Langkau ke kandungan utama

Deklamasi Puisi



SABTU lalu, Majlis Penutup Hari Keluarga Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir. Walaupun badan saya penat selepas menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran, tetapi saya gagahkan diri menerima jemputan pihak penganjur untuk mendeklamasikan sajak.

Sebenarnya, malam acara tersebut saya tidak bersedia langsung untuk menyampaikan puisi tersebut. Walaupun saya telah dijemput beberapa hari sebelum majlis, saya fikir tidak dapat menyempurnakan tugasan tersebut.

Tetapi, setelah melihat jam di tangan ada lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum acara dimulakan, cepat-cepat saya mengarang puisi untuk dipersembahkan pada malam itu.

Sebelum waktu Maghrib pada hari tersebut, puisi yang saya akan deklamasikan masih belum dikarang dan saya fikir saya akan melakukannya secara spontan.

Namun, setelah berfikir panjang hampir azan Maghrib berkumandang saya telah mengarang karya tersebut di hadapan Saudara Mohd Faiz Esa regu saya yang saya pilih on-the-spot untuk bersama-sama saya di pentas majlis.

Oleh kerana puisi yang dicipta tergesa-gesa, hasilnya pada malam itu lirik bait puisi di bawah ini yang saya deklamasikan.

RUMAH KAMI

Ini rumah kami
bumbungnya perpaduan
tiangnya kebajikan
pintunya persaudaraan
dan tingkapnya kasih sayang.

Rumah yang dihias
dengan akar budi
berbuah dan mekar
bertunas menjadi neraca keilmuan
dalam sanubari kami.

Betapa benar
rumah kami ini tiangnya berseri
diukir dengan makna sebuah kekeluargaan
diwarna dengan lukisan ketakwaan
dilakar dengan rindu keajaiban
seorang anak di perantauan.

Kami bajai rumah kami setiap hari
dari subuh ke dini hari
dari fajar ke terbenam matahari
moga indah menjadi saksi
sebuah anugerah di syurga nanti.

Indahnya rumah kami
tempat berhimpun pemuda pemudi
tempat berkasih siswa dan siswi
demi merapat ukhuwah sejati.

Lorongkan rumah kami dengan rindu
sebuah pengorbanan
sebuah perpaduan
sebuah persaudaraan
antara dua insan.

KAHERAH
18 Julai 2009

Tambahan : Saya fikir Saudara Mohd Faiz ralit melihat saya mengarang puisi di hadapannya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)