Langkau ke kandungan utama

Surat-Surat Untuk Badan Pengurus


Surat-Surat Untuk Badan Pengurus

BP-BP yang dihormati,

Saya menulis di dalam keadaan sedar. Saya menulis kerana saya merasakan ini sebuah tanggungjawab. Sekiranya kalian mahu membaca apa yang saya tulis, itu kehendak kalian. Dan sekiranya kalian menganggap ini hanya sebuah tulisan tidak bermakna, abaikan sahaja.

BP-BP yang dihormati,

Saya berjalan di dalam dunia kepimpinan PMRAM semenjak tiga tahun yang lalu. Dan, semenjak tiga tahun itu saya mengenal dan meneliti apa sumbangan PMRAM kepada masyarakat amnya. Saya pernah alami waktu di mana PMRAM disanjung-sanjung dan diangkat-angkat. Dan, saya pernah alami juga waktu di mana PMRAM dipijak-pijak dan dicemuh-cemuh. Itu yang pernah saya alami.

Kalian perlu tahu bahawa perjalanan ini bukan satu perjalanan yang menyeronokkan. Setahun demi setahun berjalan bukanlah waktu yang amat menggembirakan. Pertukaran tampuk kepimpinan juga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tahun demi tahun silih berganti dengan pelbagai cabaran dan tugas yang bakal dihadapi.

BP-BP yang dihormati,

Saya akan meninggalkan dunia kepimpinan PMRAM buat selama-lamanya selepas ini. Dan, saya kira apa yang kalian akan rasa selepas ini saya tidak akan dapat rasai. Apa yang kalian bakal hadapi selepas ini saya tidak akan merasai selepas ini. Ini sebuah perjalanan yang kalian perlu hadapi dengan kecekalan dan ketabahan.

Dan, tidak salah jika saya nyatakan bahawa cabaran mendatang lebih besar dan lebih mencabar. Kalian akan memandu dengan ‘gear’ yang berbeza daripada hari ini. Namun, saya percaya bahawa kalian ada kekuatan tersendiri yang tidak diketahui umum. Saya mendoakan kalian akan terus bekerja dan membantu kawan-kawan di dalam memastikan kecemerlangan mahasiswa di dalam bidang akademik dan penguasaan bahasa Arab.

Buat yang bakal menduduki kerusi saya (Setiausaha Agung) pada masa mendatang, lakukanlah tugas dengan terbaik demi memastikan kita tidak ketinggalan di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Kita mahu lahirkan mahasiswa kita yang berpengurusan dan mampu menjadi Pegawai Tadbir (N41) pada masa mendatang.

Salam ikhlas,
Tarbus Merah

Tambahan : Menjelang Muktamar Yang Akan Hampir...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)