Langkau ke kandungan utama

Majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah Jabatan Agama Johor

Dari kiri : Ustaz Ahmad Hanif Naim (pegawai Johor), Ustaz Faisal (KPP Zakat), Tuan Haji Abdul Rahman (CEO MAIJ/Pengarah JAJ), Ustaz Ramly (KPP Undang-Undang Syarak)

Majlis Ramah Mesra bersama Pengarah Jabatan Agama Johor (baru) Tuan Haji Abdul Rahman bin Jaffar telah diadakan pada hari Khamis yang lalu. Rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 6.10 petang. Delegasi yang hadir terdiri daripada Pengarah JAJ, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal, Ustaz Ahmad Faisal bin Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Syarak, Ustaz Ramly bin Jusoh.

Tujuan dan matlamat rombongan ke Mesir adalah untuk menemuduga mahasiswa Al-Azhar di Mesir bagi mendapatkan biasiswa atau derma siswa pelajaran yang dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Kami, mahasiswa Johor di bumi Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIJ yang sentiasa tidak pernah culas di dalam memastikan mahasiswa Al-Azhar di Mesir dibantu setiap tahun.

Ketika hari temuduga berlangsung, calon telah diberikan satu teks berita untuk diterjemahkan. Mahasiswa Pengajian Islam akan menterjemahkan ke dalam bahasa Arab, manakala mahasiswa Perubatan akan menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Saya yakin dan percaya, teknik dan kaedah ini adalah salah satu cara pendekatan yang dilihat oleh MAIJ bagi memastikan anak-anak Johor di Mesir tidak ketinggalan di dalam aspek thaqafah dan persembahan di khalayak apabila pulang ke Malaysia kelak.

Calon telah ditemuduga juga melalui lisan (oral) di hadapan pegawai-pegawai MAIJ. Secara peribadi, biarlah pegawai yang akan menilai tahap kemampuan mahasiswa kita di sini dan saya yakin ada sesuatu yang akan difikirkan oleh pihak MAIJ bagi menangani masalah ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)