Langkau ke kandungan utama

Layakkah Sastera Popular di jadikan karya KOMSAS?

Ayat-Ayat Cinta, Karya Popular atau Karya Serius?

Apakah perbezaan di antara karya popular dan karya serius?

Saya pernah diminta untuk membaca karya-karya popular yang berada di pasaran. Tetapi, saya berpendirian bahawa sastera popular hanyalah untuk orang 'popular' dan mungkin penulis sastera 'popular' lebih popular daripada penulis sastera serius.

Adakah 'saya' tidak boleh membaca karya popular?

Tidak! Malah, sebagai seorang pembaca, kita wajar membaca pelbagai bahan. Namun, secara puratanya, saya hanya membaca 5% karya popular berbanding dengan karya serius.

Saya minta orang yang 'bijak' perlu mengkaji berita ini.

Berita Harian, 12 Januari 2008

KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.

“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak wajar SN yang mendapat pengiktirafan negara, karyanya dinafikan daripada turut disenaraikan dalam cadangan teks baru untuk Komsas kerana masih ada jalan menghormati mereka iaitu dengan memilih karya mudah agar memenuhi selera remaja.

Berita Harian difahamkan antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai cadangan ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

“Hanya novel Zaid Akhtar pernah memenangi hadiah sastera. Pendekatan baru PKK ini akan merugikan pelajar kerana pemikiran dan penggunaan bahasa penulis karya popular boleh dipersoalkan, di samping tidak menepati matlamat asal Komsas,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut memberitahu, PPK tidak lagi melantik sarjana sastera dan pengarang sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas, sebaliknya melantik Guru Pakar Bahasa Melayu dan Guru Pakar Sastera untuk mengeluarkan senarai pendek teks untuk penilaian akhir.

Jika tidak mahukan sastera serius di dalam KOMSAS, tutup sahaja program kesusasteraan di sekolah. Saya sudah mangli dengan keadaan begini. Dan, lebih elok Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia menjadi pusat pen'tarbiah'an penulis popular daripada penulis serius.

Kedua, sudah sampai masanya orang Melayu menjadi layu sahaja kerana belajar bahan-bahan picisan. Dan, apa salahnya orang Melayu, me'layu' dengan kroni-kroninya.
Ketiga, pegawai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran sudah wajar diajar cara jadi pegawai yang baik.

Dan, saya akui 'Guru Pakar Bahasa Melayu' dan 'Guru Pakar Sastera' lebih bijak
"memakari" dengan kroni-kroninya.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Saudara Syafiq,

Kementerian Pelajaran itu, penuh dengan cerita-cerita kong-kali-kong....
Tarbus Merah berkata…
puan ainon, apa itu kong kali kong. Mesti ganas ertinya
Aidil Khalid berkata…
Sedikit tentang isu sastera serius sastera popular, ini adalah buah kata seorang sasterawan Singapura, Isa Kamari:

"...sebenarnya ketika menulis anc (Atas Nama Cinta), tumpuan saya adalah untuk menggambarkan cerita tersebut seadanya, tanpa banyak intervensi kerana kisahnya memang sudah sangat dramatik dan romantis. saya telah berusaha menggunakan bahasa yang termudah agar dapat digarap lebih ramai pembaca. malah saya mencuba juga untuk menghapuskan batasan di antara karya 'sastera' dan karya 'popular' kali ini. setelah berenang dalam lautan sastera selama 30 tahun, saya semakin berasakan batasan itu sebenarnya adalah 'palsu' yang hanya direka-reka bagi kepentingan golongan tertentu.lebih ramai pembaca harus dapat menelusuri pemikiran sasterawan. jika sasterawan 'terperangkap' dalam dunianya sendiri, pembaca tidak akan dapat mengakses pemikirannya. salah satu cara mendekati pembaca ialah dengan menghapuskan batasan tersebut. hamka berjaya dalam pendekatan ini, saya fikir.sekadar menambah.....semoga dapat direnungkan bersama.
salam
isa"

(Saya petik dari blog Ariff Mohd di:http://ariffmohamad.blogspot.com/2007_04_01_archive.html )

Saya kira ini adalah pandangan dari seorang sasterawan besar yang sangat-sangat harus kita berikan perhatian.

Salam hormat,
Aidil Khalid

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)