Langkau ke kandungan utama

Perkembangan Penulisan Sastera Di Malaysia


FAKTA yang tepat bermulanya penulisan sastera di Tanah Melayu menjadi polemik. Sama ada kedatangan hikayat menjadi penanda aras ataupun kelahiran novel Melayu menjadi pemula tradisi sastera di bumi Melayu.

Biarlah ia menjadi persoalan yang tinggal di tepian.

Saya ingin berbicara soal penulisan sastera hari ini. Benarkah sastera semakin diterima? Izinkan saya memberi fokus novel, filem, dan drama dalam perbahasan saya kali ini.

Saya belum membuat bancian terhadap sejauhmana keberkesanan program sastera negara hari ini. Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penggerak kepada aktiviti sastera, adakah sudah bekerja keras menjalankan tanggungjawab memperkenalkan dunia sastera kepada masyarakat awam?

Kita risau, kesusasteraan Melayu tidak mendapat tempat sewajarnya. Apabila PPSMI yang bakal dimansuhkan pada 2012 juga menjadi polemik yang tidak berkesudahan, saya fikir kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan, kesusasteraan Melayu yang tidak lagi dikaji oleh anak-anak Melayu pada hari ini.

Walau apapun, pada hari ini sektor penerbitan sastera sudah berkembang. Lahir pelbagai syarikat yang memberi galakan terhadap penghasilan produk sastera. ALAF 21 misalnya selesa mengeluarkan karya-karya sastera, begitu juga PTS yang semakin cemerlang, Kaki Novel, Creative, Jemari Seni, NB Kara, Karnadya dan lain-lain lagi.

Polemik Filem dan Drama

Saya kurang pasti, berapa banyak novel karyawan tanah air yang diangkat sebagai filem atau drama. Kalau ada pun barangkali boleh dibilang dengan jari. Siapa yang bersalah? Adakah pengkarya yang tidak mampu menghasilkan karya bermutu ataupun kerajaan yang masih terpinga-pinga menyimpan peruntukan untuk menerbitkan filem ilmu. Jika ada pun, filem UMNO berjudul '1957 Hati Malaya' yang sememangnya mengangkat martabat UMNO di persada tanah air.

Jika PAS memohon untuk menerbitkan filem; adakah kerajaan akan memberikan peruntukan kepada mereka? Barangkali filem 'Ulama Merdeka' sesuai dijadikan tajuk filem tersebut.

Sehingga hari ini, banyak khazanah sastera Melayu yang masih belum selesai!

Gambar : Dr Anwar Ridhwan selaku Sasterawan Negara ke-10 (2009)

Ulasan

Minta izin letakkan di blog GKLN.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)