Langkau ke kandungan utama

Bahasa Pilihanraya

Kuliah Syariah yang sudah lama tidak dikunjungi

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang diyakini mampu meningkatkan peranannya sebagai hab logistik pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara)."

(Dipetik daripada keratan berita 1)

"Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi Cina memilih calon Barisan Nasional (BN) kerana hanya parti itu yang mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi pesat di Pulau Pinang dan di seluruh negara."

(Dipetik daripada keratan berita 2)

"Pas tidak perlu terus menimbulkan isu pengundi hantu kerana rakyat masih belum lupa tentang dakwaan 'pengundi mati' pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir yang terbukti sebagai satu pembohongan."

"Beliau menegaskan, justeru taktik Pas yang terus menimbulkan kesangsian terhadap proses pilihan raya tidak ubah sebagai hanya mempersiapkan alasan kepada penyokong sekiranya kalah di samping mencari undi simpati."

"Annuar mengulas mengenai dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Husam Musa mengenai kewujudan pengundi klon apabila terdapat anggota tentera yang turut wujud sebagai pengundi awam selain pengundi pos."

(Dipetik daripada keratan berita 3)

Tentunya bahang pilihanraya dirasai oleh mereka-mereka yang terlalu pro-pro-pro. Ada cakap-cakap belakang yang terus mempertikaikan kewibawaan parti A dan menemplak parti B dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah. Sementelah itu wujudlah bermacam-macam kepincangan yang terpaksa diterima oleh akal yang waras ini.

manifesto pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.

penyokong orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut

pengundi 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang;

hantu 1. roh jahat (yg dikatakan terdapat di tempat-tempat tertentu dll)

pos 1. sistem penghantaran surat, bungkusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)