Posts

Showing posts from August, 2008

Ringkas : Malam Pengisytiharaan Puasa Ramadan

Image
Majlis Pengisyitiharan Puasa Bagi Kerajaan Mesir telah diadakan di Dewan Andalus, Pusat Muktamar Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah. Beberapa orang daripada mahasiswa Malaysia dan luar negara yang lain telah dijemput bagi sama-sama menghadiri majlis tersebut.

Program yang dihadiri oleh Syeikh Tantawi, Imam Besar Al-Azhar dan beberapa tokoh ulama ternama Mesir telah mendapat liputan yang memberangsangkan.

Pengumuman telah dibuat oleh Mufti Kerajaan Mesir, Syeikh Ali Jumaah. Justeru termaktublah bahawa, 1 September 2008 merupakan 1 Ramadan 1429H pada tahun ini. Selama hampir 30 hari, umat Islam di Mesir akan mengerjakan fardu dan rukun Islam serta melaksanakan amalan-amalan sunat di dalam bulan yang penuh barakah ini.

Lagi laporan semasa saya dan beberapa orang teman ke majlis tersebut selepas ini.

Salam Ramadan 1429H.



Ramadan Dan Kemerdekaan

Salam Ramadan 1429H. Semoga Ramadan ini akan lebih memaknakan kita selaku mahasiswa yang bergelar Islam.

MERDEKA : MENGUBAT CINTA YANG TERLUKA

Pena Mufti
Dr. Asri Zainal Abidin
Mingguan Malaysia (31 Ogos 2008)

Beberapa pihak bersungut tentang semangat patriotik generasi muda yang makin terhakis. Hal ini cuba dikaitkan dengan kemurungan mempamerkan semangat kemerdekaan. Juga pelbagai sikap yang lain generasi muda kita yang kelihatan seakan tidak lagi kisah dengan kedaulatan dan harga kemerdekaan negara. Saya tidak pasti sejauh manakah mendalamnya dakwaan ini. Jika benar itu berlaku, tentu ada sebab- sebabnya yang mengheret ke arah tersebut.

Cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau dibuat-buat. Cinta itu lahir daripada lubuk jantung insani disebabkan faktor-faktor tertentu. Cinta lebih mendalam daripada sekadar perasaan suka atau gembira. Cintalah yang telah membina seluruh rangkaian hidup di maya pada ini. Tidakkah kita lihat, tanpa cinta tiada agama, tiada keluarga, tiada negara, …

Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia : Apa hasilnya?

Image
Perwakilan sedang berinteraksi dengan audien.

Selepas Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT 07) tahun lalu, pada tahun ini Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia mengambil tempat. Bertempat di Dewan Kristal, Saly Mall, Madinah Nasr, persidangan ini memberi ruang yang terbuka kepada semua mahasiswa di antara Mesir, Jordan, United Kingdom, Yaman, Maghribi, dan Syria bertukar-tukar pendapat dan pandangan di dalam memastikan kemajuan dan peningkatan nilai ilmu dan thaqafah diterapkan secara langsung.

PMRAM yang merupakan penganjur kepada program ini sekaligus berjaya memastikan pemahaman dan gemblengan tenaga berpasukan terus dibina dengan menyatukan rangkaian pemikiran. Ini terbukti dengan beberapa pembentangan kertas kerja yang diadakan beserta dengan deklarasi yang terus digilap bagi merealisasikan hasrat mahasiswa Islam di rantau luar negara tidak hanya lena dibuai dengan arus pemodenan semasa.


Tinjauan saya mendapati sebahagian besar peserta berjaya menyatukan pemikiran di antar…

Penulis, Masa Depan, Tuntutan Peribadi

Image
Sambutan Hari Kemerdekaan kali-51.
(Terpegun melihat persembahan dari Aceh)

BARANGKALI, jika diizinkan saya menulis catatan peribadi - saya adalah insan yang mampu menulis catatan peribadi dengan panjang. Bukan ingin bercerita santai, tetapi sekurang-kurangnya pengalaman, perit-getir itu saya rakamkan di dalam diari peribadi.

SEBERMULA dari kecil, meningkat dewasa sehinggalah kini, semua catatan itu benar-benar saya simpan dalam kotak peribadi. Jika diberikan dacing kepada saya (bukan dacing Barisan Nasional) saya beranggapan bahawa catatan itu tentunya meraih timbangan berat ke arah kisah-kisah duka.

Tetapi semua itu saya anggap sebagai rencam peribadi. Jika dinamakan ujian, pastinya ujian itu Allah tentukan. Sebab itu, saya yakin bahawa itu semua takdir dan ketentuan Allah. Tetapi, ketentuan dan takdir itu sebenarnya dan sepatutnya saya yang lakarkan. Walaupun demikian, saya harus mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengenal saya sebagai seorang 'abid' bahawa tidak dapat…

APA RELEVEN SURAT TERBUKA INI?

SURAT TERBUKA

1)Mohd Halim Bin Hj Md Rashid
No Ahli PAS: 269003
Kawasan: Kepala Batas.
2)Norhasimah Binti Ahmad
No Ahli PAS:320002
Kawasan: Kepala Batas.

20 hb Ogos 2008.

KEPADA:
Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat
Dato` Seri Anwar Bin Ibrahim.

Assalamualaikum wrh..wbth!

PER: NASIHAT MENASIHATI DI ATAS KEBENARAN

Maksud al-hadith- `Hendaklah kamu menolong/membantu saudara kamu yang dizalimi (kena zalim) dan menzalimi (melakukan kezaliman), para sahabat bertanya kepada Rasul SAW- orang yang kena zalim kami tahu, tapi macamana nak bantu orang yang menzalimi? Nabi SAW menjawab- Mencegah atau menegah orang yang melakukan kezaliman itulah bererti membantu orang yang zalim`. (wallahu`alam)

Sebagai menunaikan hak seorang Muslim ke atas saudara Muslimnya yang lain kami suami isteri yang merupakan ahli PAS dari Kawasan Kepala Batas ingin menasihati Dato` Seri supaya membersihkan diri dengan melakukan `Sumpah Mubahalah` seperti yang terdapat di dalam ajaran Islam.

Perkara ini penting kerana secara umumnya jiw…

Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51 dan Komentar Saya

Image
SAYA menulis selepas pulang daripada Dataran Hayyu Asyir. Tiba di rumah jam 5.30 pagi. Malam kemuncak berakhir sekitar hampir 12.30 tengah malam. Bersembang dan melihat ahli jawatankuasa bertugas sehingga selepas berprogram, jam merayap sehingga 4.00 pagi dan tumpang tidur di rumah teman sehingga Solat Subuh.

Saya terkenang kembali tiga tahun yang lalu. Ketika diamanahkan sebagai pengerusi majlis bagi Malam Penutup dan Kemuncak Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) pada ketika itu tentunya pengalaman berhadapan dengan sejumlah mahasiswa di bumi Mesir tidak dapat dilupakan. Dan, akhirnya selepas 2 tahun pulang ke Malaysia saya tidak dapat merasai kemeriahan sambutan itu di Mesir. Paling utama kerana, hak PMRAM beroperasi di Dataran Hayyu Asyir tidak diberi kuasa. Akhirnya selepas Kerajaan Selangor menang oleh pihak pembangkang (PKR), PMRAM memulakan gerak tugas menyusun jentera mengembalikan semula nostalgia besar suatu masa dahulu untuk mengadakan program ini dengan jayanya di Dat…

SAYEMBARA NOVEL, PMHK DAN ITU-ITU

Image
Sayembara Novel

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang-pemenang Sayembara Novel Sejarah Johor II yang telah mendapat tempat di hati para juri sempena dengan sayembara yang telah ditutup penyertaan pada 31 Disember 2007 yang lalu.

Sememangnya sukar benar menulis satu karya sejarah yang berlatarkan negeri Johor. Namun, kekuatan bahan dan wacana yang ditunjukkan oleh pengarang (mungkin) menjadikan latar itu benar-benar kukuh.

Saya pernah membaca SURAT-SURAT PEREMPUAN JOHOR karangan Faisal Tehrani. Sememangnya karya sejarah memang sarat dengan wacana dan falsafah.

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :-

1. Hadiah Pertama (RM 35, 000.00)
Tiada Pemenang

2. Hadiah Kedua (RM 25,000.00)
Ribut Andelas, Arus Melaka, Badai Hujung Tanah
Karya Kasim Mahmud

3. Hadiah Ketiga (RM 15,000.00)
Rimbun Terra Ujung Medini
Karya Rahimah Muda

Hadiah Sagu Hati

i. Perang Jementah (RM 5,000.00)
Karya Abdul Latip Talib

ii. Datuk Moyang Saleh (RM 5,000.00)
Karya Abdul Latip Talib

PMHK

Kenapa PMHK dinamakan EGP (Ekspo Ge…

AKU, AMNI DAN PERKAHWINAN

Image
Sekitar perjalanan bintang 'Leo' banyak perkara yang telah berlaku. Tahniah dan takziah kepada mereka yang banyak terlibat dengan melankolik ini. Baru kini saya ketahuan banyak perkara yang sememangnya berlaku pada zaman 'Leo' ini. Mungkin ada yang tidak menyenanginya. Tetapi bagi saya, ia hanyalah kebetulan semata-mata bukan iktikad.

22 Julai - Ustaz Hairul menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2X (dah tua!) hehe
26 Julai - Amni Insyirah sudah berumur 1 tahun
31 Julai - Hari Lahir Teman Lama saya (di sekolah rendah)
31 Julai - Ulang Tahun perkahwinan Pak Cik Saya (Roslan vs Haniza)
3 Ogos - Hari Lahir Guru Persatuan Bahasa Melayu (SMA Kerajaan Johor Kluang)
7 Ogos - Hari Lahir Penulis Terkenal (Faisal Tehrani)
8 Ogos - Hari Lahir Penulis 'Tarbus Merah'
11 Ogos - Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ayah dan Ibu

Dalam menempuh tarikh-tarikh keramat ini, tarikh-tarikh ini juga ada yang menyeksakan kerana lahirnya natijah peperiksaan di Universiti al-Azhar pada tarikh-tarikh…

Baca Artikel Dalam Majalah Fityan PMRAM

Image
Nur Islam tidak sama dengan nur azhari

METOD DAKWAH : Mahasiswa Islam Perlu Berubah
Oleh : Syafiq Zulakifli

Dakwah merupakan suatu tuntutan yang besar; meliputi aspek-aspek duniawi dan ukhrawi. Islam mengakui bahawa metod dan cara dakwah setiap individu itu berbeza. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dicegahnya dengan tangan. Jika tidak berdaya hendaklah dicegahnya dengan kata-kata dan jika tidak mampu hendaklah dicegahnya dengan hatinya. Dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Kefarduan dakwah ini tentunya sebati dengan jiwa seorang mahasiswa Islam. Kita telah pun diajar tentang perihal dakwah yang berkesan terhadap mad’u untuk dibentuk menjadi seorang Islam yang sebenar.

Semua orang yang bergelar manusia tentunya mempunyai perasaan dan jiwa. Tentunya, uslub yang ditunjukkan oleh pendaie pada hari ini belum mampu untuk meyakinkan orang lain tentang teknik yang diperkenalkan dan dibawa.…

'Punca'

Image
Ada beberapa faktor dan sebab; mengapa blog saya kurang dikemaskini akhir-akhir ini:-

Pertama : Jadual harian terlalu sibuk mengendalikan perkara-perkara rencam yang langsung tidak dijadualkan. Apabila tugasan datang secara mufajaah (tiba-tiba) saya jadi kelam-kabut.

Kedua : Perkhidmatan internet di rumah telah putus. Ruang untuk saya membaca dan menulis terus di dalam internet terbantut.

Ketiga : Saya tidak menguruskan jadual saya dengan baik. Apabila musim berubah, jadual kehidupan saya turut juga berubah. Ada yang pagi dinamakan petang. Ada yang petang dinamakan malam. Begitulah sebaliknya.

Keempat : Selepas peristiwa demi peristiwa yang berlaku kepada diri, saya jadi tidak keruan menyebabkan sistem penulisan juga hampir-hampir tenggelam.

Kelima : Ada beberapa semangat yang hilang. Ada beberapa nafsu yang terbuang. Dan, ada beberapa nikmat terhalang.

Dan, bagi saya punca utama masalah ini adalah kerana internet!

08-08-08

Image
Tentu sukar bertemu dengan tarikh keramat ini. Lebih-lebih lagi dalam sesak menanti belah yang teramat lemas. Dalam kesukaran ini juga, doa yang tulus dan ikhlas dipohon kepada Allah Taala agar segala urusan akan berjalan dengan sempurna.

08-08-08. Genaplah usia saya bernilai 23 tahun. Tentu dalam meniti usia yang emas ini, kekadang ada rasa gundah dan rasa parah yang tiada siapa dapat merasa.

Namun, sedari itu kita perlu belajar erti syukur.



SEMOGA MAMA CEPAT SEMBUH

Image
"Permain apakah yang mendustai;
sedang lena alah berperi
pagi-petang dan dinihari
kekal di atas mimbar sepi."

Semoga mama beroleh kesihatan yang sejahtera seperti dahulu.

General Hospital, Singapore

Aku tidak pernah selemah begini
menanti berita yang menjajah diri
detik waktu silih berganti
menunggu masa menghitung hari.

Doaku mama kembali
seperti asal sedia berdiri
gagah melayan karenah kami
gentar ini Allah ketahui.

Cukuplah Tuhan kafarah yang kau beri
biar aku sebagai pengganti
usah diseksa insan ini
kerana aku masih menyayangi. :(




APABILA KERAJAAN MALAYSIA SUDAH SEDAR

Sumber berita semalam dan ucapan YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak memang bertepatan dengan hasrat 'kami' selaku penaung di bumi Mesir ini yang ingin melahirkan mahasiswa yang bijak, cemerlang dan intelek di Al-Azhar.

Sehubungan dengan itu, penghantaran mahasiswa yang cemerlang di bumi Mesir adalah tindakan yang tepat selepas beberapa tamparan yang hampir-hampir melibas pipi mahasiswa Malaysia di Mesir dengan tuduhan-tuduhan negatif.

Punca utama tidak lain dan tidak bukan adalah mahasiswa yang diangkut ke bumi Mesir ini adalah mahasiswa yang sudah boleh dijadikan 'sampah' oleh pihak Jabatan Pengajian Tinggi. Akhirnya, mahasiswa yang belajar adalah mahasiswa yang langsung tiada kelebihan dan kefahaman bahasa Arab itu lemah.

Tetapi pihak kerajaan perlu sedari bahawa; bukankah kerana anda yang melatih kami di peringkat sekolah dahulu sehingga kami jadi begini?

Di mana tugas LEPAI, JAKIM dan SPPIM, KPT sehingga langsung tiada modul berkesan mengajar bahasa Arab di sekol…