Posts

Showing posts from January, 2008

AKTIVITI TERKINI : KEM PENULISAN MESIR

Kem Latihan Penulis PMRAM akan mengadakan program Pengurusan Suara Kampus dan Diskusi Antologi Cinta dan Rona Kinanah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 dan 3 Februari 2008 (Sabtu dan Ahad)

Tempat : Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, Kaherah.

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Kepada semua peserta yang ingin menyertai, sila hantarkan NAMA, NO IC dan BKAN/DPM ke pmram30@yahoo.com atau hewipmram55@yahoo.com

Atau buat pendaftaran anda kepada Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAN dan DPM masing-masing.

Wassalam


Happy Birthday My Mum

Image
Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran bonda yang ke-44. Moga-moga dipanjangkan umur dan diluaskan rezekinya.

"tak terbalas jasamu...
berkorban jiwa raga"

"kami anak-anakmu...ingin memohon restu...
wahai ibuku wahai ayahku ampunkan dosa-dosaku...
wahai ibuku wahai ayahku redhakan akan diriku..."

"tabahnya... melayani kenakalan anakmu...
dari kecil hingga dewasa"

"Kasihanilah Tuhan...ibu yang telah melahirkan diriku...
bagaikan kasih ibu...sewaktu kecilku..."


PMRAM 2008 : Sudah Bersedia!

Image
Anak-Anak Damanhur

Jika kini di Malaysia, semua kerusi DUN dan Parlimen sudah sibuk difikirkan oleh badan pilihanraya daripada BN, PAS, PKR, DAP, BEBAS dan lain-lain. Di Mesir, lain pula terjadi. Pengagihan kerusi kepimpinan PMRAM sesi 2008 telah pun dibahagikan.

Daripada satu sudut yang benar, ianya seakan-akan memberikan gambaran bahawa persediaan ke arah Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 telah pun hampir. Dan, insya-Allah jika tiada perubahan, PMRAM akan bertukar kepimpinan pada bulan Mac nanti.

Tarikhnya? Masih belum dapat diputuskan. Namun, ada desas-desus mengatakan bahawa muktamar tahun ini akan diadakan pada minggu BKAN. Kesahihannya, masih belum lagi dapat diputuskan.

Tempat dan lokasi pilihan untuk mengadakan muktamar juga masih lagi menjadi tanda-tanya. Penganjuran program selama dua tahun di Nadi Riadhi, Madinah Nasr menunjukkan ada yang kurang bersetuju dan ada pula langsung yang terpaksa menerimanya. Mengapa?

Namun, jika tidak ada lagi lokasi yang munasabah, di mana lagi tempat pe…

Keadilan Untuk Penulis

Image
Karya Ibnu Sina yang diteladani sehingga ke hari ini

29 Mei yang dinobatkan sebagai Hari Seniman adalah keadilan yang merupakan anugerah kepada semua anak seni. Ini termasuklah karyawan, budayawan, penulis, pelukis, dan semua yang berkaitan dengan dunia seni. Penghargaan ini jelas membuktikan YB Dato Seri Dr. Rais Yatim selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkerja untuk kementeriannya.

Namun, daripada sudut yang lain ada nilai murni yang diharapkan tidak menjadi. Lihat sahaja daripada beberapa peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan secara adil tidak dapat diberikan sewajarnya. Malah, adalah lebih malang industri hiburan tanah air merupakan taburan peratus tertinggi yang diperuntukkan oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam melahirkan 'ulama-ulama neraka' pada hari ini.

Ini jelas dibuktikan apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta untuk dibelanjakan bagi mengiktiraf program tersebut. Malah, penganjuran ini menu…

Saya tidak mahu lagi bergelar Sasterawan Negara - A. Samad Said

Image
Akhbar Utusan Malaysia, Khamis 24 Januari 2008

“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Beliau menegaskan, tindakan tersebut merupakan aksi demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir.

Ia berkaitan dengan desas-desus terbaru bahawa karya-karya Sasterawan Negara dan penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award) tidak akan tersenarai sebagai buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Selain itu, semakan tersebut juga tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama dari pemenang Hadiah Sa…

Cairo International Book Fair CIBF 2008

Image
Check-list of CIBF 2008

Ma'arad Kitab akan berlangsung mulai hari ini (23 Januari hingga 4 Februari) nanti. Tahun ini, masuk tahun ke-4 saya menghadiri pesta buku seperti tahun-tahun lalu.

Keseronokan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini sememangnya dirasai oleh sebahagian mahasiswa di bumi Mesir ini.

Teringat lagi, semasa tahun satu dahulu saya membelanjakan lebih daripada RM 1,000 untuk membeli buku-buku di sana. Dan kini, setelah 4 tahun bermukim di Mesir, keperluan itu sudah saya tinggalkan sedikit demi sedikit. Paling kurang pun, setidak-tidaknya saya akan membelanjakan sekitar LE200 ke LE300 sahaja.

Sedangpun begitu, ada ramai teman-teman masih mengatakan pada saya, ada lagi kitab-kitab muktabar yang saya belum beli. Benar! Kitab-kitab pun bukannya semua murah!

Dan, pada kesempatan ini suka saya cadangkan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum anda ke pesta buku tersebut.

1. Pastikan anda menulis buku apa yang ingin anda beli.

Sebagaimana anda ke supermarket membeli…

Seorang Anak Murid

Image
Seorang anak murid,
yang lelucon bicaranya dari ufuk senja
bijak mentafsir setiap perilaku gurunya
menghentam atma yang tersayat daripada tinta sukma
ketika wayu menyanyi girang.

Seorang anak murid,
tampak walang
dengan watak sepinggan senyuman secawan keriuhan
tanpa genggam pedih
menyorot naluri-naluri mesra
di sebuah sekolah.

Seorang anak murid,
menjamah rezekinya dari pagi hingga tengah hari, hingga
muazzin mendayu-dayu menyeru di corong masjid
membatu dikau dengan tas-tas tanganmu
untuk merabak buku.

Seorang anak murid,
petani kecil yang menanggung beban
menyara keluarga tatkala dewasa
mengepong batas fikir adik-adik mereka, gagah
menghenyak membalun diri, terhempas
untuk segulung sijil keraian.

Seorang anak murid,
tidak berharga tanpa doa daripada
guru yang setia.

Masakin Uthman,Mustafa Nuhas,
Kaherah, Mesir
Januari 2008

Sekilas SMA Kerajaan Johor, Kluang

Image
(1998 - 2002)

Sedar tidak sedar, saya sudah lebih lima tahun meninggalkan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. Justeru, pengalaman sebagai seorang pelajar yang berada di sana selama lima tahun banyak mematangkan saya tentang erti seorang mahasiswa pada hari ini.

Tahniah kepada pentadbiran sekolah yang masih kukuh di bawah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Moga-moga usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ingin menjadikan sekolah saya sebagai sekolah kementerian belum lagi terlaksana.

Dan, dengar daripada seorang 'bonda' yang masih berada di sana, sistem pentadbiran telah pun berubah. Tahniah kepada guru-guru saya yang dinaikkan pangkat ke sektor lain pula. Saya doakan agar suatu hari nanti kami pula akan menyusul mengisi kekosongan di sana.

Pentadbiran Terkini

Pengetua
Ustaz Maskon bin Kadan (guru matapelajaran Tafsir semasa saya di Tingkatan 2)

Guru Penolong Kanan 1
Puan Yatimah bt Subni (guru matapelajaran Sains semasa saya di Tingkatan 4)
- terima kasih cikgu k…

Parti Mahasiswa Negara - Layakkah Budak-Budak Jadi Pemimpin

Image
Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang berangan-angan untuk menjadi ahli politik untuk Pilihanraya Umum (PRU) kali ke-12 akan terus tetap meneruskan misi tersebut. Hal ini diakui oleh beberapa sumber berita yang diperoleh - memaksa beberapa pihak (baca: saya) mempertahankan agar ia tidak diteruskan.

Beberapa hari yang lalu, apabila saya bersama-sama conference berkenaan PMN ini, muncul beberapa pihak yang mengesahkan mereka selaku pengendali program dan slot. Malangnya, mereka yang berada di dalam laman tersebut (baca: pengendali) adalah seorang mahasiswa yang terus berangan-angan ingin menjadi seorang pemimpin sedangkan jika kalian mendengar ucapan yang dilakukan adalah cukup rendah tahap pemikiran mereka.

Mudah juga saya katakan, ada pengendali yang teragak-agak di dalam berhujah serta terpaksa berselindung di sebalik angan-angan itu.

Nah! Kita perhatikan angan-angan seorang mahasiswa ingin menjadi wakil rakyat hanya akan memperjudikan golongan belia yang semata-mata berjuang mempertahankan…

Pelajar kita di Mesir terlepas hukuman gantung

Image
Petikan Akhbar Utusan Online hari ini
(18 Januari 2008)

Oleh Suhana Abdul Mutalib SHAH ALAM 17 Jan. – Pelajar Malaysia di Mesir, yang dituduh membunuh rakan senegaranya Jun tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati dalam perbicaraan di Mahkamah Mesir 14 Januari lalu.Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan pelajar tahun dua, Jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah itu dikenakan hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, beliau mengetahui berita itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pegawai Malaysia di sana.‘‘Saya dimaklumkan, pelajar terbabit juga dibenarkan membuat rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya,” katanya di sini hari ini.Abdul Rahman enggan mendedahkan identiti pelajar yang berasal dari Dengkil, Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.Jun tahun lalu, p…

Jawab Isu Ahlifiqir

Image
Tiada pendirian! Culas! Bengang! Jatidiri sifar!

Saya mulakan dengan kata-kata bobrok ini. Mungkin akan hanya membangkit kemarahan saja. Tapi, ini yang saya sememangnya pinta. Pertama, saudara sasterawan@ahlifiqir tiada pendirian. Mula-mula letakkan nama sebagai sasterawan, kini ahlifiqir. Dan, di antara insan-insan yang lemah adalah orang yang tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Saya dipinta menjawab isu ini. "Boss" saya kata, orang begini harus diajar dengan jawapan yang akan mendamaikan. Dan pesanan boss saya lagi, jika insan malang ini terus sebegini 'kita akan jawab nanti'.

Saudara sasterawan@ahlifiqir diminta untuk mendatangkan dalil yang mengharamkan meletakkan sesuatu yang tiada munasabah di dalam blog peribadi. Dan, jikalau saudara berani, mengapa tidak mahu saja dipamerkan diri saudara itu. (baca: walaupun saya sudah tahu asal saudara sasterawan ini berdasarkan maklumat)

Aduh! Sungguh malang ahlifiqir hanya berfikir sahaja. Tapi tidak bijak menilai yang b…

Nasi Ayam

Image
Ini nasi ayam ketika di Pulau Pinang
(Kenangan September 2006)

Sudah lama saya tidak memasak. Bukan kerana malas. Tetapi saya lebih mudah makan di luar, di kafeteria yang terletak di Hayyu Sabie. Antaranya, saya singgah makan tengah hari di Restoran Sri Kelantan dan Restoran Arau. Tentunya juga makanan tengah hari saya adalah nasi campur. Mahu masak di rumah, saya berfikiran. Saya seorang sahaja di rumah. Dan, saya harus hadir ke kelas lughah pada jam 1.00 petang. Justeru, saya sememangnya memaksa mengubah jadual harian saya sendiri.

Sudah jadi kebiasaan, orang Malaysia seperti saya akan makan makanan Malaysia. Makanan Arab bagaimana? Saya juga tidak ketinggalan untuk menikmati makanan Arab di sini. Tapi perlu jimat. Jika mahu makan firakh masywi tiap-tiap hari, boleh muflis. Tapi, kalau makan tokmiah tiap-tiap hari tentunya sudah berbaloi.

Jemaah Haji PMRAM sudah tiba. Dan, semestinya makanan yang menjadi pilihan adalah 'Air Zam Zam' dan 'Kacang Pandai'. Saya kurang past…

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim

Image
Oleh SETIAUSAHA AGUNG PMRAM

KAHERAH 13 Jan. – Mahasiswa Al-Azhar digesa untuk melakukan anjakan paradigma disamping berubah ke arah minda pemikiran kelas pertama. Ustaz Wan Abdul Halim Wan Chik berkata, mahasiswa yang cemerlang seharusnya berfikiran cemerlang sebagaimana ulama-ulama silam Al-Azhar berfikir.

"Penerokaan terhadap ilmu-ilmu baru harus diterokai oleh mahasiswa Al-Azhar agar dapat menjadi sumber utama yang dapat digunakan pada masa akan datang. Kita juga ingin melihat akan wujudnya satu idea baru yang akan dilaksanakan oleh generasi pada hari ini."

Beliau mengambil contoh Koperasi Muslimin Berhad yang ditubuhkan pada hari ini adalah berdasarkan idea-idea generasi beliau yang telah disepakati bersama dan akhirnya dikembangkan seperti yang wujud pada hari ini.

Ustaz Wan Abdul Halim yang ditemui di Asrama Darul Aman, Hayyu Sabie, Kaherah merupakan mantan Timbalan Presiden PMRAM pada tahun 1979 hingga 1981. Beliau juga pernah memangku kerusi Presiden PMRAM pada tahun yan…

Peluang Menjadi Editor

Image
Jika anda berkelulusan agama dan pernah terlibat di dalam bidang penerbitan atau berminat di dalam bidangnya, tentunya anda wajar memohon. Saya tidak mahu orang 'agama' hanya menjadi ustaz dan ustazah. Malah, kerjaya sebegini harus digunakan dengan baik.

Jika saya pulang ke Malaysia nanti selepas tamat belajar, sudah tentu kerjaya ini menjadi pilihan.

Maklumat lanjut sila masuk ke PTS Publication

GKLN dan Adabuna di Akhbar Mingguan Malaysia

Image
Petikan Akhbar Utusan Mingguan Malaysia (Ahad, 13 Januari 2007)

Artikel ini ditulis oleh Saudara SM Zakir
Apa yang dapat dibanggakan di Malaysia ialah kehadiran penulis-penulis muda yang sangat kukuh jati diri, etika, moral dan nilai keislamannya sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebagai generasi penulis ulul albab. Usaha oleh Dr. Irwan Abu Bakar melalui kelompok e-sasteranya berjaya menghimpun penulis muda yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, ilmuwan, dan kritis tetapi juga tinggi keperibadian Islamnya. Karya-karya generasi ulul albab ini bukan sahaja memperlihatkan mutu estetika yang tinggi tetapi kekukuhan etika dan moral yang mengagumkan. Antologi cerpen terbitan E-Sastera, Jalan Jauh ke Ramallah, antologi puisi Wilayah Cinta dan Al-Andalus Menangis menampilkan cerpen-cerpen yang cukup menarik dan bersih dari segi mutu, estetika dan nilai etika.Kebanyakan penulis merupakan penuntut institusi pengajian tinggi di luar negara yang berinteraksi di laman maya. Sementara …

Layakkah Sastera Popular di jadikan karya KOMSAS?

Image
Ayat-Ayat Cinta, Karya Popular atau Karya Serius?

Apakah perbezaan di antara karya popular dan karya serius?

Saya pernah diminta untuk membaca karya-karya popular yang berada di pasaran. Tetapi, saya berpendirian bahawa sastera popular hanyalah untuk orang 'popular' dan mungkin penulis sastera 'popular' lebih popular daripada penulis sastera serius.

Adakah 'saya' tidak boleh membaca karya popular?

Tidak! Malah, sebagai seorang pembaca, kita wajar membaca pelbagai bahan. Namun, secara puratanya, saya hanya membaca 5% karya popular berbanding dengan karya serius.

Saya minta orang yang 'bijak' perlu mengkaji berita ini.

Berita Harian, 12 Januari 2008

KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima A…

Menjawab Isu

Saya harap saudara sasterawan beristighfar dengan apa yang berlaku. Malah, saya rasa ini adalah kontroversi yang paling panas sekali. Saya pernah diminta untuk menutup artikel blog tersebut, namun atas dasar perjuangan sendiri dan tidak akan merampas pendirian diri, lantas saya gagahkan juga.

Saudara sasterawan masih boleh fikir, di mana rasional saya berbuat demikian. Malah, desas-desus mengatakan saya antara penulis paling 'mengarut' sudah biasa digunakan. Saya anggap ini sebagai teguran yang amat signifikan terhadap diri. Lantas, apa salahnya kita ditegur.

Untuk pengetahuan, bukan masalah 'saya' sebagai penulis untuk menilai kelemahan diri. Dalam pandangan sudut yang berbeza saya akui perkara ini. Namun, kekadang 'tafsiran' yang salah hanya boleh mendatangkan ke'marah'an semata-mata.

Saya tinggalkan saudara dengan kata-kata berikut;

Orang pandai adalah orang yang bijak membahagikan masanya, pelajarannya, dan kerjayanya dalam satu-satu masa dengan baik ma…

Novel Terbaharu

Image
RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
dapatkan hanya diPTS Publication Kak Zalisa di antara penulis yang sentiasa prolifik dengan kerjayanya sebagai seorang penulis. Saat mengintai dan berbisik-bisik sendiri, saya berkata;

"Sungguh mudah menulis novel dengan pantas."

Moga Allah berikan kudrat untuk menulis lebih-lebih lagi dalam masa yang cukup terluang ini.

Januari
1) Proses perpindahan rumah (hijrah) sempena bulan Muharam 1429H.
2) Menyiapkan kertas kerja untuk pembentangan program kepimpinan.
3) Menjadi editor untuk Buku Dialek Arab Mesir (cetakan kedua) - buku paling laku di Mesir.
4) Persediaan ke program-program penulisan; awal Februari nanti.

TAHUN 2008 : Penuh Tanda Tanya

Image
Seramai lapan orang yang layak kekal. Namun, hanyalah lima orang sahaja yang akan dikekalkan? Siapakah mereka?

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2008 telah pun mengeluarkan senarai calon kepimpinan Badan Pengurus sesi akan datang. Ini bermakna, hanyalah Ustaz Khairul Anuar bin Ismail yang akan kekal sebagai Presiden PMRAM bersama-sama dengan 9 orang muka-muka baru Badan Pengurus PMRAM yang lain. Justeru, menjadi persoalan dan tanda tanya, siapakah yang akan menjadi Badan Pengurus kekal pada sesi mendatang.

Mengikut perencanaan lebih daripada lima orang yang akan layak menduduki kerusi kepimpinan pada sesi 2008 nanti. Bermacam-macam andaian yang saya dengar dari jauh. Paling menakjubkan adalah ramalan bakal calon Presiden PMRAM adalah benar-benar meleset. 90% daripada ahli PMRAM sememangnya tidak menjangkakan bahawa Ustaz Khairul Anuar bin Ismail akan menjawat jawatan sebagai Presiden PMRAM 2008 kerana melihatkan prestasi kedudukan beliau hanyalah sebagai Ketua Badan Komunikasi dan Bahasa Ar…

Terasa Bagai Semalam Baru Berlalu

Image
Sungguh! Gambar-gambar ini dirakam pada Oktober 2004. Mereka ketawa berkekehan sendiri. Mungkin malu dengan usia tiga tahun yang lalu. Tetapi, bukankah semuanya telah mendewasakan kita? Kini, kita sudah pandai menyebut 'ala tul, asob, 'ala ghambik, husy, syuaiah...


Isu Fiqah dan Fikah

Isu ini saya akan jawab selepas saya berhubung dengan Pengarah Jabatan Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Mengapa masalah ini boleh terjadi?

Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 411 memang ada menyatakan bahawa ejaan فقه adalah seperti fiqah, tetapi di dalam rujukan lain (melalui karyanet) perkataan berikut adalah seperti berikut

fikahAr = ilmu ~ pengetahuan tentang hukum dlm agama Islam.

rujukan : KARYANET

Pesanan : Kepada (saya) yang tidak beremosi, moga-moga diberikan taufiq daripada Allah s.w.t.

Hijrah dan Saya

Image
Kali pertama saya menyanyikan lagu hijrah, ketika saya Darjah 1 sekolah kebangsaan. Mungkin terlalu lama sudah ianya terjadi. Malah, dalam satu sudut yang lain, mengikut perkiraan saya sudah 16 tahun ia berlalu. Namun, kenangan itu tetap indah.

Bagi mereka-mereka yang lahir pada 10 Januari pada tahun ini di Malaysia, tentunya hari amat bermakna bagi mereka. Manakan tidak, tarikh 1 Muharam ini adalah tarikh yang signifikan dengan peristiwa pernghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Saya menyorot kembali nostalgia lama. Dalam simpanan saya ada sebuah cerpen yang saya tulis tentang 'Muharam' tetapi masih belum lagi sampai ke penghujungnya. Mungkin kalian boleh membacanya pada Muharam 1430H nanti.

Hiba hati tiada siapa yang tahu. Apakah peristiwa yang berlaku pada saya ketika tarikh ini? Saya telah kehilangan seorang insan. Walaupun beliau tidak hidup di dunia ini, namun roh beliau yang telah memimpin setiap pergerakan saya. Pada fikiran saya, beliaulah yang telah m…

Prof Diraja Ungku Aziz 'Sound Direct'

Image
Di Mesir, antara insan yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara adalah saya.

Ketika mendengar wawancara bersama Profesor Diraja Ungku Aziz di TV3 berkenaan isu bahasa dan pendidikan, saya ketawa terkekeh-kekeh. Dalam hati terasa bahawa si perantara seperti terkena smatch pukulan tajam daripada bekas Ketua Pengarah DBP ini. Apabila perantara bertanyakan profesor berkenaan kemajuan Multimedia Supercorridor wajar setanding dengan kemajuan bahasa, dan bahasa yang dimaksudkan adalah bahasa Inggeris, dengan selamba Pak Ungku pun berkata;

"Multimedia Supercorridor tu, sesuai ditubuhkan jika kita nak jalan atas koridor, tapi kalau kita nak berjalan atas bahasa, kita mesti belajar bahasa."

Fenomena yang amat besar pada hari ini adalah berkaitan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris. Pemimpin negara terlalu sibuk memperjuangkan pengajaran matapelajaran tersebut di dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak ketahuan bahawa pelajar-pelajar di sekolah…

Buku Terkini

Image
Terima kasih kepada Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang men'jual' bukunya kepada saya. Wah! Buku Malaysia sebegini jarang dapat bertemu di Mesir. Namun, terima kasih kerana ada yang sudi menjualnya.

Kedua, kenapa anda perlu baca buku ini. Buku ini bukan sebarang buku. Malah buku ini adalah hasil pengumpulan 100 orang tokoh yang paling berpengaruh. Tahukah kalian, siapakah tokoh pertama?

Tokoh pertama adalah Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan pesuruh Allah s.w.t. Mengapa Michael H. Hart yang menulis buku ini mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah tokoh utama?

Beberapa komentar yang saya jumpai:-

Apa alasan Hart menempatkan Nabi Muhammad pada peringkat pertama? Mengapa pula Nabi Isa menempati peringkat ke-3, sedangkan Isaac Newton peringkat ke-2, John F. Kennedy termasuk ke dalam seratus tokoh, tetapi mengapa Mahatma Gandhi tidak? Siapa yang lebih berpengaruh, Karl Marx atau Kong Hu-Cu? `Umar bin Khattab atau Alexander yang Agung? Seratus …

Cipta Peribahasa

Image
Ruangan Sudut Pandai Bahasa sudah lama tidak menjelma. Pun begitu, kali ini saya akan berikan satu lagi pedoman bahasa yang dianggap serius. Saya berkunjung ke laman blog seorang sahabat, wah puja -memuja saya nampaknya di dalam laman blog beliau. Terima kasih kepada Taufiq Adib yang memberikan sesuatu 'point' kepada saya.

Ada beberapa perkara yang perlu ditulis di dalam ruangan kali ini. Pun demikian, saya memetik beberapa perkara yang dirasakan perlu diulas daripada blog beliau. Beliau menukilkan satu peribahasa baru iaitu "Masa Itu Umpama Kilat." Adakah salah peribahasa sebegini?

Jawapan saya, tidak! Malah ini adalah salah satu pemikiran baharu. Saya pernah membaca beberapa hasil tukangan penulis veteran yang amat risau berkenaan peribahasa lapuk yang masih lagi digunakan sehingga hari ini. Tetapi tidak bermakna, peribahasa lama sudah tidak sepatutnya digunakan. Malah, peribahasa lama adalah keperibadian seni orang-orang sastera lama.

Hasilnya, saya membuat kesimpu…

Subjek Kesusasteraan Perlukan Perubahan

Oleh: Ammu Amni

Kesusasteraan Bahasa Melayu adalah salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah pada peringkat STPM. Malah, para pelajar menengah rendah pula telah didedahkan lebih awal dengan Kompenan Berdasarkan Sastera (KOMSAS) semenjak dari tingkatan satu lagi. Hal ini dilihat sebagai kewajaran Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan penggayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai agen utama di dalam mengetuai silibus matapelajaran ini.

Namun, ada beberapa pihak sudah tidak senang lagi dengan komponen ini. Malah, ada yang mempertikaikan dasar DBP memilih karya. Saya sependapat dalam masalah ini. Namun, bukanlah tanggapan penulis sekadar melontarkan batuk ditangga dan mengherdik sesama sendiri lantas tiada sokongan dan galakan untuk memartabatkan kesusasteraan Melayu sebagai teras jatidiri bangsa dan budaya.

Melihatkan fenomena ini menjadi topik hangat sesetengah pihak terutama golongan akademik, penulis tercuat seketika meneliti ke'malap'an sastera yang harus ditangan…

Pesanan Terakhir

Image
Mungkin kerana ini pesanan terakhir kita jadi prihatin. Sesungguhnya, setiap sesuatu itu amat memberikan makna. Bukan sahaja tulisan, namun percakapan juga memainkan peranan. Justeru, mengapa kita perlu kehairanan apabila melihat setiap kata-kata, setiap perbuatan dan setiap tulisan dibukukan sebagai jurnal kehidupan.

Meneliti mesej ringkas ini, saya jadi termenung seketika. Mengembalikan nostalgia bersama tatkala bumi yang dipijak ketika itu hampir nyata.

Sesama kita rasa, perit dan jerih - kepayahan yang banyak nilainya. Bukankah ini yang dinamakan 'Sayembara Kemanusiaan'?




Dunia Ini Berputar

Image
Memang ada benarnya dunia ini berputar. Kekadang di atas, kekadang di bawah. Lumrah ini tidak dapat disangkal. Yang pergi akan tetap pergi dan akan tiba masanya nanti akan ada pengganti. Begitulah seputar dunia Badan Pengurus. Yang lama, akan pulang dan yang baru pula akan timbul kembali.

Dan, apabila waktu dan ketikanya saya juga akan turut meninggalkan kamar kepimpinan ini. Sudah puas bergelumang dan menyaksikan angkatan-angkatan ini bekerja hanya untuk mempersatukan hati-hati yang lemah. Lantas, lahirlah keduniaan yang berputar pada paksinya.

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia

Anda akan lihat huruf apa yang dominan!
hehehe...( tak sedih pun)

100 Meter Lari Berganti-ganti

Image
Mungkin sukar benar untuk menulis berkaitan dengan sukan. Dan, saya bukanlah arif tentang sukan sebenarnya. Namun, atas dasar ingin menyampaikan saya gagahkan jua.

Pun begitu, saya tidaklah berniat berlayarkan bahtera kalam ini dengan hanya cerita-cerita khali yang tiada maknanya.

Sebermula, telah diketahui akan gambar yang menjadi latar topik ini tiada kena mengena dengan sukan. Kerusi. Bukanlah kerusi ini diambil daripada Antologi Kerusi, KOMSAS Tingkatan 5. Namun, ini adalah sebuah kerusi kepimpinan. Kerusi yang tiada mengenai sukan. Walhal saya telah mulakan ceritera ini dengan 100 meter lari berganti-ganti. Aneh.

Lari Berganti-Ganti

Itulah nama sinonim yang dapat ditulis di dalam tajuk ini. Apabila kita menghayati konsep larian berganti-ganti, ia seakan-akan telah sinonim dengan situasi gerbang kepimpinan. Mudahnya begini saja. PMRAM. Bukankah kalian tahu, setiap tahun apabila tibanya Muktamar Sanawi PMRAM, maka akan berubah tampuk kepimpina? Seorang demi seorang akan bertukar dan ak…

Puisi Imtihan

Image
Masa,
sudah singkat.

Waktu,
sudah sendat.

Imtihan,
kian dekat.

Ayuh,
bangkit berjuang hingga ke medan terakhir.

Asrama Rumah Melayu Abbasiah,
Kaherah.
5 Januari 2008.

Ilmu Peperiksaan - Ghanimah dan Fai'

بسماللهالرحمنالرحيم
يَسْأَلُونَكَعَنِالأَنفَالِقُلِالأَنفَالُلِلّهِوَالرَّسُولِفَاتَّقُواْاللّهَ وَأَصْلِحُواْذَاتَبِيْنِكُمْوَأَطِيعُواْاللّهَوَرَسُولَهُإِنكُنتُ مُّؤْمِنِينَ

Apakah perbezaan antara Ghanimah dan Fai'?

Ghanimah adalah harta yang diambil secara paksa daripada kafir harbi, sama ada dalam bentuk harta boleh alih atau harta tidak boleh dialih, sama ada ia diambil ketika peperangan masih berlangsung ataupun ketika memburu musuh yang melarikan diri.

Manakala fai' pula adalah harta yang diambil secara paksa bukan pada waktu peperangan.

Tambahan :

Salab ialah harta atau senjata peribadi yang ada pada mayat tentera musuh yang dibunuh.

Perbincangan daripada ayat di atas :-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan (Anfal)?

Anfal adalah ghanimah.

2. Adakah ayat di atas adalah ayat muhkamah ataupun ayat mahsuhah?

Ulama berselisih pendapat di dalam membahaskan perkara ini. Pandangan pertama mengatakan bahawa ayat di atas adalah ayat muhkamah dan bukan ayat mansuhah tetapi ayat 41, Surah Al-A…

Pencalonan Sudah TUTUP!!!

Image
Pencalonan Sudah Tutup

Tutup
Tutup
Tutup
Tutup
Tutup
Tutup - tutup.

Anda yang melakukan
Saya lihat perlakuan anda
Anda tertawa sendiri
Dan hasilnya
Anda akan ketahui nanti

Siapa muka-muka baru
Siapa abid anda selepas ini
Siapa
Siapa
Siapa
Siapa
Siapa! Siapa! Siapa!
Jawab sendiri.

Ini sebuah puisi eksperimen. Kali pertama saya menulis puisi ini. Puisi eksperimen selalunya ditulis oleh AGI (Abdul Ghafar Ibrahim) yang merupakan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Award) tahun 2005.

(Gambar di SMK BBU suatu ketika dahulu sebagai seorang guru)

BIDAAH BUKAN BID'AH.

2 Januari 2008

Semalam, 1 Januari. Hari Ulang Tahun Kelahiran seorang sahabat. Tetapi saya berkira-kira untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Saya kurang pasti apa sebabnya. Namun, mungkin itu perubahan diri saya untuk tahun 2008 ini.

Orang ramai bising.

"Ustaz Syafiq ni banyak songel la. Semua salah. Itu salah, ini salah!"

Saya meneliti 'bakal suara kampus negeri' yang akan diterbitkan. Perkataan bidaah masih di tulis dengan bid'ah. Saya bukan mahu salahkan Jawatankuasa Istilah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi, sekurangnya-kurangnya kita sudah berada pada tahap itu. Belajar!

Kalau kita mahu komen, silakan sahaja. Datang DBP sendiri. Tapi, inilah masalahnya, buat artikel tak buka kamus. Hasilnya, itulah. Hampeh!

Maaflah jika ada yang tersinggung. Kalau saya diberikan peluang untuk berada di dalam Lajnah Pentashih Bahasa, mudah-mudah sahaja kena kutuk dengan saya. (baca : maaf la kalau ada yang rasa, saya ni macam budget best sangat!)

Ada pula nak complain, perkataan feqa…

ABC

Hari ini hari pertama. Hari ini juga kita kenal huruf semula.