Langkau ke kandungan utama

Seminar Keusahawanan PMRAM dan Kursus Pengucapan Awam

Pengarah Urusan sedang berbual dengan Presiden PMRAM

Makan pagi bersama Pengarah Urusan HPA

Sidang pentadbiran PMRAM bersama rombongan HPA ke Mesir

Pengarah Urusan sedang menyampaikan ucaptama di akhir program

Mempengerusikan majlis

Peserta dan tetamu membacakan doa

SABTU lalu, tugas yang saya galas sebagai Setiausaha Program bagi Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 telah berjaya disempurnakan.

Jika mahu dikirakan letih, memang penat dan tidak terdaya badan menggalas beban ini. Tetapi, semua itu disingkarkan ke tepi. Bagi saya, mana ada kerja yang mudah dan menyenangkan. Walaupun terpaksa 'tidak tidur malam' tetapi secara peribadi saya dapat laksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan sempurna.

Program seminar atau pengenalan HPA ini sebenarnya tidak termaktub di dalam kalendar PMRAM. Tetapi, lawatan yang dibuat oleh HPA Industries Sdn. Bhd. memberi peluang semua tenaga kerja PMRAM untuk bertugas seperti mana yang dirancang.

Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Ahmad yang sudi hadir ke Mesir menjayakan seminar ini. Segala kekurangan moga diampunkan kerana saya sebagai penganjur mengakui banyak kekurangan semasa mentadbir sidang program.

Siapa tidak kenal dengan HPA? Jikalau anda tidak pernah minum Kopi Radix 'Mai Secawan' mungkin fakta ini benar untuk anda. Tetapi, barangkali semua mengakui akan penangan kopi Radix yang sudah sampai ke peringkat antarabangsa.

Saya berbangga dengan HPA bersama anak-anak syarikatnya yang memajukan orang Melayu-Islam melalui sistem perniagaan. Banyak peluang kerjaya diberikan kepada penduduk tempatan bagi menghasilkan produk halal keluaran Islam yang sebenar.

Sebagai salah satu syarikat 'halal industri', cabaran dan halangan sebagai seorang pentadbir dan pengurus syarikat sememangnya adalah asam garam dalam pengurusan dan perniagaan.

Jatuh dan bangun syarikat akhirnya membuahkan hasil selepas 15 juta keuntungan bersih diperoleh tahun lalu. Tahniah buat HPA Industries Sdn. Bhd.

Komuniti produk halal sudah meluas di pasaran Malaysia. Sebab itu, isu makanan halal ini sepatutnya dibincangkan secara lumat oleh generasi muda Islam pada hari ini. Selepas program berakhir, saya dapat buat beberapa kesimpulan.

Pertama, mahasiswa pengajian Islam seorang 'pembohong' jikalau mereka mengatakan tiada peluang kerjaya apabila pulang ke Malaysia.

Kedua, banyak sektor sebenarnya menempatkan mahasiswa pengajian Islam ini. Namun, bagaimana pemilihan itu dilakukan mengikut kehendak masyarakat.

Para peserta sedang mendengar 'bebelan' saya

Salah seorang peserta sedang diuji bercakap di khalayak

Memulakan sidang ceramah

Seorang mahasiswi yang dipilih oleh saya menyampaikan pidatonya

2
Semasa berlangsungnya seminar, saya telah mendapat panggilan daripada DPM Zaqaziq untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Kursus Pengucapan Awam'.

Oleh yang demikian, selepas melihat tarikh yang diberikan pihak penganjur dan tidak mempunyai sebarang program, saya galas tugas itu.

Pernah saya membentangkan kertas kerja yang sama pada tahun lalu di Rumah Kelantan Baru. Bagi saya pengolahan kali ini di Zaqaziq lebih baik kerana mungkin pengalaman yang lalu lebih mematangkan.

Barangkali melatih orang untuk bercakap tidak sama melatih orang untuk mengaji. Kerana, semua orang pada hari ini mampu berucap. Tetapi peluang untuk bercakap di khalayak bukan semua orang mampu melakukannya dengan berani.

Tetapi, lain pula di bandar Zaqaziq yang saya turun kali ini. Pertama, semua orang mampu bercakap. Dan, ramai mahasiswa kita sudah mampu berada di khalayak.

Atau mungkin, insan yang saya pilih adalah mereka yang sememangnya sudah boleh bercakap?

Apapun, fikir saya, mahasiswa kita sudah berubah!

3
Sedutan kertas kerja saya...

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM

Oleh : Syafiq bin Zulakifli
Fakulti Syariah Undang-Undang
Jabatan Syariah Islamiah
Kaherah, Mesir.

Pengenalan

Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap- gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara, juruhebah, pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita.

Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah, tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain.

Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dengan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.

Di Malaysia, Pusat Latihan Pidato Profesional (PULAPI-PRO) memainkan peranan besar di dalam membentuk dan memberikan khidmat latihan di dalam memastikan warga Malaysia mampu untuk berucap di khalayak.

Pengucapan awam memerlukan kemahiran yang sama digunakan dalam percakapan seharian. Mana-mana individu yang dapat berhubung dengan baik dalam percakapan harian dapat melakukannya di hadapan orang awam. Ada tiga perbezaan di antara percakapan harian dan pengucapan awam :-

1. Pengucapan awam ada susunan yang lebih baik.
2. Pengucapan awam memerlukan bahasa rasmi ataupun sopan
3. Pengucapan awam memerlukan penyampaian yang berbeza


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)