PPSMI : Bahasa Melayu Yang Disayangi
Saya pilu melihat perkembangan negara pada hari ini. Lebih memilukan apabila saya melihat nasib bahasa saya sedang diperjuangkan habis-habisan. Saya merenung sejenak. Kalaulah saya berada di tempat mereka, tentu saya menangis teresak-esak memikirkan bahasa saya ditindas sedemikian rupa.
Semalam, saya berdiskusi dengan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di negara Jepun. Beliau sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan di sana. Namun, satu keanehan yang wujud, di sana katanya pembelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dipelajari di dalam bahasa Jepun. Malah katanya, hampir ‘tiada’ pengajaran di dalam bahasa Inggeris.
Mengapa orang Jepun sanggup memartabatkan dan mengagungkan bahasa mereka?
Sebagai Setiausaha Agung, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir saya amat terharu dengan keadaan yang sedang berlaku di negara kita. Pak Samad (A. Samad Said), Abang Faisal Tehrani, Puan Ainon, di antara pejuang bahasa yang telah menumpahkan keringat mereka untuk mendaulatkan bahasa Melayu di negara kita.
Saya tidak pasti, apakah saya mampu hidup selesa di dalam keadaan negara yang terlampau huru-hara. Jauh di sudut hati, lebih baik saya mendalami lagi ilmu agama di Mesir ataupun mencari ‘kedamaian’ di negara Barat untuk menggali khazanah Islam. Banyak perancangan yang sedang tersusun menuju semangat seorang mahasiswa tahun akhir ini.
Mahu sambung Ijazah Sarjana? Mungkin!
Ulasan
Saya punya rasa tanggungjawab membela nasib bahasa di tanah air. Saya tidak berniat menjauhkan diri.
Perjuangan harus diteruskan
Saya tengok, golongan ustaz yang turun berdepan dengan bedil gas dan meriam air adalah ustaz-ustaz yang komited dengan politik.
Ustaz-ustaz yang 'ilmuan' entah di mana mereka berada semasa para pejuang sedang berjuang.
Nampaknya ustaz-ustaz ilmuan tidak ke depan apabila rakyat tertekan.
Mereka nampak umat sedang dizalimi. Di manakah mereka?