Langkau ke kandungan utama

Seputar Kaherah dan Buku

Seputar Kaherah dan Buku
Oleh : Ammu Amni


Aidiladha yang lalu, tidak puas berjalan. Walaupun sudah letih kaki melangkah hingga ke Sai'idah Aisyah lantas menyelusuri danau-danau debu Mesir di sebelah kawasan terpencil nun di hujung sana. Itu semua gara-gara jemputan daripada sahabat perubatan. Terima kasih untuk kalian.

Dan sementelah itu, pagi tadi saya memaksa diri mengenali Alifu-Masakin bersama ahli bait sendiri. Tampaknya, selepas 3 tahun berada di sini, baru inilah kali pertama saya menaiki tramco ke sana. Jalan-jalan yang seronok ini akhirnya terhenti apabila sesuatu yang diingini tidak tercapai. Namun, di sebalik kepayahan yang menjelma saya ukirkan juga senyuman yang kelat lantas berkata, "inilah dugaan". Dalam pada itu, dugaan itu hanya sementara dan berakhir setengah jam selepas itu.

Keluguan itu saya simpan di dalam diri. Memateri jiwa kecil setelah hajat kedua tidak dapat disempurnakan. Sebenarnya, selepas ke Syarie Nuzhah membayar duit internet, saya berhajat untuk ke Universiti Ain Shams, Kaherah. Bukannya apa, sementelah mengetahui tahun 2008 merupakan tahun melawat Mesir bagi saya, saya mencari-cari identiti sebenarnya. Ingin kepastian, apakah yang harus saya lakukan untuk tahun mendatang. Sudah lambakan idea yang datang bertamu, namun semuanya belum menemui jalan. Buntu.

Walaupun kegersangan diri timbul lantaran ucapan yang sampaikan lewat musim Aidiladha yang lalu, namun ada beberapa perkara yang menghantui. Saya kedangkalan idea. Mungkin juga ini cerminan sebagai seorang penulis baru. "Biasalah tu." Tetapi, apakala yang membataskan semuanya bagi saya adalah ilmu. Kedangkalan yang sebenarnya lahir dalam diri saya akui. Dan, saya mengajar diri untuk belajar sedikit demi sedikit.

Hari ini, ketika melazimi dunia penulisan saya terus dihambat kekurangan idea ini. Dan sejujurnya, pokok utama dalam menulis adalah ilmu. Sewajarnya saya menghampirkan diri dengan seratus-ratus buah buku yang masih bersepah di dalam bilik sendiri. Namun, semuanya itu dihalang dengan keinginan dan gejolak nafsu yang kurang stabil.

Kelewahan dalam bertindak sedari kecil memaksa saya mengaktifkan minda ketika berusia setua ini. Dan takut-takut umur bertambah dan saya sendiri bakal renta, saya tidak dapat melunasi amanah yang terpundak di dalam diri lantas keinginan menjadi khalifah pada diri akan berakhir.

Memunggah kendiri lantas menyaksikan buku-buku bahasa Melayu belum dijamah lagi. Namun, keripuhan ini wajar diteliti sama ada silapnya pada kanan atau kiri. Lihat sahaja buku di sebelah ini, saya kira buku ini tentunya belum puas mengenali diri saya sendiri.

II

Kisah ini sepatutnya saya karangkan semalam. Sejujurnya saya memohon maaf kepada pihak yang terlibat kerana meminjam tanpa kebenaran. Mungkin adat. Namun, saya anggap pinjaman ini adalah pinjaman yang 'halal'.

Ketika melangkah setapak demi setapak mengharungi ke Dewan Ibnu Sina, APJ saya sudah tanamkan niat dan tekad di dalam diri untuk mencari bahan sastera di Perpustakaan Rumah Johor. Hasilnya, saya mendapat suatu kepuasan pada diri yang tentunya tidak akan lahir bagi mereka yang dangkal tentang serinya dan seninya sastera itu. Benar! Kalam ini saya wajar ambil menerusi seorang sahabat, perhatikan kedua-dua ayat di bawah :-

1 Risaulah aku nak periksa ni, rasa macam tak nak masuk saja.

2 Hati bergalau. Nubari teresak-esak dalam diam. Dan, imtihan ini sungguh menggusarkan.

Yang mana satu menjadi kalam pilihan. Bagi insan yang mengenal jiwa sastera, mereka akan mengatakan kata-kata yang indah semestinya pada bahu yang ke-2. Dan kenyataan ini wajar saya membenarkannya.

Dan semua ini, saya akan ucapkan terima kasih untuk Maktabah (perpustakaan) Rumah Johor yang masih menyimpan buku di bawah ini. Saya akan pulangkan selepas saya menjamah buku ini lewat beberapa hari yang mendatang. Dan, saya kira tiada di antara insan yang bergelar mahasiswa atau mahasiswi di sana yang ke'gila'an seperti saya.

Buku ini telah perkenalkan saya dengan HAMKA. Buku ini telah kenalkan saya dengan sastera awal sehingga lewat zaman 70-an. Terima kasih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)