Posts

Showing posts from June, 2007

Jalan-Jalan Jom

Image
BILA HATI MATI

Ini bukanlah sebuah tanggungjawab atau taklifan
Dan ini bukanlah sebuah cerita yang panjang
tetapi
ianya adalah sebuah hati
dan perasaan
yang sungguh jauh meranap diri

ya!
luka ditangan nampak berdarah
luka dileher kerana kelaran
luka dimata... pasti mengundang buta
namun
paling pastinya satu...
luka dihati tiada siapa yang tahu

benar!
ini bukan suatu lakonan semula
ini bukan suatu mainan kata-kata
tetapi realiti yang pasti mengundang sepi
tatkala hati ini mati dan tidak punya lagi

aku pujuk diri lagi...
jangan meninggalkan pergi
pemergian yang sukar dicari ganti
tetapi
inilah hakikat diri yang tidak lagi mengerti
akan kepayahan yang jauh dalam sanubari ini

tiga kanda baik berjasa
moga sirr simpan segala
ini sebuah kepastian yang pasti
dan aku yakin kau lebih mengerti apa yang terjadi

tenanglah wahai hati...
walau jauh menyendiri
aku bukanlah melalaikan tanggungjawab ini
tetapi hati ini sudah mati

Puisi

Image
Saya nak jadi ustazah...

LUAHAN SEORANG GURU AGAMA
a..ba..ta..
muqaddam itu didengari
menusuk jiwa dan sanubari
tika tersengguk dalam kepenatan
melecet jari menghayun lidi
entah berapa kali diulangi kembali
masih belum faham

tidak lagi ripuh si dia
walau dengar tangis manja anak-anak kesayangan
yang enggan menerima didikan
berlari bermain aduh!
menjerit lagi hati
bisikan itu dalam nubari yang tak pernah rasa iri hati
derita...mati...kosong...

ah!
usah peduli duhai hati
aku tidak menjaja tepung
aku tidak berdagang dunia

quran kubaca,
hadith kurenung mana tersimpang akan kubetul jangan kau hina
himpitkan derita menanggung sepi diriku
yang bila akan padam kudengarkan ayat al-Quran
kusampaikan amanah Allah
kulelongkan hadith Rasulmu
aku menjual agama untuk kau sedar...faham...

tunggu nanti
akan kubawa kau ke syurga.

Syafiq Zulakifli,
14 Mei 2007
Kaherah, Mesir

Rencana

Image
MAHASISWA PERLU AKTIF BERPERSATUAN

Kes pembunuhan mahasiswa Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir Mohammad bin Ishak,22 merupakan suatu yang amat tragis. Lebih-lebih lagi ia merupakan peristiwa yang melibatkan mahasiswa senegara. Pelbagai andaian dibuat oleh pihak-pihak yang terbabit untuk menentukan motif dan punca sebenar pembunuhan tersebut.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, mahasiswa seharusnya sedar bahawa kepentingan berada di dalam kelompok berpersatuan amatlah penting. Sikap menyendiri, hidup bebas tanpa bimbingan, kurang melibatkan diri di dalam aktiviti berpersatuan merupakan punca utama mahasiswa kita terjerumus ke dalam masalah-masalah sosial ini.

Sebagai mahasiswa, aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri seminar, program-program ilmiah, diskusi kitab dan buku, serta bermacam- macam lagi aktiviti yang sihat haruslah diberi penekanan. Oleh yang demikian, wajarlah pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengenakan syarat kepada mahasiswa yang ingin menyambung pengajian…

HSKU 2006

Image
Saya tidak pernah berasa hampa tidak memenangi hati juri untuk meraih anugerah di dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 (HSKU06). Namun, mengintai daripada jauh rakan-rakan penulis yang jauh lebih matang naik ke atas pentas nanti, cukup buat saya berbangga seketika.

Inilah anugerah yang paling bermakna saya kira kepada golongan aktivis sastera. Justeru, peluang untuk meraih lagi penghargaan pada masa-masa mendatang tidak akan terhenti di situ. Usaha yang berterusan akan dibantu dengan sokongan moral dan peribadi agar mereka merupakan golongan yang amat bertuah di dalam kampus dunia sastera ini.

Tahniah buat Saudara Zaid Akhtar yang berjaya di dalam kategori novel menduduki tempat ketiga melalui karyanya Justeru Impian di Jaring. Bukan itu sahaja, rakan-rakan penulis lain, saudara Faizal Musa, Kak Nisah Haron, dan beberapa orang sahabat lain yang saya kira banyak telah menempa nama dalam medan ini. Teruskan berkarya.

Setelah Berakhir

Erm...
Puas menyorok
dalam kamar sepi
lamanya sebulan

dan sekarang
menunggu masa
melangkah kaki

Bukan Sekadar Biasa

Image
Oleh : tarbus_merah

Minggu ini adalah minggu yang paling menarik. Banyak ragam dan rencam di bumi Mesir. Semuanya saya tempuhi. Ianya merupakan sebuah pengalaman yang amat berharga. Seronok tapi letih.
Tiga hari selepas saya berada di Hospital Rabaah, saya terpaksa berkejar ke Mansurah. Kes kematian seorang pelajar tahun tiga, Fakulti Usuluddin, Syukbah Tafsir, Universiti Al-Azhar, Cawangan Mansurah. Ianya amat menyedihkan.
Malam jadi siang. Sememangnya mengharukan. Kepenatan melampau. SMS bertalu dikirim kepada saya yang ingin mendapat kepastian. Namun, kiriman itu berbalas sekadar mampu sahaja.
Hari yang paling mendebarkan. Peristiwa hitam yang menimpa ke atas roh Allahyarham Mohammad bin Ishak amatlah memilukan. Beliau ditikam oleh rakan senegara. Namun, sehingga kini motif kejadian masih di dalam siasatan. Hari Khamis lalu, banyak mengajar saya erti kesabaran dan berlatih untuk turun ke padang bersama orang awam. Seawal pagi, destinasi melangkah pergi ke Qismu Thani, kawasan lembah ket…

Presiden PMRAM Selamat Menjalani Pembedahan

Image
Selepas Menjalani Pembedahan


KAHERAH - Presiden PMRAM, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain selamat menjalani pembedahan. Beliau yang dimasukkan ke wad pada jam 4.00 petang (waktu Mesir) masuk ke bilik pembedahan pada jam 7.30 petang. Pembedahan yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu telah berjaya dilakukan dengan sempurna oleh Dr. Makram selaku doktor peribadi yang menguruskan perjalanan pembedahan beliau.

Menurut Dr. Makram, beliau dikhabarkan mengalami penyakit Hernia yang merupakan penyakit lazim yang dijangkiti oleh semua kaum lelaki. Namun, kejadian aneh yang berlaku terhadap Ustaz Hairul ini memaksa pembedahan dilakukan ke atas perut beliau demi memastikan pembedahan itu berada di dalam keadaan sempurna.

Namun, apa yang lebih menakjubkan adalah ada dua lagi penyakit tambahan yang telah dapat dikesan selepas pembedahan itu. Ianya melibatkan kawasan usus yang tidak normal (semenjak dari lahir) dan ini membantutkan perjalanan normal seperti sediakala.

Keaktifan batuk, bersin, be…

Omongan 1

Image
Persiapan Sebelum Bermula Majlis


Bukan mudah untuk menjadi pengerusi majlis apatah lagi di dalam keadaan bertukar tentatif di akhir-akhir waktu. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu di dalam mengendalikan majlis yang sungguh besar buat diri saya.

Seawalnya, saya adalah seorang yang pendiam dan jarang mampu berkata-kata. Perangai pendiam dan tidak banyak bercakap (kecuali dengan orang-orang yang rapat) membuatkan ramai juga yang kurang mesra dengan saya. Justeru, selepas berusia 12 tahun, saya melihat watak beberapa orang rakan sebaya yang menyertai pertandingan syarahan, pidato dan sebagainya. Bermula daripada situ, saya membentuk indentiti untuk terus muncul sebagai khalayak tanpa diam di dalam masyarakat. Ketika itu, saya menilai diri hanya bersama rakan-rakan seperjuangan sahaja. Namun, pengalaman berlatih bertutur secara formal dan in-formal membuatkan diri saya terus diasak oleh amarah minat yang mendalam di dalam seni ini.

Celoteh, bercakap, mengomel. Itulah…

Tak Ramai Minat Bidang Penyiaran?

Image
Pembaca berita di stesen televisyen tempatan ataupun swasta merupakan suatu tugasan yang amat mencabar. Melalui pengalaman berulang-ulang kali atau latihan yang mantap merupakan senario awal sebagai seorang pembaca berita. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai dikalangan orang awam kurang berminat terhadap bidang penyiaran ini.

Pengalaman kali pertama saya membaca berita adalah ketika di sekolah rendah lagi. Ketika itu, Pertandingan Membaca Berita Jawi yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Namun, pengalaman bersama orang-orang yang lebih dewasa mengenal erti kewartawanan tidaklah memaksa saya untuk terus ceburi ke dalam bidang ini.

Tahun lalu, ketika berkesempatan menjejak kaki pulang ke Malaysia, saya dua kali menyertai pertandingan membaca berita. Pertama kalinya, ia dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) saya bergegas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk mencapai impian merai…

Antara Airmata dan Kesedihan (Catatan Awal)

Image
Sedih...Antara Gambar-Gambar Yang Di Rakam Menerusi Henset Saya

Peristiwa kehilangan telefon bimbit (handphone) amat memberi kesan yang mendalam kepada saya. Saya mengingat kembali detik-detik kegembiraan hendak mendapatkan telefon itu. Sejujurnya bukanlah saya beria-ia benar hendakkan telefon itu. Malah didesak oleh kakak untuk membelinya. Pada mulanya, Mamalah yang mula-mula bertanyakan kepada saya,

"Hendak tukar henset?"

Maka, kesan daripada detik itulah saya ke Singapura bersama keluarga untuk dapatkannya. Sedia maklum, bahawa telefon itu dibeli beberapa hari sebelum saya meninggalkan Malaysia pada akhir September yang lepas. Pada detik itu, saya terpaksa pulang ke Mesir dan tidak dapat beraya bersama keluarga pada tahun lalu.

Sedih. Ianya amat tragis. Dah lah henset hilang, kemudian tak dapat beraya di Malaysia. Sudah tiga tahun Aidilfitri di Mesir. Sungguh menyedihkan. Tatkala itu, saya segera memasang lagu raya.
Airmata Syawal

( 1 )
Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terken…

Pergi Tak Kembali

Image
Orang kata setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing. Itu adalah lumrah sebagai seorang Muslim. Kita wajib percaya bahawa setiap ketentuan Allah itu suatu hikmah yang amat bermakna. Saya mengurung rasa sedih yang amat sangat apabila telefon bimbit saya hilang. Bukn itu sahaja, nilai pesanan-pesanan ringkas (SMS) di dalam telefon itu membuatkan hati saya luruh tak terkata.

Itulah suratan di atas ketentuan Ilahi. Saya tidak menyangka orang yang disangka baik, warak, wajah manis ke-Islaman berpura-pura seperti anjing liar yang berkeliaran di padang pasir. Tidak tahu erti hidup lantas menyentak jiwa dan hati saya ini.

Saya tidak mahu mengisahkan kembali detik hitam itu. Biarlah ia menjadi kenangan yang paling pahit di dalam hidup. Jika ada kelapangan, akan saya titipkan nostalgia itu di dalam sebuah cerpen.
Ibarat mimpi yang menjadi ingauan di dalam hidup. Itulah perasaan yang jelas terbayang di dalam hati saya ini. Hanya Allah yang tahu betapa dukanya saya. Saya menganggap telefon bimbi…