Langkau ke kandungan utama

Bahang Selepas Peperiksaan dan Universiti


MUSIM panas selepas peperiksaan ini memang mencabar. Apatah lagi 'cemburu' melihat beberapa bagasi diheret ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Penghijrahan itu barangkali melepaskan lelah daripada debu kemuncak Kota Kaherah yang bahang. Ketika artikel ini ditulis, suhu Kota Kaherah barangkali melebihi 40 darjah celcius.

Tugas harus dilaksanakan. Amanah yang diberi harus digalas dengan seadilnya. Barangkali juga tempo penulisan saya akan bertukar daripada pantas meng-update kepada kurang sedikit kerana bebanan tugas luar. Kadang-kadang saya tidak sahaja duduk di rumah berbanding zaman peperiksaan dulu. Pagi bersidang di kawasan A, petang bersidang di kawasan B, malam bersidang di kawasan C. Resam sebagai seorang pemegang amanah.

Walaupun bukan sebagai anggota kepimpinan tetapi 'menasihati' persatuan adalah perkara yang benar-benar mencabar. Tentunya kehidupan akan berubah daripada sehari ke sehari.

(2)
Hari Ahad ini adalah kemasukan ke IPTA bagi mahasiswa kita di Malaysia. Tahniah kepada teman-teman (junior) saya yang berjaya masuk ke IPTA.

Ucapan tahniah ini khusus buat Akhi Muhammad Nu'aim Md Isa (Nuisza) yang bakal terbang ke Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Geologi dan Akhi Muhammad Shimir Afiq bin Seraj yang bakal menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik. Tahniah tahniah dan tahniah.

Ada ramai kenalan yang berjaya masuk ke IPTA sesi 2009/10 ini. Tahniah diucapkan juga. Ramai teman ke IPTA, tak mahu masuk Universiti Al-Azhar kah?

Gambar : Nuisza di Pantai Pulau Redang

Ulasan

Assalamualaikum... Syimir masuk, ana pulak keluar... hu2x. Tapi, kos Bahasa Arab, UM tak berapa beri kesan positif dalam penguasaan bahasa. Sungguh...! Salah satu faktornya, kos bahasa Arab bukan diletakkan bawah Akademi Pengajian Islam UM, tapi bawah fakulti Bahasa dan kurang praktikaliti. Baik dia pergi Azhar atau UIA...Itu pandangan ana. Harap abang syafiq dapat beri tunjuk ajar pada ana dalam gerak kerja jemaah... Wassalam..
Tarbus Merah berkata…
Waalaikumsalam...

Terima kasih kerana berkunjung. Apa juga yang difikirkan yang penting kita terima sahaja apa yang mampu dilakukan oleh UM.

Insya-Allah...bantuan sentiasa bersamamu

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)