Posts

Showing posts from February, 2007

CERITA KAWAN SAYA

Image
UTUSAN MALAYSIA
Tajuk :Sulaiman asah bakat kepimpinan dalam Persada

Hidup sentiasa berpandu kepada al-Quran dan al-sunah. Selain itu juga hidup perlulah sentiasa bersemangat, ceria dan sentiasa melakukan yang terbaik setiap masa. Itulah mandat yang diperjuangkan oleh Pengerusi Persatuan Ijazah Sarjana Muda (Persada), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Md. Sulaiman Muhammed. Katanya, sebagai peneraju kepimpinan Persada, adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan kebajikan para mahasiswa sarjana muda di KUIS tidak diabaikan. “Persada adalah persatuan yang turut berperanan dalam mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam menerajui aktiviti-aktiviti persatuan dan kebajikan,” jelasnya. Buat masa kini, Persada menaungi empat kursus peringkat ijazah yang ditawarkan di KUIS iaitu Sarjana Muda Syariah, Teknologi Maklumat (IT), Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Rangkaian. Ditanya mengenai isu belia dan generasi hari ini, Md. Suleiman berkata, generasi wawasan negara perlu peka den…

Mari Makan

Image
Sudah lama tidak menikmati makanan dan juadah negara sendiri, Malaysia. Mee rebus, nasi ayam, roti canai, mee bandung dan ais kacang adalah makanan yang menjadi pilihan saya. Ada yang berpendapat, duduk di negara orang harus menikmati dan merasai juadah negara orang. Namun, itu tidak bagi saya. Menikmati ketupat asli, lemang daripada buluh dan lontong dari daun pisangnya adalah asas yang tidak boleh berubah.

Pernahkah kalian mendengar perkataan gizi seimbang? Pemakanan yang mempunyai keseimbangan dalam kandungannya merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian. Kajian mendapati bahawa 30% manusia di dunia ini mati kerana makan. Teringatkah saudara, baru-baru ini seorang kanak-kanak mati tercekik kerana menikmati kuih buah melaka yang dijual di kantin sekolah?

Seingat saya, ketika menuntut di darjah 4 sekolah rendah, hal demikian juga berlaku kepada saya. Alhamdulillah, nyawa saya masih panjang. Jika tidak, pasti saya tidak akan memblog seperti hari ini. Hehehe.

Vitamin Apa Dalam …

SODP: Bertuahnya Mereka?

Image
Sejauhmanakah mereka berfikir?

Manusia dikurniakan anugerah akal untuk berfikir. Namun, sejauhmanakah kudrat yang dicampakkan oleh Allah swt kepada manusia ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Ada manusia yang meletakkan akal mereka di atas kepala. Ada pula yang menggunakan akal semata-mata hanya menyempurnakan amanah akal.

Sejak berkurun-kurun dahulu, manusia yang terencat akal atau dikatakan "sindrom-down" lebih dikenali daripada manusia yang normal. Pendapat dan pandangan ini pernah ditolak lantas manusia yang normal berasa hebat daripada manusia yang para-normal.

Baru-baru ini "Seminar Otak dan Pemikiran" telah diadakan secara tertutup. Seramai 345 orang peserta terpilih dalam seminar itu termasuklah saya. Saya merupakan salah seorang peserta dan bertindak sebagai wartawan untuk membuat liputan dari awal hingga akhir majlis. Seminar yang bermula sejak jam 8 pagi dan berakhir 10 malam menampilkan 5 orang pakar otak yang terhebat.

Daripada hasil kajian, saya mendapa…

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh,
Syafiq bin Zulakifli PendahuluanPeperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir.Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)