Posts

Showing posts from February, 2009

Surat-Surat Untuk Badan Pengurus

Image
Surat-Surat Untuk Badan Pengurus

BP-BP yang dihormati,

Saya menulis di dalam keadaan sedar. Saya menulis kerana saya merasakan ini sebuah tanggungjawab. Sekiranya kalian mahu membaca apa yang saya tulis, itu kehendak kalian. Dan sekiranya kalian menganggap ini hanya sebuah tulisan tidak bermakna, abaikan sahaja.

BP-BP yang dihormati,

Saya berjalan di dalam dunia kepimpinan PMRAM semenjak tiga tahun yang lalu. Dan, semenjak tiga tahun itu saya mengenal dan meneliti apa sumbangan PMRAM kepada masyarakat amnya. Saya pernah alami waktu di mana PMRAM disanjung-sanjung dan diangkat-angkat. Dan, saya pernah alami juga waktu di mana PMRAM dipijak-pijak dan dicemuh-cemuh. Itu yang pernah saya alami.

Kalian perlu tahu bahawa perjalanan ini bukan satu perjalanan yang menyeronokkan. Setahun demi setahun berjalan bukanlah waktu yang amat menggembirakan. Pertukaran tampuk kepimpinan juga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tahun demi tahun silih berganti dengan pelbagai cabaran dan tugas yang baka…

AKHBAR HARI INI : Maahad Johor Lahir Pelajar Cemerlang

Image
Maahad Johor Lahirkan Mahasiswa Berkualiti
JOHOR BAHRU 24 Feb. - Jika ada ibu bapa berpendapat anak-anak yang belajar di sekolah rendah atau menengah agama akan ketinggalan dalam pelajaran atau sukar mengatur masa depan berbanding murid-murid di sekolah kebangsaan atau swasta, maka tanggapan tersebut tidak benar sama sekali. Bahkan dari satu sudut, kelebihan yang terdapat di sekolah agama yang membekalkan gabungan ilmu duniawi dan ukhrawi menjadikan para pelajarnya lebih berjaya mengharungi pahit maung kehidupan pada masa depan. Namun, secara asasnya, peluang masa depan pelajar dari sekolah agama atau kebangsaan sama sahaja kerana ia bergantung kepada kebolehan dan kesungguhan pelajar dan bukan sekolah sebagai penentu semata-mata. Jika dilihat pada silibus pelajaran, ternyata para pelajar sekolah agama lebih mencabar kerana mereka perlu mempelajari mata pelajaran biasa dan agama secara serentak. Namun, itu semua tidak menjadi penghalang kerana jika dilihat kepada keputusan peperiksaan uta…

Dalam Air Ku Terbayang Wajah

Image
Lirik lagu Tan Sri P. Ramlee dan Saloma sudah lama kedengaran. Malah, lagu ini meniti dibibir semua peminat agung Tan Sri P. Ramlee. Namun, mengapa saya menulis perkara ini?

Ada beberapa sebab dan punca. Biarlah hanya Dia Yang Maha Mengetahui. :)

Akan Datang :

(a) Artikel : Surat-Surat Untuk Badan Pengurus
(b) Artikel : Surat-Surat Dari Kaherah
(c) Artikel : Mencari Hud

Dalam Air Terbayang Wajah

Dalam air ku terbayang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara

Kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga

Kalau hidup tak begurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas sahaja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga


Makam Imam Ibnu Hajar di Kaherah : Siapa Peduli?

Image
Makam Imam Ibnu Hajar di Kaherah

BARANGKALI saya pernah menulis beberapa artikel berkenaan makam Imam Ibnu Hajar Asqalani sebelum ini, selepas saya pulang melawat makam beliau. Justeru, izinkan saya mengambil inti hasil penulisan Saudara Hairul Nizam Mat Husain. Anda boleh baca di bawah ini.

OLEH :

ISLAMIKA : Ilmu Hadis

Image
Kuliah sudah bermula. Sejauhmana kita menggunakan waktu dengan sebaiknya?

Ada beberapa teman daripada pengajian Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadis meminati artikel ini. Justeru, saya juga ingin berkongsi sama-sama.

Penulisan ilmu hadis oleh ulama Asia Tenggara

RAMAI memperkatakan bahawa penulisan ilmu-ilmu keislaman yang dilakukan oleh ulama Asia Tenggara zaman silam hanya berkisar pada ilmu-ilmu tasawuf, fiqh dan tauhid sahaja. Tuduhan begitu sangat menyedihkan, tanpa membuat suatu kajian yang saksama dan teliti, bahkan juga ada yang berpendapat bahawa ulama-ulama silam Asia Tenggara tidak mengenali ilmu hadis.

Pendapat demikian adalah satu kekeliruan besar, kerana apabila kita kaji dengan teliti, bahawa penulisan ilmu-ilmu keislaman yang dilakukan oleh ulama-ulama tradisional Asia Tenggara adalah lengkap dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan keislaman, termasuk ilmu-ilmu hadis.

Bahkan ilmu-ilmu lain juga, seperti ilmu hisab, ilmu falak, ilmu perubatan dan lain-lain. Rentetan itu, pada ruan…

Majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah Jabatan Agama Johor

Image
Dari kiri : Ustaz Ahmad Hanif Naim (pegawai Johor), Ustaz Faisal (KPP Zakat), Tuan Haji Abdul Rahman (CEO MAIJ/Pengarah JAJ), Ustaz Ramly (KPP Undang-Undang Syarak)

Majlis Ramah Mesra bersama Pengarah Jabatan Agama Johor (baru) Tuan Haji Abdul Rahman bin Jaffar telah diadakan pada hari Khamis yang lalu. Rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 6.10 petang. Delegasi yang hadir terdiri daripada Pengarah JAJ, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal, Ustaz Ahmad Faisal bin Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Syarak, Ustaz Ramly bin Jusoh.

Tujuan dan matlamat rombongan ke Mesir adalah untuk menemuduga mahasiswa Al-Azhar di Mesir bagi mendapatkan biasiswa atau derma siswa pelajaran yang dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Kami, mahasiswa Johor di bumi Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIJ yang sentiasa tidak pernah culas di dalam memastikan mahasiswa Al-Azhar di Mesir dibantu setiap tahun.

Ketika hari temuduga…

MALAM INI : Ramah Mesra Bersama Pengarah Jabatan Agama Johor

Image
MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH JABATAN AGAMA JOHOR
TUAN HAJI AB RAHMAN BIN JAFFAR
DAN ROMBONGAN MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

Hari : Khamis
Tarikh : 19 FEBRUARI 2009
Tempat : Asrama Pelajar Johor (Baru) Rabaah
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua anak-anak Johor sama ada Pengajian Islam dan Perubatan di Mesir dijemput untuk hadir beramai-ramai menjayakan majlis pada malam ini.

TEMUDUGA ZAKAT
20-21 Februari 2009
(Asrama Rumah Melayu Abbasiah)

ARMA MILIK SIAPA? (Siri Kedua)

Image
Program Genggam Bara dua tahun lalu

Mengapa PMRAM tidak menduduki pejabat PMRAM di ARMA pada tahun 2001? Walaupun satu surat telah dihantar oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) kepada PMRAM, pada waktu itu, PMRAM membuat keputusan tidak menduduki ARMA atas beberapa alasan.

1. Ruang pejabat milik PMRAM yang asal tidak diberikan. (ruang Perpustakaan kini)

2. Beberapa syarat-syarat yang diberikan kepada PMRAM pada waktu itu seolah-olah PMRAM bukan pemilik asal bangunan itu.

Justeru, satu surat akan dihantar kepada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Duta Kaherah dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

Tambahan : Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM diarah mengadakan program penerangan Rumah Melayu Abbasiah kepada semua mahasiswa di Mesir (khusus mahasiswa baru) selepas kita mendapat tahu bahawa kebanyakan pihak mahukan penjelasan berkenaan kedudukan rumah tersebut.

Ramai mahasiswa baru mencadangkan agar PMRAM memohon jasa baik pihak kedutaan dan Jabata…

PPSMI WAJAR DIHAPUSKAN

Image
Hampir setahun tidak bertemu 'Kang Abik', penulis novel Ayat-Ayat Cinta

PPSMI WAJAR DIHAPUSKAN

Tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad yang telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein di Parlimen, 17 Februari.

Ketika saya menjadi pengawas peperiksaan untuk pelajar-pelajar di Sek. Men. Keb. Bandar Baru UDA, Johor Bahru dua tahun yang lalu ketika Peperiksaan Akhir Tahun, saya menyedari pelajar cemerlang (kelas Bestari 1) pun masih lagi terkial-kial memahami istilah di dalam pelajaran Matematik ketika itu.

Justeru, sebagai seorang 'guru' yang bertimbang rasa (walaupun saya bukan guru Matematik) tetap saya menterjemahkan kehendak soalan kepada pelajar berkenaan.

Akhirnya saya berfikir bahawa, 'kan mudah kalau PPSMI ini dimansuhkan sahaja.'

Berita dari Malaysiakini.com

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini sekal…

Dari Pusat Pulang Ke Negeri

Image
Teman-teman kita daripada negeri Johor yang harus dibantu

SETELAH TIGA TAHUN, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminjam saya di peringkat pusat untuk membantu kepimpinan dan pengurusan pentadbiran, saya akan kembali semula ke peringkat negeri Johor selewat-lewatnya awal April nanti.

Hakikat dan fenomena silih berganti kepimpinan ini akan terus berlaku di dalam memacu pentadbiran. Oleh yang demikian, seperti yang dimaklum umum, dua orang teman daripada negeri Johor akan mengambil alih tugas saya. Pertama, Saudara Mohd Yazid Pardi dan Saudara Amaluddin Arshad. Apapun, lakukanlah tanggungjawab kalian berdua dengan baik dan memikul amanah yang 'amat berat' ini dengan sebaiknya.

Pengalaman yang saya timba sudah cukup mematangkan saya bergelar seorang mahasiswa. Daripada saya tidak mengenal sepatah huruf pun kepada saya mengenal huruf alif. Malah pengalaman berada di dalam saf kepimpinan menjadikan saya lebih kuat untuk berhadapan dengan cabaran dan rintangan besar yang …

Di Ambang MUKTAMAR : Air Mata PMRAM

Image
Abdul Mu'izz Muhamad (Bakal Calon Presiden PMRAM 2009)

SILIH GANTI pentadbiran PMRAM akan berubah kurang daripada dua bulan daripada sekarang. Tentunya selepas tiga tahun saya menerajui kepimpinan PMRAM bermula sebagai Ketua Badan Komunikasi dan Bahasa Arab pada tahun 2006, kemudian sebagai Setiausaha Agung PMRAM selama dua tahun berturut-turut tentunya banyak pengalaman suka dan duka yang saya perolehi.

Saya pernah di'tampar' dengan pelbagai salah tanggap negatif sehinggalah saya menyedari bahawa PMRAM yang telah mendewasakan saya.

Saya mengakui secara jujur bahawa sekiranya PMRAM diherdik dengan pelbagai kecaman dan ancaman saya juga akan terasa. Ini berlaku di akhir-akhir pentadbiran saya kerana saya merasakan tanggungjawab untuk menjaga keutuhan PMRAM yang sudah bernafas selama hampir 80 tahun.

Perjalanan PMRAM amat panjang. Malah, sebagai Setiausaha Agung PMRAM saya mengkaji sejarah PMRAM bersungguh-sungguh. Walaupun ketika di peringkat menengah saya tidak berminat di dal…

Ahli Politik atau Ahli Akademik?

SENARIO keadaan negara yang hari ini benar-benar menjadi trend kepada saya untuk mengulas beberapa perkara yang berkaitan dengan isu politik negara. Tetapi harus disedari saya bukanlah 'teringin' benar menjadi seorang ahli politik. Artikel sebelum ini yang bercerita berkenaan khulasah politik pentadbiran negeri Perak tidaklah mencerminkan saya adalah seorang pro kepada mana-mana parti.

Berhujah secara akademik adalah sesuatu yang tidak boleh lari daripada tanggapan dan pemikiran seorang mahasiswa yang mahukan negara bersikap adil dan saksama. Adalah menjadi tidak adil melabelkan pihak 'A' atau pihak 'B' yang salah di dalam beberapa keadaan dan kes. Tetapi sebenar-benarnya yang lebih penting adalah permuafakatan di dalam bertindak dan persefahaman di dalam memilih kebenaran.

Jika seseorang berhujah secara akademik juga dilabel sebagai pro kepada mana-mana parti adalah lebih adil kita tidak ada pemikiran.

Usah salahkan saya bahawa kedapatan juga pegawai tinggi kera…

Politik Perak : Satu Khulasah Daripada Tarbus Merah

Image
POLITIK PERAK

Setelah satu minggu saya merenung dan mengkaji masalah politik di Perak bermula 6 Februari – 13 Februari (hari ini) dan Menteri Besar Perak yang sah telah menfailkan saman, saya berani membuat beberapa kesimpulan.

Pertama : Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah di sisi undang-undang.

Kedua : Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar tetapi berkuasa memecat exco kerajaan negeri.

Ketiga : Sultan Perak dipaksa membuat peralihan kuasa (rampas kerajaan) kerana atas desakan orang-orang yang paling hampir dengan baginda. Secara logik, perbincangan yang hanya berlaku tidak sampai 24 jam membuatkan Sultan Perak berubah pandangan sedangkan Sultan Perak adalah seorang Sultan yang memahami perundangan.

Kronologi kes (4 Feb) Nizar mohon bubar DUN, (5 Feb) Najib berunding, Nizar masuk sekali lagi (6 Feb) Kerajaan 'rampas kuasa' telah mengambil alih.

Keempat : Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dipaksa oleh pihak-pihak dalaman menghalau YAB Ir. Mohd Nizar Jamalud…

EDARAN SEGERA : Semua Ahli, BKAN dan DPM hendaklah memaparkan di semua premis masing-masing.

Image
EDARAN SEGERA. Arahan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Syafiq bin Zulakifli. Sekiranya iklan ini telah dipaparkan di laman web rasmi PMRAM, secara automatik iklan ini hanyalah sebagai hiasan di dalam blog ini.

Semua BKAN dan DPM dibenarkan mempamerkan di semua premis masing-masing. Sekian, terima kasih.


Cuti + Politik Negeri Perak

Image
BARANGKALI memaknakan sebuah keripuhan adalah tidak adil. Sebabnya, apabila saya berjaya turut serta dalam kembara rohaniah “Mencari Kebenaran” yang dirancang oleh teman-teman. Pertamanya, ini adalah kembara pertama bersama teman-teman di dalam mencari sebuah makna kebenaran.

Sedari awal, tentunya tarikh tersebut mempunyai pelbagai aturcara lain yang lebih penting. Namun atas kehendak Yang Maha Esa, peluang itu dapat ditunaikan. Terima kasih Tuhan.

Saya ‘tidak bercadang’ mengulas lebih lanjut perjalanan program kerana pelbagai ‘masalah’ (baca : protokol sebagai seorang pemimpin). Namun, daripada beberapa keping gambar (di atas), ia bakal memaknakan seribu pengertian.

POLITIK NEGERI PERAK

BEBERAPA teman memaksa saya mengulas berkenaan politik negeri Perak. Tetapi jawapan saya, saya tidak bersedia mengkritik kerajaan Perak Baharu dan tidak selesa 'memanjakan' kerajaan lama (walaupun YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin masih tidak meletakkan jawatan).

Saya perlu membuat kajian mendala…

Politik Pentadbiran Negeri Johor

Image
KITA menghormati pandangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Sumber Manusia) apabila menukarkan YB Dato' Haji Zalil bin Baron (gambar) sebagai Pengarah Jabatan Agama Johor kepada jawatan Pengurus Besar Yayasan Pelajar Johor.

Tetapi, harus diketahui bahawa pertukaran Dato' Haji Zalil difahamkan adalah satu konflik yang berlaku di dalam Jabatan Agama Johor apabila Dato' Haji Zalil tidak merelakan penjualan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang dan Maahad Johor untuk diberikan kepada kerajaan pusat.

Oleh yang demikian, kita mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana berjuang menegakkan amanah kerajaan negeri.

Untuk pengetahuan, setahu saya Pengarah Jabatan Agama Johor hendaklah diisi oleh pegawai tadbir kelas JUSA C. Tetapi kini, yang menjawat jawatan hanyalah seorang pegawai tadbir N52, Tuan Haji A. Rahman bin Jaafar. Kita menghormati akan pertukaran pegawai kerajaan negeri Johor atas arahan orang-orang dalaman!


EDARAN SEGERA : Calon BP PMRAM dan HEWI PMRAM 2009

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2009 memutuskan bahawa calon kepimpinan PMRAM pada tahun 2009 adalah seperti berikut :

1 orang calon Presiden PMRAM
9 orang calon Badan Pengurus PMRAM
10 orang calon Ahli Hal Ehwal Wanita Islam

(semua calon menang tanpa bertanding)

Bulan Kesibukan dan Sayembara

Image
Manuskrip karya seorang penulis muda

SAYA akan hadapi bulan kesibukan. Dan perkara itu saya sudah mula terasa. Pertama, saya bakal berpindah ke Asrama Pelajar Johor (Rabaah). Kedua, tugasan ke arah majlis dan program PMRAM yang semakin menghampiri. Ketiga, muktamar sanawi PMRAM yang akan berlangsung tidak lama lagi memerlukan perancangan yang rapi dan teliti.

Dan, di dalam keripuhan ini, saya gagahkan juga menerima manuskrip karya antologi cerpen 'Hati Seorang Lelaki' (rajah di atas) yang ditulis oleh dua orang penulis muda hari ini.

Insya-Allah, saya akan cuba menyelesaikan tanggungjawab itu satu-persatu. Tetapi secara peribadi saya lebih gemar menyelesaikan kerja manuskrip tersebut kerana perkara itu lebih akrab dengan jiwa.

SAYEMBARA NOVEL FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI.

Saya diminta oleh Abang Rozlan Mohamed Noor, urusetia sayembara novel (juga editor Utusan) untuk mengumumkan Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2009. Justeru, kepada …