Langkau ke kandungan utama

Ahli Tidak Kenal Pimpinan : Siapa Yang Berhak Dipersalahkan?

Asas Kita Adalah Membaca

Oleh : typeace

SAYA kurang pasti berapa peratus nilai kepentingan masalah ini dipersembahkan. Adakah ia sekadar satu luahan atau satu untaian kata-kata yang tidak bermakna. Justeru, sedari awal saya tidak suka menghangatkan bicara dengan menemplak kepada mereka-mereka yang tidak bersalah. Ini bermakna sebenarnya kedua-dua di antara mereka bersalah.

Baik. Izinkan saya melanjutkan bicara. Secara kasar, persoalan ini mungkin juga dianggap menarik. Mengapa? Hal ini terjadi ekoran desakan secara peribadi memaksa saya mencernakan pemikiran untuk mengumpul segala fakta yang benar. Ini kerana suatu hakikat yang perlu difahami adalah kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Baik di peringkat pemerintah ataupun yang diperintah.

Pertama, ada suara-suara ahli yang berkata, "Saya tidak kenal pimpinan."

Elok sahaja soalan ini tidak dijawab. Kerana, hal mengetahui bukanlah kepada pemimpin. Tetapi perkara ini perlu diambil berat oleh ahli. Saya misalkan begini. Di dalam temuduga-temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, soalan ini tentu sahaja kerap ditanyakan.

"Siapakah nama Menteri Belia dan Sukan? Siapakah Timbalan Menteri Pelajaran?"

Tentunya, soalan ini tidak akan dapat dijawab apabila 'yang ditemuduga' tidak bersedia. Lantas, konsep gagal tentunya akan diterima oleh mereka. Dan, sedari itu mereka mungkin sahaja dianggap tidak bertanggungjawab di atas isu-isu remeh ini. (Baca : Jangan salahkan pihak penemuduga, jika anda tidak dapat jawatan kosong itu.)

Ini masalah mahasiswa kita. Berapa ramai sangat yang kenal Menteri Kabinet? Dan, berapa ramai sangat yang tahu isu-isu pengetahuan am? Kalau ditanya, bilakah tarikh PMRAM ditubuhkan, tentunya juga mereka kata, saya tidak tahu.

PMRAM membentuk ahli supaya 'mencari' ilmu. Bukan disuapkan dengan ilmu. Usah menuding jari jika kita juga yang bersalah.

Saya tamatkan bicara tersebut. Tentunya kalian ketahui saya memihak kepada sebelah sahaja. Dan seolah-olah ada back-up utama terhadap isu ini. Wah! Saya bukan mencari kemarahan atau sebagainya. Tetapi cukup sekadar kita ketahui bahawa kemampuan pemimpin ingin 'turun padang' mungkin boleh sahaja dipertikai. Saya tidak menafikan masalah ini terjadi. Namun, sedari itu saya berkeyakinan bahawa kita perlu muhasabah semula, siapa yang bersalah.

Secara peribadi, saya beranggapan isu remeh ini tidak perlu diperbesarkan. Malah saya tahu masalah yang berlaku. Baik, jika kalian sudah reda dengan segalanya, kenapa tidak kalian sendiri yang menjawat jawatan ini?

Kenapa bebankan kami dengan tanggungjawab ini? Pernah kalian terfikir dan memikirkan? Saya duduk di dalam, saya lebih tahu susah senang anak-anak saya. Bukan saya ingin marah tetapi kita kena faham situasi yang berlaku.

Kami ada 15 orang sahaja. Jika mahu dibandingkan dengan kalian tentunya 1 : 500. Nah! Kalian akan jawab persoalan ini apabila kalian tahu masalah kami!

Ampunkan kami.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)