syafiq,
Apabila kita menjadi penerbit (editor adalah penerbit), ego kita pun cepat naik, sebab kita mempunyai kuasa menolak karya orang. Justeru banyak penulis akan sangat berusaha mengambil hati kita, dengan harapan kita akan menerbitkan karya mereka....

Walaupun saya bukan Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, tetapi saya ketahui bagaimana tertekannya pihak editor di dalam PMRAM apabila karya yang dihantar tidak mencapai standart. Pihak penulis memaksa-maksa wakil PMRAM meluluskan juga karya mereka sedangkan karya mereka itu belum mencapai tahap yang memuaskan!


2
Saya berpengalaman menghantar karya kepada penerbit (editor). Oleh kerana saya sudah biasa menerima penolakkan karya saya, barangkali hidup sebagai editor ini banyak cabarannya. Teman-teman yang rapat juga ketahui bagaimana banyaknya karya saya ditolak oleh editor lantas tidak menerbitkannya.

Ada juga karya yang saya kritik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia masih lagi belum terbit sehingga hari ini! …

Apabila Jadi Editor...

Apabila saya jadi editor;

1. Peluang membaca buku lebih luas.

2. Masa yang diperuntukkan untuk buku lebih banyak.

3. Ruang dan peluang untuk saya jadi penulis lebih cerah sama ada genre fiksyen atau bukan fiksyen.

4. Peluang saya bersama-sama penulis mapan lebih besar.

5. Semangat menjadi penulis lebih segar.

6. Pelbagai seni kepengarangan dapat saya belajar.

Sedang Membaca

Image
SAYA kini sedang mengulati buku Obama : Antara Islam, Israel dan Amerika yang merupakan karya terjemahan daripada Indonesia. Buku ini diterbitkan oleh PTS Millenia yang lebih mengugahkan bahasa Melayunya.

Walaupun sebenarnya buku ini saya boleh dapatkan sahaja di pejabat PTS nanti, tetapi saya gagahkan diri juga untuk membeli dengan wang saya.

2
Apa ada dengan editor?

Sebagai seorang editor, pastinya saya akan membaca patah perkataan demi perkataan buku yang bakal saya semak sebelum diterbitkan. Barangkali teman-teman di PTS Islamika juga akan mengajak sama-sama berbincang sebelum karya PTS Islamika diterbitkan. Saya mendapat maklum bahawa Saudara Hariri Daud (mantan Presiden MPP USIM), salah seorang editor PTS akan keluar daripada PTS kerana menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan menerima tawaran sebagai tutor. Tahniah kepada beliau.

Sebelum meninggalkan Mesir, apabila saya berpeluang bercakap dengan Encik Puzi bin Dahaman selaku Kuasa Usaha Sementara KBMK; saya memaklumkan …

Ada Apa Dengan ISMA

Apabila kenyataan rasmi dari Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir telah keluar, kita harus terima. Apa yang terjadi dalam pentadbiran BKPJM?

Laporan yang saya terima, ramai anak-anak Johor di Mesir tidak bersetuju dengan program ISMA di bangunan Asrama Pelajar Johor Mesir.

ISMA, lepas ni mana lagi rumah yang mahu diratah?

http://ydpbkpjm.blogspot.com/2009/09/kenyataan-rasmi-ydp-bkpjm-berkaitan.html

Tambahan :
ISMA adalah Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir.

Raya Sakan dan Editor

Image
Baju merah (kenalan Faiz Esa) yang kini menuntut di SMKA Kajang.

Bersama Penghulu Mukim Serkat

Solat Jumaat di Masjid Dato' Nooh Gadot

Di rumah saya

Dua hari sahaja saya menghabiskan 'kemaruk' berhari raya sebanyak 17 buah rumah. Jika diceritakan kepenatan, pastinya memang wujud kepenatan itu. Tetapi, demi meraikan kawan-kawan saya menuruti perjalanan yang amat panjang itu.

Khamis-Jumaat, puas berjalan dan merantau bersama teman-teman. Khamis, bersama teman dari SMA Kerajaan Johor, Kluang. Jumaat- bersama teman dari Universiti Al-Azhar. Malam; saya keluar dan meraikan aidilfitri dengan teman sekolah rendah selepas berpisah hampir 11 tahun yang lalu.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana Aidilfitri ini disambut dalam keadaan dan suasana saya telah menamatkan pengajian. Ramai juga bertanya, "mahu sambung belajar?" Saya belum lagi membuat keputusan.

Paling menyeronokkan dialog begini, "Kau ambil nombor telefon ini, hubungi dia. Insya-Allah dia akan masukkan kau dim…

Buku PERCUMA!!

Ramai teman-teman di Malaysia yang sudah tahu saya akan bertugas di salah satu syarikat penerbit Melayu terbesar di Malaysia.

Ramai juga berbasa-basi. "Buku boleh bagi percuma?"

Mereka fikir saya adalah pengurus besar yang mengedarkan buku secara percuma. Jika begitu boleh saja saya buka kedai buku percuma.

Di Mesir, banyak penerbit yang menghadiahkan buku-buku kecil secara percuma sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah, Mesir. Buku-buku tersebut semata-mata memperkenalkan kepada pembaca bahawa syarikat buku tersebut sebenarnya wujud di pasaran.

Oleh itu, ramai yang berpusu-pusu mencari buku syarikat tersebut.

Tambahan :
Terima kasih kerana membeli buku PTS. Dasar PTS adalah semata-mata memandaikan bangsa dan orang-orang Melayu kita yang dilihat malas-malas membaca. :)

A Samad Said

Hari Raya Aidilfitri

Image
Hari Raya Kedua

Presiden PMRAM 2009 amat 'pelik' saya memakai baju yang berspan ini.
Tahun ini saya pakai lagi Tuan!

Pemandangan daripada Jurong West Street 64

Bersama Ammu Amni


HARI RAYA PERTAMA dan HARI RAYA KEDUA saya berada di Singapura. Biasanya apabila hari raya menjelang; saya akan pulang ke halaman kampung sebelah bonda. (Kampung ke eh?)

Seperti tahun-tahun sudah, hari raya pertama adalah hari 'perkumpulan' saudara mara di Singapura.

Barangkali tahun ini lebih meriah dengan kehadiran saya. (Baca : Perasan la tu) Kalau ditanyakan pada saya; apa beza raya di Singapura dan Malaysia. Jawab saya, banyak bezanya. Jika teman mahu merayakannya...Jom ke Singapura. :)


Letupan KESAL!!!

HARI INI saya hendak berbicara soal KESAL. Entah dari planet mana timbul manusia ini saya pun tidak mengerti. Oleh kerana pelbagai perkara timbul sehingga orang Mesir minta jawapan, saya akan buat penjelasan.Tahukah anda bermula dengan nama BORING, dia telah berubah kepada KESAL. Pelik bukan?

Apabila orang menulis di dalam shout-box bukan bermakna kita tidak harus menjawabnya. Oleh kerana KESAL mencabar saya untuk memperkenalkan Encik KESAL, saya akan mengulas satu-persatu.

Mari kita ikuti perbualan SENGAL daripada Encik KESAL.

kesal: usah bercakap soal akhlak kalau diri sendiri pun tidak punya akhlak seorang azhari. Baru saya tahu awak rupanya insan yg tidak berakhlak yang dimaksudkan Syeikh Nuruddin dlm kuliah di Kedah baru2 ini

Ini message pertama. Anda fikir Encik KESAL mahukan apa? Jika anda masuk rumah orang tiba-tiba soalan ini timbul, apakah yang anda fikir?

kesal: mmg dasar tak boleh menerima nasihat. sudahlah melukakan hati seorang Syeikh yang kita sanjungi ilmunya, inikan pula t…

PTS Islamika

Image
PTS Publications Sdn. Bhd. menerbitkan buku-buku berilmu bertujuan memandaikan bangsa. Oleh itu salah satu daripada anak-anak syarikat PTS adalah PTS Islamika.

PTS Islamika yang diketuai oleh pengurusnya En Faris Hasbullah membangunkan judul-judul berkualiti sesuai dengan minat pembaca umum khusus di Malaysia. PTS Islamika adalah satu daripada anak-anak syarikat yang berada di bawah PTS Publications Sdn. Bhd.

Kami di PTS mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan menjadi pengarang untuk buku-buku agama yang lebih evergreen dan santai sifatnya.

Tambahan :

Saya akan bertugas di PTS Fortuna yang menguruskan penerbitan sastera jantan dan produk-produk novel sastera yang lebih serius sifatnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Image
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin terutama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), semua kepimpinan Badan Pengurus PMRAM, HEWI PMRAM, Penasihat PMRAM dan ahli-ahli PMRAM.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian sepanjang saya berada di bumi Mesir dan bersama-sama kalian sebelum ini.

Maafkan kesilapan dan kesalahan sepanjang kita bersama. Moga Syawal ini akan menjadikan kita lebih bekerja kuat demi melaksanakan tanggungjawab kita hendaknya.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

1 Syawal - Saya berhari raya di kampung halaman di Singapura. Kampung kah?

Penghargaan

Image
Saya petik daripada blog Puan Ainon Mohd, Sifu-PTS. Saya terharu apabila bakat saya dinilai dengan sebaiknya. Insya-Allah bertugas demi memaidaikan bangsa dan agama.

Blog Sifu PTS http://universitipts.com


INFO DIRI : Malaysia Begini?

HAMPIR seminggu saya berada di tanah air. Entah percaya atau tidak, inilah dunia realiti kata seorang rakan. Sehingga catatan ini ditulis, rindu untuk ke Mesir masih belum berputik. Barangkali, saya juga lebih selesa melihat pelbagai aktiviti yang sedang bergentayangan di Malaysia.

2
Hari Ahad lepas, kurang dua puluh empat jam saya turun dari KLIA, saya telah merantau ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan SOGO. Ya Allah! Semacam lipas kudung. Pertama, saya amat kurang senang dengan cuaca panas di Malaysia yang menyebabkan saya tidak dapat bernafas dengan sempurna. Bagi saya, ini perbezaaan ketara di antara dua buah negara. Di Mesir pun, kalau musim panas, tidak seteruk Malaysia yang lebih sesak nafas untuk menghirup udaranya. Entah! Apa bala pun saya tidak tahu.

3
Seminggu ini saya berada di Johor Bahru negeri peribadi saya. Negeri yang telah melahirkan saya. Saya hanya berkesempatan dua atau tiga minggu sahaja di Johor kerana awal Oktober saya akan bergerak ke Kuala Lumpur dan menetap di sana…

PUISI DI MINGGUAN MALAYSIA

Image
Hari Ahad yang lepas, karya saya terbit di Mingguan Malaysia. Alhamdulillah rezeki pulang ke Malaysia. Ini adalah karya terakhir yang saya karang di bumi Mesir.

PERJALANAN HAMBA

Ratusan malaikat beratur
membahagikan jasad dan roh
satu demi satu berulang-alik
membeli sebuah sejadah cinta
yang terjual di langit dunia.

Betapa mendung awan berfirman
'bacalah dengan nama Tuhanmu'
yang Maha Menjadikan
umat bermadah di loh mahfuz
mencari sebuah keakraban batini
dalam diri hingga
meresap ke sanubari.

Sedang usia tertewaskan
dengan dekah meleret tiung kejahilan
anak-anak menjadi kakaktua
di hutan rimba
mercup terdampar berbicara dengan haiwan liar
sesekali melintas
di antara sungai dan denai
juga antara lopak-lopak kefakiran
dalam kalbu kedurjanaan.

Seloka tayangan beraksi
berhari-hari lamanya
mewarnai pentas tradisi
sakaratulmaut dan pengakhiran insan
mentafsirkan sebuah perjalanan hamba
antara syurga dan neraka.

SYAFIQ ZULAKIFLI
Kaherah, Mesir.

(c) Mingguan Malaysia, 13 September 2009

Yang Jauh Lagi Dikenang...

Image
Yang pergi tetap pergi. Yang tinggal akan jadi pengganti. Terima kasih kepada PMRAM yang mendidik dan semua Badan Pengurus PMRAM yang sentiasa berada di sisi sehingga saya menjejakkan kaki pulang ke Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua teman-teman, sahabat handai dan mereka yang mengenali diri.

Moga kita akan bersua lagi pada masa mendatang.

Memahami Dunia Penerbitan

Image
DALAM pertemuan penting dengan Pengurus Besar (Editorial) sebuah syarikat semalam, saya telah mengumpul banyak maklumat yang baru. Input dan panduan yang diberikan oleh Tuan Pengurus Besar menarik minat saya untuk didengari malah memberi satu peluang dan ruang untuk saya mengenali lebih rapat sektor penerbitan buku pada hari ini.

2
Saya mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang mempercayai bakat saya. Ya. Saya mempunyai satu jiwa bahawa semua orang mampu menggapai cita-cita dan usaha. Usaha bukan datang daripada luar tetapi lahir daripada jiwa dan peribadi sendiri.

Semua orang mempunyai cita-cita, visi dan matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Oleh itu, sebagai seorang pemikir yang mempunyai cita-cita, visi dan matlamat, perkara itu yang sedang disusun bagi mengisi kekosongan orang luar mendapatkan kepercayaan daripada saya.

3
Matlamat dan cita-cita bukan diperoleh dalam tempoh masa sehari. Malah, cita-cita juga bukan boleh dipaksa-paksa. Apabila ditanya oleh Tuan Pengurus Be…

CERPEN DI AKHBAR

Image
Karya cerpen ini saya menulis setahun yang lalu. Alhamdulillah, terbit juga di Berita Harian pada 12 September 2009 yang lalu bersempena tarikh saya pulang.

Tajuk yang amat sinonim, 'Ramadan Terakhir di Kaherah'.

Terima kasih kepada editor. Insya-Allah, selepas ini banyak lagi karya kreatif yang saya akan hasilkan.


Pertemuan Penting

ESOK, Isnin bersamaan 14 September 2009 adalah pertemuan penting saya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Insya-Allah, banyak ilmu yang saya akan kongsikan selepas pertemuan itu nanti.

Tengahari tadi, berbual dengan Tuan Abdul Latip Talib seorang pengarang prolifik yang menulis karya novel sejarah Islam seperti Tariq, Salehudin, Bilal dan lain-lain melalui YM. Saya tidak dapat menunaikan permintaannya untuk berbuka puasa di Kuala Lumpur pada hari esok kerana saya akan pulang ke Johor.

Seorang penyair muda Saudara Amran juga saya tidak dapat menunaikan permintaan bertemu. Insya-Allah, pertemuan penting dengan beberapa pengarang, penyair dan seorang wartawan bebas saya akan laksanakan selepas 1 Oktober nanti.

Kuala Lumpur

Pertama Dari Bumi Malaysia

Image
KLIA


Kaherah

Setiausaha Agung PMRAM, kali terakhir buka bersama

SAYA sekarang berada di Hote Tunes yang terletak di LCCT, KLIA. Malam tadi turun daripada pesawat MS968, Egypt Air jam 10.00 malam dan dapat keluar selepas menunggu bagasi 1 jam selepas itu. Penat dan letih tetapi saya gagahkan diri untuk mencatat sesuatu di dalam blog ini.

Terima kasih kepada Badan Pengurus PMRAM yang menghantar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah semalam. Sedih sebenarnya jiwa ini tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya mula terasa sebak selepas lapan jam penerbangan. Tadi, semasa perjalanan KLIA ke hotel, jiwa saya berkata, 'aku mahu pulang semula!'

2
Semasa saya di Mumbai, pesanan ringkas pertama saya terima daripada teman di Malaysia dan memaklumkan bahawa Cerpen 'Ramadan Terakhir Di Kaherah' terbit di akhbar pada hari ini. Ya. Saya telah tiba di Malaysia dan melihat sendiri wajah saya yang comel itu terpampang di akhbar pada hari Sabtu, 12 September 2009.

Esok, saya akan check-out ho…

Catatan Terakhir Dari Bumi Kaherah

ENTAH betul atau tidak ini catatan terakhir dari bumi Kaherah, saya simpan ke tepi.

Segala-galanya telah ditetapkan. Tuhan Yang Maha Menyaksikan setiap sesuatu ketetapan ini memberikan peluang untuk kita sebagai hamba-Nya bersyukur di atas setiap pemberian-Nya. Begitu juga dengan saya; seorang mahasiswa yang diberikan peluang menyaksikan langit Kaherah dan bumi tandus Mesir ini bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan yang berganda.

2

Catatan ini barangkali tidak dapat membayangkan betapa rindu itu mula berputik terhadap Kaherah kerana saya masih di sini. Masih mampu menghidu bau 'tokmiah dan ful', masih mampu menghirup nafas 'tandas awam' di lantai dan dinding jalanan dan masih mampu menyedut segelas air tamar hind dan air asob di kedai berhampiran.

Pengalaman amat benar mematangkan. Tetapi sejauhmana pengalaman itu memberikan kesedaran kepada kita bahawa hidup ini adalah sementara dan kita akan pulang kepada-Nya suatu masa nanti.

3

Untuk catatan terakhir ini, saya in…

Selamat Tinggal PMRAM dan Mesir

Image
BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah ketetapan dan suratan yang telah ditentukan Tuhan. Lebih kurang 100 jam lagi saya akan meninggalkan kota bersejarah ini. Ya. Kaherah. Tempat berhimpun siswa dan siswi bagi meneruskan kesinambungan dan perintis ulama zaman silam bagi membuktikan bahawa pengajian dan kekuatan keilmuan dalam jatidiri seorang hamba adalah roh utama dalam jiwa.

Perjalanan yang melangkaui hampir lima tahun ini merupakan pengalaman berharga. Suka duka dan gelak ketawa saya bersama rakan-rakan dalam PMRAM adalah rencah kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

Kritikan dan teguran saya kepada mana-mana pihak sama ada KBMK dan JPMK sebenarnya adalah semata-mata bagi menyedarkan insan yang sedang tertidur. Dalam penulisan-penulisan yang lepas saya banyak mengkritik golongan yang 'tertutup' sifatnya termasuk akhawat kita yang masih terbelenggu dengan gelombang suara-suara lama. Akhirnya mereka membuka minda dan mentafsirkan kalam saya. Terima kasih.

Sejuju…

Surat-Surat Terakhir Dari Kaherah

KEHADAPAN Saudara dan Saudari Pembaca Yang Budiman, Didoakan semoga saudara dan saudari berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Saya menulis tinta warkah ini empat hari sebelum saya berlepas pulang ke Malaysia. Banyak suka duka dan kenangan manis sepanjang saya berada di bumi Mesir ini terpaksa ditinggalkan. Itu adalah suatu kepastian dan ketetapan yang telah direncanakan. Saya berdoa agar saudara dan saudari yang masih berada di bumi Mesir meneruskan pengajian dengan tekun dan bekerja keras. Ingatlah bahawa dunia Mesir sebenarnya hanya sementara sahaja. Pejam celik beberapa kali, saudara dan saudari akan merasakan bahawa waktu berlalu terlalu pantas. Ada satu perkara yang ingin saya sampaikan kepada saudara dan saudari. Barangkali ini suatu amanah atau satu perkara yang perlu difikirkan bersama. Ke mana saudara/ri akan melabelkan diri saudara/ri sebagai seorang graduan Al-Azhar? Adakah hanya pada Ijazah Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh Al-Azhar sahaja? Barangkali tidak bukan? Saudara/…

Syawal...

Syawal tahun ini lebih bermakna kerana kedua orang tua di sisi....


Kenangan

Image
Dua hari selepas menjejakkan kaki ke bumi Mesir (Program Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim PMRAM di Dewan Andalus, ACC) SIAPA menyangka setelah hampir lima tahun berada di bumi Mesir, saya akan meninggalkan kota bersejarah kurang dari seminggu. Pengalaman yang dirasakan, kenangan yang mengajar saya tabah dan cekal mengharungi cabaran sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar, semuanya bakal menjadi memori dalam kamus peribadi. Benarlah, yang pergi tetap pergi. Biarpun pergi itu suatu kepastian yang penting pengganti tetap ada di sisi. Kita merancang, Allah Maha Perancang akan tiap sesuatu ketetapan. Saya mengucapkan rasa syukur kerana dapat menamatkan pengajian di bumi Mesir ini. Walaupun saya pernah rasa kecewa, pernah rasa gundah gulana, semuanya adalah asam garam dalam pendidikan. Tarbiah yang dididik oleh PMRAM semenjak tahun 1 lagi bakal mewarnai kehidupan saya pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlalu memberi.

Kepimpinan PMRAM : Ke Mana Mereka Selepas Belajar?

Image
Kepimpinan PMRAM 2008
GENERASI awal seperti kepimpinan saya tahun 2006, 2007 dan 2008 sudah ada yang bekerjaya. Mereka menempatkan diri mereka di pelbagai sektor. Ada yang di bawah pentadbiran kerajaan dan swasta. Masing-masing membawa hala tuju masing-masing di dalam perancangan memacu pertumbuhan modal insan negara dan hidup di dalam alam masing-masing. Seringkali, kepimpinan PMRAM akan menjadi makanan malahan bicara sesetengah pihak, "Ke mana mereka akan pergi selepas tamat belajar", "Adakah ruang untuk mereka berkhidmat dengan kerajaan", dan bermacam-macam situasi yang menjadi perbahasan. Malah, daripada sumber yang diperoleh, apabila kepimpinan PMRAM berada di dalam sektor kerajaan, ada sesetengah pihak menjadikan isu besar. Ini dan itu. Ada yang beranggapan kepimpinan PMRAM 'haram' berada di dalam sektor kerajaan kerana mereka bukan menolak kerajaan, tetapi mempersendakan pihak pemerintah ketika berada di Mesir. Bagi saya tanggapan negatif itu hanya akan…

Persidangan Pertama

Image
SAYA berdoa kepada Ilahi semoga Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia ini akan dapat diikuti dengan jayanya. Banyak perkara yang boleh dibincangkan secara masak bagi memastikan Bahasa Melayu dibawa ke mercu antarabangsa. Saya fikir, mengapa persidangan OIC, persidangan PBB dan apa sahaja persidangan antarabangsa, bahasa Melayu tidak mampu dijadikan bahasa utama. Oleh kerana bahasa Melayu mudah difahami kerana menggunakan patah kata bahasa Inggeris, saya amat mengesyorkan perkara ini diambil berat dalam persidangan ini. Tambahan : Barangkali teman saya dalam persidangan itu nanti adalah kawan-kawan dari Persatuan Penulis Johor (PPJ).

Dewan Bahasa dan Pustaka

Image
SEMENJAK tahun 2006, saya sudah merancang menjawat jawatan sebagai Pegawai Perancang Bahasa (S41) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sebagai seorang Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu di sekolah suatu ketika dahulu, saya amat berminat mengurus orang Melayu agar mereka mengetahui bahawa bahasa jiwa bangsa. Kerana, dengan bahasa orang faham tugas dan tanggungjawab memperkasa bangsa dan agama.

Setiap tahun, bermula pada tahun 2007, 2008 dan 2009 saya mengkaji jawatan kosong yang wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boleh dikatakan bahawa setiap tahun jawatan itu wujud dan perlu diisi. Tetapi akhir-akhir ini, iklan kekosongan jawatan itu tidak wujud.

Anda terfikirkah apa yang saya fikir?

Pertama, pernah saya terfikir jika saya ditempatkan di Bahagian Majalah DBP, saya akan fikirkan bagaimana Dewan Agama dan Falsafah dikembalikan semula maruahnya.

Kedua, jika saya ditempatkan di Bahagian Bahasa, saya akan memikirkan bagaimana perkataan bahasa Arab yang disadur ke dalam bahasa Melayu ditukar…

Wajah-Wajah Ramadan di Mesir

Image
Majlis berbuka puasa di Asrama Pelajar Johor

Presiden PMRAM pun ada?

Orang kanan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah bersama
Pegawai Kebajikan Pelajar Johor di Mesir.

Menerima jemputan daripada pihak luar

Sedang berfikir...nak makan ke...tidak!!

SELEPAS hampir dua belas (12) hari berpuasa di bumi Mesir, banyak sesi pengambaran yang dirakam. Ada di luar rumah, di dalam kawasan tempat tinggal dan ada di tempat awam serta di dalam majlis keraian.

Berbuka puasa di rumah-rumah tetamu adalah salah satu daripada senario yang berlaku di bumi Mesir. Barangkali menerima undangan lebih banyak daripada memasak di rumah. Oleh sebab itu, bulan Ramadan dikatakan bulan paling menjimatkan.

Pelbagai makanan disajikan oleh tuan rumah semata-mata mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini. Suasana Ramadan kali ini adalah ramadan terakhir untuk saya. Kenangan yang mengajar saya tentang kepentingan Ramadan ini hanya bakal tinggal kenangan.

Di bawah ini, saya lampirkan sebuah cerpen yang sudah setahun saya karangka…