KEMUNCAK acara bagi Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) PMRAM adalah pertandingan nasyid. Tahun ini dikhabarkan sebanyak 11 buah pasukan akan merebut hadiah bagi pertandingan yang paling dinanti-nantikan.
Pasukan-pasukan yang bertanding sudah bertungkus lumus berlatih. Siapakah akan ditabal sebagai penulis lirik terbaik? Siapa pula akan dinobat sebagai pencipta lagu terbaik? Semuanya akan kita saksikan keputusannya sejurus pertandingan berakhir.
Apa juga keputusan panel hakim yang arif di dalam bidang seni ini amatlah dihargai.
Pada tahun ini, buat kali pertama saya mempertaruhkan sebuah lagu yang berjudul 'Obor Islam'. Mengikut catatan, lirik lagu ini ditulis untuk sebuah negeri bagi Festival Nasyid Kebangsaan 2009. Akhirnya, lirik ini yang tidak digunakan, saya serahkan kepada negeri Johor untuk dipertandingkan.
Terima kasih. Doakan.
Lirik lagu
OBOR ISLAM
Mendung awan langit berfirman
Umpama alam tafsirkan kalam
Syariat Tuhan menyatu landasan
Dunia Islam menjadi pilihan
Makrifatullah penyuluh ketakwaan
Sunnatullah ibadah penghayatan
Lakaran dakwah Rasul junjungan
Membawa khabar hakikat Islam
Al Quran Sunnah simbol panduan
Menolak mazmumah menentang kebatilan
Sandiwara hidup zaman berzaman
Sejarah kemilau tamadun ukiran
Islam dijulang membangun pemikiran
Negara cemerlang umat gemilang
Lirik : Syafiq bin Zulakifli
Disampaikan oleh : Wakil negeri Johor
Ulasan