Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

Khatam Buku

Hari Ahad lalu, saya menghabiskan masa di Badan Cemerlang, Johor Bahru. Selepas bermesyuarat bersama-sama rakan seangkatan di Maahad Johor untuk program mahasiswa pelajar Johor di Malaysia, saya mencuri masa yang ada untuk ke kedai buku. Daripada hasil pemantauan saya, kelihatan masyarakat Melayu khususnya di Johor Bahru kenal erti membaca. Mengapa demikian? Ramai di kalangan ibu bapa sanggup mengheret anak-anak mereka untuk mengisi ruang kekosongan hujung minggu bersama anak-anak di kedai buku. Amalan ini seharusnya dipandang tinggi oleh kita selaku pemerhati luar. Benar kata Dato' A Samad Said, "Simpanlah RM40 untuk jadi bodoh. Isi beliau amat tersirat sekali kerana hanya kerana kewanganlah kita mampu untuk mendapat sesuatu bahan bacaan untuk dibaca, difahami, dikaji dan disimpan di dalam hati. Baru-baru ini ketika mengintai kedai buku, saya mendapatkan buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran karangan Dr. Danial Zainal Abidin, selain itu dapat juga saya membeli buku motivas

Rumahku Syurgaku

Dekorator di meja makan rumah saya Dekorator di ruang tamu Orang ramai kata, rumahku syurgaku. Apakah itu sebuah kebenaran? Jika betul dan tepat, mengapa anak-anak tidak diasuh semenjak daripada awal di dalam rumah lagi? Mengapa akhir-akhir ini kes guru dipersalahkan kerana tidak mendidik para pelajar dengan sebaiknya. Erm..erm..erm..pelik

Wajah

(Gambar ini tidak dibenarkan untuk dicopy-paste) SYAFIQ BIN ZULAKIFLI dilahirkan tanggal 8 Ogos 1985. Sejak itu, muncullah bermacam-macam watak dan wajah beliau. Oleh yang demikian, tahun ini genaplah usia beliau 22 tahun...hehehe.. Macam mana pulak wajah 22 tahun ye? Jika tahun lalu, saya menyambut hari ulang tahun kelahiran di Pontian, Johor, maka pada tahun ini saya akan menyambutnya di Kuala Lumpur (Hotel Mandarin Oriental, KLCC) kerana berprogram bersama Dewan Bahasa dan Pustaka.

AURA Mawi Masih Ada?

Mawi (baju merah) masih lagi ada aura... Hari Ahad lepas, saya berkesempatan ke Plaza Angsana. Bukanlah niat untuk bersuka ria (walaupun ada sikit la..) Cuti hujung minggu begini, sesuai sungguh untuk merantau-rantau mencari pasal. Sebetulnya, saya menuruti kedua ibu bapa saya untuk berbelanja di Uda Ocean (UO). Namun, atas sebab yang tak dijangka (walaupun dah tahu) saya buat kali pertamanya dapat bertemu dengan Asmawi bin Ani (Mawi) - ye eleh, aku dah sepuluh kali jumpa tak bising... Memang benar. Ianya kali pertama selepas Mawi bergelar artis. Sangkaan saya sungguh meleset. Peminat Mawi yang membanjiri Plaza Angsana semacam semua di dalam satu balang. Penuh padat dan sempit. Di kesempatan itu juga, Nurul (bini Ajai yang lama) dan Adam (yang ada kontroversi sekarang kes dia ni..) ada juga datang. Dapatlah dengar-dengar lagu-lagu nyanyian sumbang daripada mereka. Apa yang menyeronokkan, saya di sebalik adegan tolak menolak di kalangan peminat di Plaza Angsana, saya tidak menjangka d

Dungu Benar Itu

Bandar Iskandariah yang sarat dengan kemanusiaan Dengan nama-Mu Ya Allah... aku diajar erti sabar. Akhbar Utusan Malaysia semalam mempamerkan Bandar Nusajaya, Johor hampir siap dibina. Hanya tinggal beberapa peratus lagi untuk dibereskan. Sebetulnya, akhir tahun ini merupakan tarikh yang mungkin hampir tepat untuk dikhabarkan penggunaannya. Namun, dikesibukkan itu terlupa kita pada sektor pekerjaan yang sedang mendungu. Mengapa ya. Semua yang mereka inginkan ada di bandar kosmopolitan Kuala Lumpur. Tetapi mengapa menyepi di bandar elit ini. Analoginya mudah. Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lembaga Tabung Haji (LTH) atau apa sahaja sektor perlu dihubung jalinkan dengan peringkat pusat di bandar Kuala Lumpur. Mengapa tidak saja disalur terus pada negeri yang sudah banyak menimang kejayaan ini? Aduh! Dungu betul bangsaku. Benarkah nanti bandar Nusajaya akan secanggih bandar Putrajaya yang dikecoh-kecohkan oleh dunia? Sama-sama kita mentafsir serta menguji sejauh mana keberkesanannya. Ya!

Sekilas Air Di Tempayan

Kesempatan dengan Johor Corporation tidak berkekalan. Gambar ini sempat dirakam menggunakan handphone baru saya. Ini pejabat Jabatan Undang-Undang. Bye..bye.. Kak Azizah Pelajar SMK Bandar Baru UDA sedang menghadapi Ujian Kertas Pendidikan Islam. Kertas periksa saya. Jika tak lulus... adalah nikmat yang akan dinikmati. Anak murid juga. Saya yakin, kalian mampu menjawab walaupun soalan payah..hehehe Sejujurnya, ketika saya turun daripada flight SQ 493, ayah saya maklumkan bahawa saya akan memulakan sekolah pada hari Isnin 2 Julai 2007. Namun, atas sebab-sebab tertentu dan ketika itu, sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru masih belum ada kekosongan. Oleh hal yang demikian, saya telah membuat “muka tembok” untuk ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Johor Corporation, Lembaga Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, dan Perbadanan Islam Johor. (ada juga syarikat swasta yang lain) Namun, pada hari Selasa lepas (10 Julai 2007) saya telah menerima pelawaan Jabatan Kehakiman Syariah Neg

SAYA BUKAN MEMILIH –Syafiq

Oleh : Joyah Kecoh satu cerita yang Joyah dengar, ada seorang pelajar yang pulang ke Malaysia dan bertugas di Malaysia tidak kekal lama di satu agensi. Cerita itu gara-gara beliau dapat tawaran di tempat lain. Maka suka atau tidak, pihak pentadbiran kenalah terima. Jangan nak marah. Ini semua ketentuan. Benarlah firman Allah yang bermaksud, “Kita merancang dan Allah jua merancang, namun perancangan Allah lebih baik.” “ Saya bukanlah terlalu memilih di dalam bidang kerjaya. Namun, permintaan daripada satu pihak yang lain, memaksa saya mengisi tugas yang lain pula,” jelas Syafiq. Beliau dikatakan bertugas di Jabatan Undang-Undang, Johor Corporation bermula 16 Julai 2007. Namun, di atas cabaran yang diberikan selepas itu, ada pihak pula yang menempatkan beliau di tempat yang lain. “Insya-Allah. Apa-apa sektor saya pun, ini sebagai latihan. Saya tidak pernah memilih tugas dan kerjaya. Namun, saya reda dengan ketentuan Allah. Mungkin, sikap saya suka berhadapan dengan kanak – kanak, menyeba

Apa Ada Di Bumi?

Anak Syarikat juga? bakal ketemu...esok! cara-cara warga lelaki makan. si cilik wanita pula mencari teknik hendak bersuap Nikmatnya jikalau hari-hari sebegini. Namun, jika dihitung bukankah makan di restoran biasa lebih enak? Tidak salah rasanya lima tahun sekali. hahaha Start Bukan mudah berhibur di bandaraya Johor Bahru ini. Lebih-lebih lagi ketika hujung minggu seperti hari ini. Masa waktu kecil, mungkin sebeginilah nikmat yang dapat diharungi. Namun, hari demi hari perubahan masa mengajar kita hidup sendiri. Tahniah kepada diri sendiri yang dapat bersama-sama keluarga sepanjang hari ke bandaraya Johor Bahru menikmati angin bayu pantai Selat Tebrau disamping keindahan kota yang sarat dengan binaan dan taman. Mengimbau saat-saat indah ketika kita masih keanak-anakkan. Kita diajar jalan berpimpin tangan, kita disuruh membawa barang di tangan, kita dilatih berdisiplin kerana terpaksa berada di belakang mak ayah sendiri ketika berjalan. Lucu bukan? Itulah zaman yang telah mendewasaka

Bercerita Sebentar

Saat yang bahagia Datang sekejap saja Manusia biasa mesti banyak tugas. Manusia luar biasa pun tidak kurang hebatnya. Tetapi, kekadang orang yang tidak berupaya lebih matang berbanding mereka yang biasa. Namun, di sebalik kejayaan mereka-mereka ini, tentu ada nilai kematangan yang diukur oleh setiap orang. Oleh itu... ukurlah...

Berjihad Dalam Perniagaan

Sejarah Johor Corporation (JCORP) bermula setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. JCORP beroperasi pada 1970, seiring dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Aspirasi JCORP adalah menjayakan perniagaan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini selaras dengan matlama DEB. Aspirasi JCORP ini cuma boleh dijayakan dengan penampilan barisan usahawan yang gigih. Inilah sebenarnya yang diharapkan daripada sesebuat organisasi korporat, khasnya yang dimiliki kerajaan-menjadi aset dan bukan menjadi beban. Pembentukan organisasi yang bersifat usahawan dilengkapi dengan barisan anggota yang mempunyai daya keusahawanan yang tinggi berupaya menjayakan aspirasi JCORP. Dengan adanya daya keusahawanan tinggi, organisasi perniagaan dan korporat berupaya mencipta kekayaan secara berterusan. Menerusi kejayaan besar dalam perniagaan, bangsa Melayu dan bumiputera mampu merapatkan jurang ekonomi, tanpa perlu bergantung pada orang lain. Petikan daripada majalah Dewan Masyarakat JULAI 20
Jika ada sesuatu kematian, pastinya majlis kenduri arwah akan diadakan pada hari ke-7. Ada pula yang akan membuatnya pada hari yang ke-40. Berlainan pula dengan saya. Jika pada 1 Jun yang lepas saya kehilangan handset Nokia N70, maka hari ini cukup 40 hari, terpaksalah saya buat kenduri juga. Tidaklah besar mana. Cuma sekadar makan kecil-kecil sahaja. Hati saya masih rindu pada yang lama. N70. Tapi semua itu telah berakhir. Moga dikau bahagia di bawah tangan jahanam. Pagi tadi saya ke Mahkamah Syariah Johor Bahru. Ada tugas di sana. Kali pertama menjejakkan kaki ke bangunan Mahkamah Syariah Johor Bahru itu, hati saya teruja. Bangunan yang tersergam indah di sebelah Kompleks Islam Johor itu merupakan bangunan yang akan memperkenalkan negeri Johor tentang pentadbiran mahkamah syariah pula. Jika dahulu, mahkamah syariah menumpang bersama-sama Kompleks Islam Johor, tetapi kini mereka telah boleh berdiri sendiri. Walaupun begitu, moga-moga sistem kehakiman di Malaysia pun juga akan telus d
Seminggu sudah melabuhkan diri di negara sendiri. Banyak peristiwa yang boleh diukir. Tetapi, ianya semua ada yang mengundang suka dan duka. Dari Hari Pertama hingga ke hari ini, banyak sungguh ragam yang boleh saya ukirkan. Tetapi, cukuplah ia saya simpan sebagai sebuah kenangan. Ketika menaiki SQ 493, penerbangan Singapore Airlines yang mengambil masa hampir 10 jam, saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan pulang pada hari tersebut. Ianya sungguh tidak dirancang. Namun, kehendak Allah jua saya reda di atas ketentuan Ilahi. Insya-Allah, bermula minggu yang kedua ini, saya ada tugas lain pula. Bukan di pasar malam melihat aksi orang melelong pakaian. Bukan juga di pusat membeli - belah melihat ada yang terkinja-kinja melayan artis di atas pentas plaza. Tetapi, tugas yang memerlukan otak kanan dan kiri saya berfikir secara kreatif dan kritis. Bukan mudah untuk menggerakkan fungsi kedua-dua belah otak dengan baik. Namun, saya akan cuba buat dengan sebaiknya. Sibuk pada minggu pertama.

Melirik Sebentar

Hari ini tidak ke mana. Saya hanya mendapatkan Antologi Cerpen Remaja Pusaka Cendana, pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Cerpen ini sememangnya sarat dengan bahasa yang puitis di samping pengolahan idea pengarang yang sungguh menarik. Saya membawa arah ke ruang sudut yang lain pula. Sekitar kawasan majalah. Tangan saya mula mencapai Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, dan Fokus SPM. Semuanya keluaran Julai. Kelmarin, sempat saya mendapatkan Majalah I dan Majalah Dewan Siswa di kedai b uku yang lain. Orang mungkin kata saya terlalu membazir. Membelanjakan wang untuk menimba sedikit ilmu tidak salah rasanya. Saya tidak pula rasa mentah dengan culaan orang itu. Itu sebuah latihan bagi saya. Membaca adalah asasnya. Namun, melambakkan bacaan bukan beerti membazir. Sekurang-kurangnya kita faham erti mengetahui. Tahu tidak cukup tanpa membaca. Membaca pula tidak sempurna tanpa bahan. Justeru, memiliki bahan-bahan bermanfaat merupakan sesuatu yang tidak dilarang dalam

Ceramah Sendiri

Belum sempat seminggu berada di negara sendiri pelbagai bidaah telah berlaku. Bukan itu sahaja, malah fahaman Wahabi seolah-olah sudah sebati dengan jiwa dan masyarakat di negara ini. Tidaklah janggal kalau saya katakan bahawa, para agamawan kita dangkal dalam hujahnya. Bukan itu sahaja, malah tiada suatu kaedah pun mengizinkan kita untuk menyatukan suatu suara agar tidak lagi timbul isu-isu kepelikan dalam masyarakat. Mudah sahaja analoginya. Di dalam satu persoalan yang diutarakan oleh orang awam, para agamawan pertama akan memberikan jawapan sedemikian. Manakala, apabila soalan yang sama diajukan kepada agamawan kedua, maka lain pula jawapannya. Misalnya seperti berikut, "Ustaz, apa hukum kalau kita solat tetapi imam kita tu buta?" Ustaz pertama akan jawab, "Batal solat kita." Manakala, apabila soalan yang sama diajukan kepada ustaz yang kedua, maka beliau berkata, "Kita tak perlu batalkan solat. Tetapi boleh ikut sahaja." Ini adalah sesuatu contoh muda

Wajah-Wajah Pilihan

Sapa yang gambo die tak der...bgtahu awal-awal...ok

Terkenang Yang Jauh

Dalam Air Terbayang Wajah Dalam air ku terbayang wajah Adikku yang ku puja Tenteram semula hati gundah Dapat mambang indah Di ingatan ku terlukis wajah Abang ku yang gagah Baik budi serta ramah tamah Handsome macam gajah Rasa di hati masam-masam manis Rindu asmara Kanda ku jangan nangis Hilang rupa lawa Timbul rupa naga Kalau hidup tak begurau senda Hilang nikmat cinta Bila rindu mendebarkan dada Tahan nafas sahaja Kalau hidup tak bergurau senda Hilang nikmat cinta Bila rindu mendebarkan dada Sembunyi bawah tangga