Langkau ke kandungan utama

Ulasan Daripada Berita


Berita Harian Online 9 April 2008

Selatan: Marsah jadi tumpuan pelajar seluruh dunia

JOHOR BAHRU: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di Johor Bahru yang kini ditadbir anak syarikat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Marsah Sdn Bhd dengan geran RM1.7 juta menjadi tumpuan seluruh dunia.

Pengarah Jabatan Agama Johor (Jaij), Datuk Zalil Baron, berkata negara lain seperti China, Indonesia, Tunisia, Kemboja dan Singapura semakin berminat menghantar pelajar mereka mengikuti pengajian di Marsah.

"Pelajar Marsah menerima tajaan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam bentuk pinjaman sebanyak RM3,000 setahun dan RM6,000 bagi yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar," katanya.

Katanya, Marsah juga menerima pengiktirafan daripada universiti di Maghribi, Universiti Sultan Muhammad V; Universti Al-Yarmouk, Jordan; Institut Agama Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia dan Institut Al-Zuhri, Singapura.

Beliau berkata, pada 2000, Maij mencadangkan supaya Marsah mempunyai bangunan sendiri bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbirannya dan pada 2001, Marsah secara rasmi memiliki bangunan pentadbiran dan akademiknya sendiri.

Katanya, sebelum kejayaan itu mampu dikecapi, Marsah melalui pelbagai proses evolusi sejak dari awal cadangan pembinaannya dilahirkan menerusi idea penubuhan Insaniah, iaitu institusi pengajian tinggi di Kedah yang menjalinkan program pendidikan berkembar dengan Universiti Al-Azhar.

"Menjadikan Insaniah sebagai pemangkin, pada 15 Jun 2007, Maij mengundang rombongan Rektor Universiti Al-Azhar ke Maahad Johor dan bahagian Pendidikan Agama, Jaij mengemukakan permohonan kepada rektor untuk menaikkan taraf Maahad Johor kepada pengajian kuliah menerusi program berkembar dengan Al-Azhar.

"Pada November 1997, Marsah ditubuhkan dengan menggunakan nama Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab Johor dan Marsah adalah singkatan nama Markaz al-Dirasat Al-Islamiah wa al'Arabiah dan pada 2001, namanya ditukar kepada Institut Pengajian Tinggi Islam Johor.

"Pada 2006, Marsah ditukar kepada Kolej Pengajian Islam Johor hingga kini selaras dengan kehendak penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan mengekalkan namanya dalam Bahasa Arab," katanya.

Katanya, pada awal penubuhannya, Marsah menerima pendaftaran 42 pelajar bagi Kuliah Syariah Islamiah yang semuanya adalah lulusan Sijil Tinggi Agama dari Maahad Johor dan Maahad Pontian.

Zalil berkata, kumpulan pelajar itu menjadi perintis kepada program pembelajaran yang diteroka guru kanan Maahad Johor dengan sokongan Pejabat Pendidikan Jaij dan kuliah dimulakan dengan dua tenaga pengajar dari Universiti Al-Azhar secara pinjaman.

"Pada 5 Julai 2000, Marsah menambah kursus pengajian Diploma Usuluddin dan ia diwujudkan berdasarkan kepada kepentingan Dakwah Islamiah pada masa akan datang, khususnya di negeri ini," katanya.

**TYPEACE mencadangkan kepada pentadbir MARSAH supaya berfikir dua kali, sama ada ingin meneruskan penubuhannya atau menyelia MARSAH di bawah tanggungjawab pihak kolej luar. Apa yang dikesali adalah kerana MARSAH hanya pusat pendidikan Islam yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah dibina atas dasar nama retorik sahaja.

Mungkin orang-orang dalam MARSAH perlu melakukan perubahan demi kepentingan pengajian Islam di negeri Johor.

Adakah wajar MARSAH diletakkan di dalam kawasan Maahad Johor? Apakah kesedaran mahasiswa kita apabila menuntut di dalam satu kolej yang sama?

MARSAH, usah samakan dengan INSANIAH yang jauh lebih maju daripada MARSAH. Justeru, moga ada perhatian daripada pihak yang terbabit.

Bersama memakmurkan Pendidikan Islam di Johor.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)