Posts

Showing posts from October, 2008

MAHASISWA AL-AZHAR DIABAI KERAJAAN.

Apa kata Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Kaherah apabila mahasiswa Al-Azhar diabai oleh pihak kerajaan? Adakah mahasiswa kita akan menjadi pro pembangkang apabila kerajaan mengabaikan tanggungjawabnya? Adakah mahasiswa kita akan lemah kerana sistem STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) yang lemah di Malaysia? Ikuti wawancara bersama Tuan Yang Terutama Datuk Duta. BOLEH Datuk terangkan butiran lanjut ke arah menjana kecemerlangan mahasiswa dari Malaysia di Universiti Al-Azhar?
Hasrat dasar negara membina intelektual Melayu bertaraf dunia di bawah program modal insan hendaklah mencakupi pelajar Melayu yang mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar yang kini mencecah 6,000 orang. Mereka adalah aset penting negara tetapi jika dinafikan kepentingannya, negara akan kerugian golongan intelektual profesional, penggerak dan pemangkin kepada pembangunan ummah yang sangat berpengaruh. Oleh itu, bagi melahirkan ulama intelektual Islam yang unggul, tetapi paka…

Menulis Satu Kebajikan

FENOMENA penulisan sememangnya semakin rancak. Mereka yang tidak tahu menulis juga sudah mula belajar mahu menulis. Penulisan adalah salah satu kebajikan yang tidak mampu ditandingi dengan unsur kebajikan-kebajikan yang lain. Ini adalah kesan daripada pemahaman kita terhadap keperluan untuk memahami tujuan penulisan itu sendiri. Pada saya, menulis mengajar saya untuk berfikir lebih jauh. Memahami penulisan sendiri bermakna memahami diri sendiri. Justeru, peluang-peluang hidup yang ada untuk menulis ini saya manfaatkan. Tambahan: Terima kasih kepada semua yang menjayakan Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang kali ke-16. 25-27 Oktober sedang berlangsung Kembara Jejak Realiti (KEJORA) PMRAM di Ismailia. Saya akan ke sana pada hari terakhir, insya-Allah. Keperluan di Kaherah lebih banyak. Saya tidak dapat mengup-date blog dengan sempurna kerana masalah internet.

Balas Emel Anda

Image
RABU INI : Graduan kita akan memakai pakaian ini. Ahli-ahli UMNO Mesir pun sertai program PMRAM.
SAYA adalah pembaca setia kepada mana-mana komentar yang masuk ke dalam komentar emel PMRAM ataupun komentar daripada laman web PMRAM. Paling saya suka adalah emel yang diterima daripada seorang hamba Allah ini.
Insya-Allah saya akan menjawab satu persatu komentar yang diberikan. 1- Tahniah atas homepage PMRAM yang agak menarik. Tapi kalau boleh banyakkan gambar dalam berita2, atau aktiviti yang telah dijalankan. Itu sebagai bukti sambutan ahli terhadap PMRAM.

Komen saya : Terima kasih di atas komentar saudara. PMRAM sebuah organisasi yang akan memberikan input dan informasi setiap hari kepada ahlinya.

2- Takziah kepada BP PMRAM yang telah menimpa rompakan di kawasan hadiqahdauli. Tapi, maaf, saya merasakan apa yang terjadi sebenarnya menunjukkan salahBP PMRAM sendiri, sebab bukan ke PMRAM dah keluarkan pekeliling orang lelaki pun jangan jalan seorang, dan bawa duit banyak, dan jalan Hadiqah Da…

Perkembangan Sektor Awam Pada Hari Ini

Image
Selepas bertemu Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak
MUNGKIN banyak cerita yang boleh kita sampaikan kepada kepimpinan negara pada hari ini. Banyak komentar yang boleh kita berikan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang akan mengepalai pentadbiran kerajaan tidak lama lagi. Namun, betapa benar Mac 2009 yang kita nantikan, banyak desas desus yang tidak seronok kita dengar di cuping telinga kita. Dikatakan bahawa sektor kerajaan (sektor awam) banyak mengalami krisis dan polemik pentadbiran yang kurang terancang. Pemikiran, idea dan segala jenis dan macam keadaan yang semakin hari semakin meluat dibuatnya. Pada sisi lain, orang yang pernah duduk di dalam sektor kerajaan juga sentiasa mengutuk kerajaan mereka sendiri. Mengapa hal ini terjadi? Apakah mereka membenci dan tidak senang dengan kerajaan hari ini? Atau mereka yang seringkali terperangkap dengan kata-kata nista yang dilemparkan kepada kerajaan dan mereka yang tuli itu ha…

APABILA KULIAH TELAH BERMULA

Apabila kuliah telah bermula, tugas sebagai seorang mahasiswa perlu dilaksanakan. Sebahagian kitab pengajian tahun akhir ini saya telah 'menjamah'. Barangkali beratur di tingkat empat, bangunan Syariah, Universiti Al-Azhar, sudah menjadi kelaziman. Semenjak bergelar mahasiswa Al-Azhar dari tahun pertama lagi, pengalaman beratur panjang dengan sesekali dihimpit oleh Arab sudah ralit. Namun, saya gagahkan juga. Kadang-kadang teman seangkatan sebagai 'mangsa' membelikan buku. Ada beberapa buku lagi (terutama) buku semester pertama masih belum dibeli kerana belum keluar daripada percetakan universiti. Rakan-rakan yang pulang bercuti masih belum nampak menjelma di perkarangan bumi Mesir. Insya-Allah sehari dua ini, mahasiswa Johor baharu akan tiba. Minggu hadapan minggu paling mencabar. Pertama, saya terlalu ripuh untuk menguruskan Konvokesyen PMRAM yang akan berlangsung di Dewan Fustat, Pusat Muktamar Al-Azhar. Sebagai pengarah program tentunya inginkan kepuasan di dalam be…

Ruang Pandai Bahasa KEMBALI

Image
Hampir setahun saya tidak ke udarakan ruangan Sudut Pandai Bahasa. Oleh yang demikian, setiap minggu mulai bulan Oktober 2008, saya akan menggunakan ruang dan peluang untuk mengajar serta mendidik pembaca dengan beberapa penggunaan bahasa.

Tajuk Minggu Ini : JUSTERU ATAU JUSTERU ITU?

Selalu kita menggunakan kalimah ini sebagai penanda wacana. Yang mana satukah penanda wacana yang tepat? Justeru atau Justeru Itu?

"Justeru" yang bermaksud kebetulan, senyampang, tepat, malahan, atau bahkan ialah Kata Tugas dan boleh hadir dalam ayat, klausa, frasa untuk mendukung tugas tertentu. "Justeru" juga merupakan penanda wacana yang sering digunakan oleh penulis dalam wacana tulisan, malah sering juga kita dengar dalam syarahan, ceramah umum dan ucapan pemimpin negara.

"Justeru" sebagai penanda wacana berfungsi untuk menceritakan sebab dan kesan sesuatu idea, hujah dan pandangan yang dikemukakan bagi menunjukkan pertalian antara wacana sebelum dan selepasnya.

Frasa "…

Bagaimana Saya Mula Menulis?

Image
Karya
Ammu Amni

Saya kurang pasti apakah gelaran yang selayaknya diberikan ke atas diri. Barangkali saya tidak layak digelar seorang penulis mahupun pengarang. Malah, tatkala saya mencoretkan nama blog ini sebagai “Bicara Penulis”, saya juga tidak mengetahui sejauhmana layaknya nama itu digunapakai.

Sejujurnya, saya mula menjadi seorang pengarang paksaan. Pertama, atas nama keterpaksaan. Saya dipaksa menjamah medium kewartawanan apabila diminta untuk menyelenggara dan diamanahkan sebagai seorang wartawan Suara Kampus Mahasiswa Edisi Johor (SUKEJ). Dan, barangkali orang pertama yang saya wawancarai adalah seorang tokoh mahasiswa daripada Selangor, Ustaz Ahmad bin Yusof melalui judul wawancara ‘Israeliyat’.

Itu ceritera lama saya kira. Namun, saya tidak menolak bahawa usaha-usaha saya sebelum ini pernah merakamkan penglibatan secara tidak sengaja (baca : tidak langsung) di dalam bidang penulisan sewaktu menjadi Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu di SMA Kerajaan Johor, Kluang. Pernah saya mew…

BAHASA CHAT : Pelajar Melayu Jangan Kurang Ajar

Adakah sepatutnya dialog ini ditulis di dalam iklan?

ali : sihat?
abu : chat aja...
abu : dgq kata ada buku baru..
abu : sungguh ka?

Saya tidak kira sama ada anda orang utara, atau selatan, atau timur mahupun barat seharusnya bahasa slanga tidak digunakan di dalam iklan. Anda tahu betapa kurang ajarnya anda terhadap bahasa Melayu sendiri kerana anda mempermainkannya?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa orang Melayu sendiri yang merosakkan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah orang Melayu hanya menjadi seorang tupai yang layu.

Iklan adalah sesuatu yang bersifat kormesil. Memperkenalkan produk dan barang-barang sama ada secara langsung ataupun tidak. Justeru, bahasa sms, bahasa chatting bukanlah sesuatu yang seharunya digunakan.

p/s : Orang yang mahu solat, meletakkan kopiah di atas kepala bukan di atas lutut. Itu tidak adil namanya.

WAJAH-WAJAH AIDILFITRI 1429H

Image
5 Syawal berlalu dengan pelbagai coretan kenangan. Ada yang manis dan masam. Tetapi dalam mencoret sejarah Aidilfitri apa yang lebih penting adalah tugas dan bebanan amanah masih terus segar terakam dan perkembangan pendidikan akan terus meluncur selepas ini.

Pendidikan semester akan bermula. Kitab sudah mula dijamah. Secara peribadi, saya menyeru dan sama-sama memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan pada sesi pendidikan pada tahun 2008/09. Sesungguhnya harapan kita, dan harapan semua untuk mengungguli kecemerlangan dalam akademik pada sesi ini.

Penerima Anugerah Hadiah Karyawan Sastera Johor Meninggal

Image
Disalin daripada Utusan Online, Jumaat, 3 Oktober 2008

Budayawan Dr. Shaharom Husain meninggal dunia

Oleh KAMIL MASLIH

JOHOR BAHRU 2 Okt. - Tokoh guru dan budayawan, Dr. Shaharom Husain, 88, meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Allahyarham yang juga terkenal sebagai tokoh sastera menerusi novel Keris Laksamana Bentan dan drama Si Bongkok Tanjung Puteri menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur pada pukul 7.45 pagi di rumah anak sulungnya, Dr. Mohamed Hatta di Taman Berlian, Gombak.

Jenazah Allahyarham dibawa ke sini untuk dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Allahyarham Aminah Abdul Rashid di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas waktu Asar.

Beliau meninggalkan empat orang anak lelaki iaitu Dr. Mohamed Hatta, Dr. Mustapha Kamal, 55, Muhammad Iqbal, 50, dan Mustafa Kamil, 49, serta 23 cucu dan enam cicit.

Menurut Hatta yang juga Naib Presiden Kanan dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan CyberJaya, ayah beliau meninggal dunia selepas menunaikan solat Subu…

WAJAH-WAJAH SATU SYAWAL

Image