Semalam, saya menyudahkan tayangan Filem Ayat-Ayat Cinta yang diadaptasi melalui karya novel Ayat-Ayat Cinta, tulisan Habiburrahman EL Shierazy. Sungguh geram di hati. Maksud dan penilaian penulis saya kira langsung tidak sampai kepada maksudnya.
Lihatlah beberapa plot-plot cerita yang kelam-kabut di samping mereka yang tidak gagah membaca novel langsung sahaja tidak mengetahui cerita ini dengan baik. Mungkin saya boleh beranggapan bahawa pengarah filem seakan-akan berangan-angan tinggi untuk menghasilkan filem yang terbaik berdasarkan jualan novel yang best-seller, namun segalanya meleset.
Benar! Novel Ayat-Ayat Cinta bukanlah menggunakan sastera tinggi. Ianya jauh sekali berbeza dengan penulisan tokoh sasterawan negara seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, S. Othman Kelantan, dan bermacam-macam lagi.
Mungkin juga 'sastera pop Islami' ini keterasingan di dalam mendapat tempat bagi menggayakan penulisan novel yang baik.
Sementelah itu, saya hanya seorang yang mampu berbicara soal-soal kemanusiaan yang tidak sejagat saja.

Ulasan