Langkau ke kandungan utama

Sakit?

Oleh : Ammu Amni

Kecoh bagai gempa bumi yang berlaku. Terkadang gelak sendiri. Tetapi, terima kasih kepada mereka yang amat prihatin. Benar! Saya sakit namun tidak dimasukkan ke hospital seperti yang dikhabarkan oleh seorang sahabat. (baca : mana la dia dapat berita palsu tu?)

Tetapi sekadar berseloroh, saya membenarkan bahawa saya sakit. Nama penyakit saya kurang pasti. Namun saya beranggapan ini adalah sesuatu sakit yang biasa. Selesema. Tidak besar bukan? Dan, tanpa perlu datang seorang doktor atau jururawat ke rumah. Namun, terima kasihlah kepada Ustaz Hairul yang beria-ia nak sangat datang dan menemani saya.

Yang paling terharu, siap masakan untuk saya. Tu yang terpaksa letak gambar dia ni. (baca : macam tak ikhlas je)

Apapun, terima kasih. Saya sudah sihat seperti sedia kala dan boleh study seperti biasa.

Apabila sebut tentang study ni terasa janggal pula. Kerana, saya tidaklah seteruk kawan-kawan yang terpaksa berhempas pulas pagi petang siang dan malam untuk menghadap kitab. Beberapa hari lepas, ketika kali pertama membuka kitab saya tension sendiri.

"Waduh!!! Masakan aku tidak lulus madah ini?" Pelikkan? Kehairanan itu masih membelenggu diri sendiri.

Tidak mengapa, itu saya terima dengan hati yang terbuka. Semalam juga, ketika sakit sedang menyerang, saya dikejutkan satu berita yang amat panas!

Mama tuan rumah akan naikkan harga LE 700.00 untuk sewa bulan mendatang. Terlalu tinggi bagi saya. Entahlah. Nanti saya fikirkan sendiri bagaimana menyelesaikan masalah ini. Saya tidak mahu menganggu konstrenrasi kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan awal tahun depan. Tapi, sekadar cerita itulah nasib yang dialami.


Dan hari ini, selepas penat pulang dari pejabat PMRAM, saya kebosanan. Lalu kebosanan itu digantikan dengan order pizza dari Baladina (kedai arab yang jual kusyari). Di sini, pelajar - pelajar Malaysia boikot Pizza Hut jadinya terpaksalah menjamah pizza jenis lain. Secara peribadi, tak ada masalah. Bahkan, ianya hampir serupa.

Bosan ketika menunggu ahli bait yang tidak berada di rumah. Tidak mengapa. Semuanya sedang sibuk mentelaah pelajaran di rumah-rumah kawan atau sedang berhangat untuk peperiksaan. Dan sedari itu, saya juga keseronokan kerana boleh berkarya lebih. Mana tidaknya, untuk menulis memerlukan satu suasana nyaman dan senyap tanpa diganggu. Dan ini seolah-olah salah satu teknik.

Dan dalam kebosanan ini juga, menyebabkan saya kini terpaksa meladeni Ayat-Ayat Cinta. Ya lah, dengar cerita novel ini bakal ditayangkan. Oleh itu, tidak wajar untuk saya melepaskan untuk membacanya. Wah! Romantis sungguh ketika membacanya. Terima kasih kepada tuan punya novel, Ustaz Firdauz Noh (ahli bait sendiri) yang memberi pinjam untuk saya.

Saya sudah dengar dua kritikan untuk novel ini. Pertama, abang Faisal Tehrani sendiri ketika di Hotel Mandarin Court, bulan Ogos lalu. Kedua, Ustaz Hairul sendiri yang curi-curi membaca novel ini.

Oleh itu, saya akan kritik selepas ini.

JADUAL

Jumaat : Saya akan ke mator mengambil seorang rakan yang tiba dari Malaysia.

Sabtu : Saya akan menghantar seorang rakan yang akan ke XXX dalam masa terdekat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)