Langkau ke kandungan utama

Matrikulasi Al-Azhar : Mahasiswa Mampu Tersenyum

Kenyataan Akhbar (Muka hadapan)

PENGAJIAN Matrikulasi Al-Azhar yang bermula pada sesi pengajian yang lalu (2008/09) kini tiba ke noktah terakhir.

Barangkali kita mendengar khabar yang selesa selepas kenyataan akhbar "Suara Al-Azhar" muka depan kelmarin menyatakan bahawa pihak universiti akan memajukan dan meningkatkan peranan golongan Al-Azhar sebagai sebuah tenaga kerja untuk seluruh dunia.

Satu fakulti baharu diwujudkan. Fakulti Ulum Islamiah Azhariah untuk mahasiswa luar negara yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Oleh yang demikian, mahasiswa matrikulasi Al-Azhar mampu tersenyum seketika terhadap proses pengajian ini. Tetapi, sebagai perintis kepada program ini, mahasiswa dan mahasiswi akan menghadapi satu 'kesukaran' kerana rujukan atau silibus pembelajaran masih pada tahap baharu.

Mereka mungkin tercari-cari bagaimana kaedah pembelajaran bagi menghadapi suasana dalam fakulti ini.

Kita belum dikhabarkan secara terperinci terhadap program ini kerana dasarnya masih di peringkat samar-samar. Kita akan mengkaji sejauhmana program ini mampu memberi pencerahan kepada sektor negara pada masa akan datang.

Tambahan :

1. Mahasiswa yang sudah berdaftar untuk pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda) lepasan STAM agar tidak gatal-gatal memasuki program matrikulasi ini kerana pada saya ia hanya mendatangkan kerugian sahaja.

2. Metod pembelajaran di fakulti ini semestinya berbeza daripada fakulti lain yang berada di Mesir. Oleh yang demikian, sistem pembelajarannya juga perlu diperkembangkan dengan cara yang berbeza.

3. Mahasiswa dan mahasiswi yang tidak mendapat tajaan yuran pengajian USD 1,000 setahun bagi fakulti ini digalakkan tidak menyertainya kerana dikhuatiri akan mendapat janji manis yang tidak ada noktah.

4. Fakulti ini berbeza dengan fakulti yang lain kerana yuran pengajian. Yuran pengajian bagi fakulti Al-Azhar (Syariah, Usuluddin dan lain-lain) hanya RM 50.00 per tahun. Tetapi bagi mereka USD 1,000 per tahun.



Ulasan

nasihah an-nasuha berkata…
Assalamualaikum al-akh syafiq. Hmmm,nampaknya anda memang mengambil berat akan program matrikulasi ini.Sememangnya anda seorang yang peka terhadap isu pendidikan dan itu satu perkara yang membuatkan anda layak menjadi penulis dan amat menepati ciri-ciri seorang penulis. Dalam hal matrikulasi ini,anda sedia maklum,adalah merupakan program kerajaan dan ini mungkin menjadi perhatian umum dan mendatangkan spekulasi.Untuk makluman saudara,sukatan pelajaran untuk program ini sudah diketahui dan jika kami bandingkan, silibus program ini mencakupi ketiga-tiga fakulti(syariah,usuluddin,b.arab) dan ditambahkan dengan subjek-subjek untuk keperluan masa kini seperti Ekonomi Islam dan ketamadunannya.Dalam hal ini,kita dapat lihat suatu pakej yang komprehensif bagi menyediakan modal insan yang diharapkan.Mengenai yuran yang agak mahal,hal ini berkemungkinan disebabkan tenaga pengajarnya dipilih dikalangan pensyarah yang berkualiti dan sudi memberi komitmen sepenuhnya.Namun,saya tidak nafikan kejayaan program ini terletak pada pelajar-pelajar.Akhir kata,saya tegaskan sekali lagi bahawa program ini adalah program kerajaan dan mungkin itu terdengar tempias keburukannya disana sini.Andai kata program ini bukan program kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh BN yang tak menentu itu(program pembangkang) adakah pendirian anda terhadap program ini seperti sekarang?Apapun saya cintakan Islam yang syumul.WASSALAM.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)