Langkau ke kandungan utama

Ustaz Zaki Berjiwa Besar

SEORANG tokoh mahasiswa yang saya kenali semenjak dari sekolah menengah, banyak mempengaruhi salah satu kehidupan saya di bumi Mesir.

Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Mohd Zaki M Noor; salah seorang calon YDP BKPJM bagi sesi 2009/10. Biarpun tewas dengan majoriti yang besar, saya fikir itu bukanlah satu perkara yang utama.

Apa yang lebih penting, beliau telah banyak memberikan sumbangan yang besar kepada pentadbiran BKPJM. Sumbangan buah fikiran dan idea, sumbangan tenaga di dalam memastikan pentadbiran BKPJM sentiasa maju ke hadapan.

Saya pasti, tujuan beliau bertanding bagi jawatan penting ini juga bukanlah hanya sekadar suka-suka. Tetapi sekurang-kurangnya saya melihat pentadbiran saya benar-benar bersedia dan terus berfikir dengan rasional; apakah sebenarnya tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan sebagai AJKT pentadbiran.

Secara peribadi, beliau telah membuka 'mata-mata' utama pentadbiran agar berubah ke arah positif di dalam memastikan BKPJM bukan hak milik AJKT semata-mata tetapi yang lebih penting adalah BKPJM adalah milik kita semua.

Tahniah kepada penyokong kuat Ustaz Zaki yang telah bertungkus lumus masa dan tenaga bagi memastikan calon kalian memenangi saf kepimpinan. Kalah bukan bermakna mengalah. Tetapi kita juga akan memastikan idea kita disumbang untuk kepentingan badan kebajikan ini. Teruskan menyokong kuat BKPJM.

Tambahan :
TAHNIAH kepada Ustaz Basir yang telah berjaya merebut kerusi Yang Dipertua BKPJM bagi sesi pentadbiran BKPJM 2009/10.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)