Tentunya seronok menggapai cerita cinta. Debaran itu mula sudah terasa. Dari kecil lagi saya seringkali menerima panggilan cinta. Biarpun cinta yang diidamkan itu indah, kekadang ada juga rasa gulananya.
Bayu semilir yang menebas keghairahan cinta lewat beberapa degupan yang terpanggil itu memaksa atma berlari pantas. Sedari itu, hakikat cinta benar-benar tertampar dek keseronokan yang nyaris-nyaris menghakis. Benar! Masakan Rasulullah juga bercinta dengan umat-Nya tatkala menyeru Ummati-Ummati-Ummati di akhir hayatnya.
Namun, betapa benar cinta itu tidak akan hadir tanpa dipaksa. Melalui Ayat-Ayat Cinta yang baru diteroka, langsung sahaja dikejar Kalimah Cinta persis Keagungan Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta? Wah! Kagum melihat abadinya cinta diteroka dan diseksa hingga ke hujungnya.
Tetapi keghairahan cinta ini akan benar-benar terusik apabila cinta itu digarap dengan kesucian Ilahi. Berapa ramai yang mentakdirkan cinta kerana Allah lantas diucapkan pujian semata-mata kerana-Nya.
Kita selalu mengharapkan Allah meredai kita, lantas cinta kita tetap lenyap kepada-Nya. Kita juga berlari-lari menggapai cinta-Nya namun betapa ringan pengharapan kita kepada-Nya.
Aduh! Bangkit menyembah atas nama Tuhan yang Esa, yang memberi petunjuk kepada hamba-Nya. Kita juga merasai keindahan itu kerana-Nya lantas ucapkanlah syukur -Alhamdulillah.
Cinta kita masih belum terlewat.

Ulasan