Langkau ke kandungan utama

Apabila Guru Tidak Dapat Terima Hakikat

Saya mendapat maklum balas daripada artikel yang bertajuk Sektor Perkhidmatan Awam : Anda Perlu Tahu.

Pertama, jangan salahkan saya bahawa penulis komentar ini 'pemalas' sifatnya. Mengapa saya berkata demikian? Lihat dan baca hasil tulisan beliau. Aduh! Guru kita tidak pandai menulis bahasa Melayu dengan baik. Tentu sahaja karangan beliau akan dimasukkan ke dalam tong sampah. Maaf saya katakan. Ini masalah penulisan. Jadilah insan yang ada jatidiri, berpegang pada satu perkara.

Guru kita ini marahkan saya kerana mengherdik PPPS (DG 41). Antaranya apabila saya membuka isu berkenaan j-QAF. Hakikat penulisan saya bukanlah untuk mengherdik mereka yang mengajar j-QAF. Tetapi, saya perlu maklumkan sendiri bahawa tugas sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar besar. Bukan tertumpu di peringkat sekolah.

Sebagai seorang pelajar yang baik, tugas berat yang harus dipikul ada nilainya. Mereka (mahasiswa IPTA) tidak mengetahui selok-belok hukum-hakam menerusi kitab-kitab turath yang menjadi sumber rujukan asal di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Apatah lagi jika mereka diberikan kitab-kitab kuning. Oleh yang demikian, fikirkanlah.

Bagi saya, saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Ya! Memang perlu mengajar anak-anak kita di sekolah. Teman saya juga membuka Al-Hira Learning di Perlis. Bahkan, mendidik anak-anak ini perlu.

Perkara ini juga harus menampar semua mahasiswa Al-Azhar. Sila beri harapan sepenuhnya. Saya yakin, mahasiswa Al-Azhar pun ada yang lesu di dalam hal ini. Maaf saya perlu berkata sebegini rupa. Ini untuk menyedarkan saya yang malas dan anda yang lebih-lebih malas lagi.

Sekian.

*********************
Daripada seorang GURU

Assalamualaikum…
Saudara yang dirahmati Allah hendaknya…
Sedarlah bahawa tanpa guru sekolah rendah anda tidak layak sampai ke tahap anda sekarang..jgn jd kacang lupakan kulit. Tanpa ada guru yang mngajar alif bat a, anda tidak akan tahu mengaji. Kata-kata anda seolah2nya anda mengutuk guru anda sendiri..sedangkan merekalah yang membawa anda hingga ke menara gading. Kalo saya ni guru anda, saya akan menangis terkilan dan kecewa kerana anak murid memperlekehkan ilmu yang telah saya curahkan.
Tinggi sangat ke taraf anda sebagai pelajar mesir?rasenye blaja di mana-mana pun same sahaja. Blaja di tempat yang elok pun kalo tak tau jaga mulut tak guna juga..kata ‘ustaz’ tapi kata-kata anda tu tak melambangkan anda ni seorang ustaz..Anda memperlekehkan pekerjaan yang paling mulia dan mendapat ganjaran yang besar drp Allah..

Untuk pengetahuan saudara, ramai di kalangan rakan-rakan saya yang teringin nak blajar di mesir tapi mereka mendapat keputusan yang cemerlang so ditempatkan di universiti tempatan…bagi mereka yang gagal mendapatkan tempat di universiti tempatan mereka terpaksa sambung blaja untuk melayakkan mereka belajar di mesir dengan tanggungan sendiri.

Apa yang saya lihat, kebanyakan pelajar yang ke sana adalah pelajar yang kurang cemerlang…ramai jugak yang kantoi dan membazir duit mak ayah mereka…Adakah mereka ni layak untuk memegang jawatan yang besar2?sedangkan untuk memegang jawatan yang besar2, bukan sekadar ilmu agama sahaja yang kita perlukan malah banyak lagi yang mereka perlu pelajari..nampaknya anda ni seorang yang berfikiran sempit dan KOLOT kerana tidak mengikuti perkembangan semasa. Anda tahu ke kuota kelayakan jawatan S 41 & LS 41? Lain kali kalo nak bercakap, bercakaplah berdasarkan fakta..kalo anda cakap kosong nampak sgtlah anda ni name je pelajar universiti tapi mcm duduk bawah tempurung. Buka sikit minda anda tu, nak harap[ muke hensem tapi otak kosong tak gune gak.

Untuk pengetahuan anda lagi, semasa sesi interview j-qaf yang lepas2, ramai pelajar mesir yang tak berkelayakan untuk memegang jawatan sebagai guru j-qaf, inikan pula nak memegang jawatan yang lagi mencabar….mintak maaflah yer… anda bukanlah seorang yang hebat untuk menentukan pekerjaan orang lain…

tahniahlah kalau anda berjaya menjadi ketua negara suatu hari nanti...kalau tak dapat pun, jadi ketua rumah tangga pun dah kira ok lah tu dengan anda yang berfikiran sempit tu...

wasslam

Ulasan

MZP berkata…
Syafiq. ana rasa enta kena kurangkan sikit provoke pembaca macam itu. elakkan pertengkaran dan salah faham itu lebih baik.

untuk guru yang terasa, mungkin ayat syafiq itu disalahfahami. Dia bukan nak kata 'kolot kalau mengajar jqaf ni', tetapi maksud dia 'sayang kalau mengajar jqaf' setelah belajar susah payah di azhar.

bagi ana, elakkan salah faham itu penting syafiq. mungkin perkataan kolot itu kasar, walaupun kolot itu bukan ditujukan kepada guru.

Tak sedaplah baca orang memaki azhari hanya kerana silap faham, padahal kalau dia faham maksud ayat enta yang sebenar, dia tak ada marah-marah begitu. enta pun tak patut melenting terus bila ana tegur ni. ini untuk kebaikan kita bersama
Tarbus Merah berkata…
Terima kasih kerana memberikan pandangan.

Saya menerima semua pandangan. Bahkan setiap satu ilmu itu wajar dimuhasabahkan.

Wassalam
CIKGU SUHAIMAH berkata…
Assalamualaikum…
Saudara yang dirahmati Allah hendaknya…
Maaf kalau saya katakan awak tidak layak untuk menilai seseorang hanya melalui komentar…nama pun komentar…sepatutnya awak kena terima hakikat bahawa pendapat awak tidak diterima oleh pembaca…tetapi malangnya, awak nie seorang yang tidak tahu menghargai komentar pembaca…kalau macam tu cara awak…baiklah awak masukkan sahaja blog awak nie ke dalam tong sampah agar ia tidak dibaca oleh orang2 yang rajin untuk memberi komentar seperti saya nie…awak katakan saya nie seorang yang pemalas sifatnya… apa buktinya…kalau saya nie pemalas saya tidak akan memberi sedikit pandangan pun tentang hasil jurnal awak tu…tetapi sebagai sister n brother in islam…saya rasa saya patut tegur kesilapan yang awak telah buat didalam blog awak tu…itupun kalau awak seorang yang open minded la…masalah bahasa, bagi saya itu bukanlah masalah yang perlu awak perbesar2kan…yang penting, apa yang hendak saya sampaikan itu sampai dan difahami oleh semua pembaca…setiap orang mempunyai gaya bahasa dan gaya penyampaian yang tersendiri…tak perlulah dipertikaikan…

Wahai saudara yang dirahmati Allah…
Awak hanya tahu bercakap pung pang pung pang…tapi sebenarnya awak bercakap di awang-awangan…awak sendiri tidak berpijak dibumi yang nyata…sepatutnya sebagai seorang pemimpin, awak patut memberi galakan kepada mereka yang bercita2 untuk mengajar…tapi tidak malah awak blame mereka…awak katakan mereka kolot kerana mengajar alif ba ta…itu kah bahasa yang paling indah yang harus ditunjukkan oleh bakal ulama’ dari johor? Awak nie buat malu sekolah saja…saya kenal awak sejak dari sekolah menengah lagi…tak sangka senior saya ada juga yang berfikiran demikian…kalau orang lain yang menulis perkataan kolot tu saya mungkin akan ignore saje…tapi memandang saya sangat kenal dengan awak…sebagai junior saya patut tegur budi bahasa awak tu…jangan memandang rendah kepada guru2 jqaf…peranan mereka sangat penting untuk mengembangkan agama dari peringkat awal lagi…apa yang awak tahu????awak duduk di mesir…belajar pun ada tahun yang kantoi…tapi masih nak mperlekehkan kerjaya guru jqaf…tak patut…tak patut…

Wahai saudara yang dirahmati Allah…
Setinggi mana pun jawatan seseorang itu di dunia ini…segalanya bermula dari sekolah rendah…hatta perdana menteri, mufti2, doctor, engineer, architect dll yang berjawatan tinggi bermula disekolah rendah…tak sepatutnya awak mengatakan perkataan KOLOT tu…yang kolot tu siapa? Awak kah?? Fikirlah sendiri…awak rasa mudah ke nak mengajar budak alif ba ta… nampak memang mudah kan???? tapi Tanya saja la kepada guru2 jqaf…sebab tu saya katakan awak nie bercakap tapi di awang2an…tak bermakna awak seorang pemimpin, hasil karya n penulisan awak baik dan bernas…pembaca akan dapat menilai sejauh mana cara awak berfikir… sempit kah…luaskah…

Wahai saudara yang dirahmati Allah…
Kalau benarlah awak nie seorang yang hebat…. Boleh memberi pelbagai pandangan…sepatutnya awak juga boleh menerima pelbagai kritikan membina…bukannya awak sahaja yang layak untuk memberi pandangan tetapi terima jugalah pandangan orang lain…jangan jadi orang yang bodoh sombong…

”Hakikat penulisan saya bukanlah untuk mengherdik mereka yang mengajar j-QAF. Tetapi, saya perlu maklumkan sendiri bahawa tugas sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar besar. Bukan tertumpu di peringkat sekolah.”

Kalau awak kata KOLOT…itu bermakna awak mengherdik mereka yang mengajar jQAF…pelajar keluaran mesir terlalu ramai dan kerajaan tidak dapat menampung mereka dengan hanya mengisi jawatan LS41.. awak tak kasihan ke kepada rakan2 awak yang ramai menganggur???apa yang mereka rasa awak belum rasa….balik lah Malaysia dulu baru awak tahu…tapi saya tahu awak banyak kabel… terutamanya family awak sendiri…itu adalah satu kelebihan yang awak ada dan awak perlu bersyukur…


”Sebagai seorang pelajar yang baik, tugas berat yang harus dipikul ada nilainya. Mereka (mahasiswa IPTA) tidak mengetahui selok-belok hukum-hakam menerusi kitab-kitab turath yang menjadi sumber rujukan asal di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.”

Wahai saudara yang dirahmati Allah….
Tak perlulah awak berlagak dalam hal hukum hakam…hebat sangat ke pelajar mesir keluaran mellinium nie??? Kalau orang dulu2 yang belajar dimesir, memang kite boleh banggakan tapi kebanyakkan pelajar baru kite yang ke mesir tidaklah boleh dibanggakan sangat… hebat sangat ke bahasa arab awak?

lagi satu, awak ingat, awak ni boleh ke sewenang2nya nak mengeluarkan hukum??? Kalau awak nak keluarkan hukum saya doakan awak jadi mufti satu hari nanti… tapi itu tidak bermakna awak boleh keluarkan hukum ikut suka hati awak…setiap hukum yang dikeluarkan perlu dibincangkan dalam majlis fatwa kebangsaan, selepas majlis fatwa mengeluarkan hukum, ia hanya akan boleh dijalankan setelah diwartakan.

”Apatah lagi jika mereka diberikan kitab-kitab kuning. Oleh yang demikian, fikirkanlah”

Wahai saudara yang dirahmati Allah…jangan memandang rendah terhadap kebolehan orang lain…IPTA/S, mesir dll sama sahaja… apa yang membezakan pelajar kita ialah, sejauh mana mereka mengaplikasikan ilmu yang mereka telah tuntut bertahun2…walaupun sedikit, kalu ianya memberi maafaat kepada masyarakat, ia akan menjadi amal jariah dunia akhirat…mungkin awak tak tahu bahwa ada juga pelajar tempatan yang boleh berbahas lebih hebat daripada pelajar mesir menggunakan kitab kuning tu…hal ini telah dimaklumkan oleh pelajar2 mesir sendiri dan mereka bangga dengan pelajar tempatan tersebut…sebab tu lain kali jangan suka bercakap kalau tak ada bukti…dan jangan memperkecil2kan kebolehan orang lain…ilmu Allah nie cukup luas dan apa yang kita ada hanyalah ibarat setitik air dari lautan air yang ada di dunia ini…

”Bagi saya, saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Ya! Memang perlu mengajar anak-anak kita di sekolah. Teman saya juga membuka Al-Hira Learning di Perlis. Bahkan, mendidik anak-anak ini perlu.”

Tak semestinya nak mengajar anak-anak kita disekolah, kite perlu membuka pusat pendidikan…ikutlah kemampuan individu itu sendiri… bukan semua orang yang mampu…family saya sendiri pun ada membuka sekolah tahfiz di kajang, sekarang nie dah hampir 16 buah cawangan…tapi itu mungkin rezeki family saya…tapi saya tidaklah pula sampai tahap mengatakan kerjaya jqaf tu kolot…

Sekian untuk kali ini…wassalam…ilal liqa’ fi amaanillah...

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)