Langkau ke kandungan utama

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Sebagai Seorang Pengurus

Penulis bersama peserta program Kursus Pengurusan

DUA HARI yang lalu, saya mengikuti Kursus Pengurusan dan Pentadbiran sebagai seorang pengurus.

Saya meletakkan bahawa program ini bersifat antarabangsa kerana diapit oleh sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pentadbiran.

Terima kasih kepada pensyarah Dr. Ahmed Saber yang telah memberikan panduan dan latihan sepanjang dua hari program ini berlangsung.

Pada saya, pengalaman yang dibina sebagai salah seorang peserta memberikan latihan asas sebagai pengurus dan pentadbir pada masa mendatang.

Kesempatan sebelum menamatkan pengajian di Mesir, saya gunakan untuk mendapatkan value-added agar saya mampu terjun ke dalam pelbagai industri di Malaysia nanti.

Banyak input yang diperoleh sepanjang proses latihan diadakan. Untung penganjur menggunakan slide di dalam Bahasa Inggeris dan memudahkan saya memahami setiap apa yang diperbincangkan.

Sebagai seorang peserta, saya menyedari pelbagai kekurangan sepanjang saya mentadbir PMRAM dan banyak kelemahan yang tidak perlu dilakukan sebagai seorang ketua kepada orang di bawah.

Managing or Coaching satu istilah yang nampak sama tetapi berbeza. Ada beberapa perkara asas yang ingin saya turunkan di sini tetapi biarlah ia disimpan selepas ini.


Ulasan

Sang Musafir berkata…
Assalam, saya salah seorang antara pelajar Kuliyyah Ulum Islamiyah yg pada masa kini dikenali dgn nama MATRIKULASI AZHAR.

Saya di sini sekali lagi ingin mendesak dan memohon Ust menarik balik segala macam bentuk kritikan dan tohmahan yg ust lemparkan pada program tsbut.

Saya ingin menegaskan bhwa ust harus dan wajib bertanggungjawab mengembalikan mearuah dan kredebiliti ust dengan memohon maaf kepada kami pelajar2 Kuliyyah ini.

Kami sama sekali tidak akan membenarkan sbrg bntuk kritikan dan tohmahan yg tidak bersandarkan pada fakta yg sahih dan telus.

Yang tahu akan hal sebenarnya adalah kami sendiri.Kami berharap pihak luar yg langsung tiada tahu menahu tentang program ini agar tidak merapu dan meracau mengatakan yg bukan2 hanya untuk meraih publisiti atau pun kepemntingan peribadi.

Saya yakin saya berada di pihak yg benar.Dan ustaz harus sedar akan balasan yg pasti dan pasti ust akan terima tntg perbuatan ust.Tiada guna jadi seorang sasterawan yg tidak berpegang pada fakta yang benar.

Sekian..

SHAMSUDIN BIN SAMsi
Pelajar,
Kuliyyah Ulum Islamiyyah
Universiti Al-Azhar, Mesir.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)