Langkau ke kandungan utama

Majlis Pengumuman Puasa

Mufti Kerajaan Mesir yang lalu sedang ditemuramah oleh wartawan

Ada budak tu nak juga bergambar...


SETIAP tahun, Majlis Pengumuman Puasa Ramadan akan diadakan di Azhar Conference Centre (ACC), Kaherah. Pada waktu ini juga, ramai dan kebanyakkan ulama-ulama besar Al-Azhar akan turun ke dalam majlis tersebut.

Majlis pada malam tadi dihadiri oleh Dr Mohamed Sayyed Tantawi, Imam Besar Al-Azhar, Mufti Kerajaan Mesir, Dr Ali Jum'uah, Menteri Wakaf Mesir dan kenamaan-kenamaan yang lain.

Setiap tahun, PMRAM selaku persatuan induk mahasiswa di bumi Mesir akan menerima jemputan daripada pihak pengurusan majlis.

Fikir saya, hanya di Mesir sahaja ulama-ulama diraikan malah bagai seorang 'artis' yang diagungkan.

Barangkali suasana ini jauh berbeza dengan negara kita tercinta. Mengapa? Adakah orang-orang agama tidak dilayan di tempat yang selesa? Atau 'agama' hanya pada Kad Pengenalan sahaja?

Justeru, kerana itulah saya berfikir bahawa kita perlu fikirkan sesuatu untuk membangunkan negara berteraskan konsep "Ulama Didahulukan Agama Diutamakan". Apa macam Pak Jib, ada berani?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)