Apakah inferens yang dikecapi selepas majlis berakhir? Adakah hipotesis menunjukkan peningkatan jumlah mahasiswa di Mesir yang baru mengenali PMRAM? Segalanya baru terlakar di Dataran Hayyu Asyir semalam.
Namun, adakah kejayaan ini hanya sementara? Atau sekadar retorik mahasiswa yang hanya bersungguh-sungguh mempamirkan PMRAM di saat-saat bangkitnya suara mahasiswa?
Kajian ini harus dibuat secara mendalam. Saya beranggapan bahawa kita punya percaturan di dalam berhujah. Laksana keris emas dihunus, tatkala itulah perwira bertarung. Dan, sekiranya keris gangsa sahaja disuap tentunya kegersangan itu tidak akan mampu ditari.
Fakta ini jelas membuktikan semangat manusia harus dikendong. Kekadang kita lemah dan kekadang kita cukup ampuh kuat laksana nakhoda di atas kapal berlayar.
Sedari itu, selaku kepimpinan 'lama' saya beranggapan bahawa pementasan PMRAM bukanlah semata-mata digilap oleh bakat kepimpinan tetapi yang dikagumi adalah semangat juang sebagai sebuah persatuan yang mampu mengumpulkan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir ini. Mengapa kita perlu memporak perandakannya?
Jika sekiranya kita bersatu di bawah satu rumpun, saya yakin dan percaya kita akan mampu jadi mahasiswa yang cemerlang di bumi Mesir ini. Justeru, saya menyeru sekiranya ada di kalangan ahli-ahli yang berjalan di atas nama persatuan lain seperti ABIM, ISMA, ISEK, dan apa-apa sahaja nama persatuan yang punya hadaf yang sama; mengapa kita harus berdiri sendiri?
Hakikat ini perlu diperhati jauh. Jika kita semua bersatu, semuanya akan selesai.
Tambahan :
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sama-sama membantu PMRAM di dalam menjayakan program Dialog Perdana PMRAM dan Motivasi Perdana di Dataran Hayyu Asyir semalam.

Ulasan